Thursday, September 25, 2008

penderitaan kekasihku Rasulullah s.a.w

Baihaqi memberitakan dari Abdullah bin Ja'far ra. katanya:
Apabila Abu Thalib telah meninggal dunia, mulailah Nabi SAW diganggu dan ditentang secara terang-terangan. Satu peristiwa, beliau telah dihadang di jalanan oleh salah seorang pemuda jahat Quraisy, diraupnya tanah dan dilemparkan ke muka beliau, namun beliau tidak membalas apa pun. Apabila beliau tiba di rumah, datang salah seorang puterinya, lalu membersihkan muka beliau dari tanah itu sambil menangis sedih melihat ayahnya diperlakukan orang seperti itu. Maka berkatalah Rasulullah SAW kepada puterinya itu: 'Wahai puteriku! Jangan engkau menangis begitu, Allah akan melindungi ayahmu!' beliau memujuk puterinya itu. Beliau pernah berkata: Sebelum ini memang kaum Quraisy tidak berani membuat sesuatu seperti ini kepadaku, sehinggalah selepas Abu Thalib meninggal dunia, mulailah mereka menggangguku dan mengacau ketentermanku. Dalam riwayat yang lain, beliau berkata kepadanya karena menyesali perbuatan jahat kaum Quraisy itu: Wahai bapasaudaraku! Alangkah segeranya mereka menggangguku sesudah engkau hilang dari mataku!(Hilyatul Auliya 8:308; Al-Bidayah Wan-Nihayah 3:134)

Dalam riwayat yang sama dari Manbat Al-Azdi, katanya: Pernah aku melihat Rasulullah SAW di zaman jahiliah, sedang beliau menyeru orang kepada Islam, katanya: 'Wahai manusia sekaliani Ucapkanlah 'Laa llaaha lliallaah!' nanti kamu akan terselamat!' beliau menyeru berkali-kali kepada siapa saja yang beliau temui. Malangnya aku lihat, ada orang yang meludahi mukanya, ada yang melempar tanah dan kerikil ke mukanya, ada yang mencaci-makinya, sehingga ke waktu tengah hari. Kemudian aku lihat ada seorang wanita datang kepadanya membawa sebuah kendi air, maka beliau lalu membasuh wajahnya dan tangannya seraya menenangkan perasaan wanita itu dengan berkata: Hai puteriku! Janganlah engkau bimbangkan ayahmu untuk diculik dan dibunuh ... ! Berkata Manbat: Aku bertanya: Siapa wanita itu? Jawab orangorang di situ: Dia itu Zainab, puteri Rasuluilah SAW dan wajahnya sungguh cantik. (Majma'uz Zawa'id 6:21)

Bukhari meriwayatkan dari Urwah r.a. katanya: Aku bertanya Amru bin Al-Ash ra. mengenai apa yang dideritai Nabi SAW ketika beliau berdakwah mengajak orang masuk Islam, kataku: 'Beritahu aku tentang perbuatan yang paling kejam yang pernah dibuat oleh kaum musyrikin terhadap Rasulullah SAW? Maka Amru berkata: Ketika Nabi berada di Hijir Ka'bah, tiba-tiba datang Uqbah bin Abu Mu'aith, lalu dibelitkan seutas kain pada tengkuk beliau dan dicekiknya dengan kuat sekali. Maka seketika itu pula datang Abu Bakar ra. lalu dipautnya bahu Uqbah dan ditariknyanya dengan kuat hingga terlepas tangannya dari tengkuk Nabi SAW itu. Abu Bakar berkata kepada Uqbah: 'Apakah engkau hendak membunuh orang yang mengatakan 'Tuhanku ialah Allah!' padahal dia telah membawa keterangan dari Tuhan kamu?!' (Al-Bidayah Wan-Nihayah 3:46)

Setelah mendapat tugas Kenabian .Nabi menjalankan usah dakwah di mekah selama sembilan tahun dan terus berusaha demi petunjuk dan islah .Dikalangan orang yang menolong baginda hanya sebilangan kecil sahaja yang memeluk agama islam.Ramai yang masih belum menerima islam.Kebanyakan orang kafir mekah berusaha sedaya upaya untuk menyusah dan mempersendahkan Baginda s.a.w serta para sahabat dengan berbagai -bagai cara tanpa melepaskan sebarang peluang yang ada.
Bapa saudara nabi ,abu thalib ialah antara mereka yang baik hati.Walaupun tidak memeluk islam ,dia tetap membantu baginda dalam semua segi.Selepas 10 tahun baginda menjadi nabi,apabila Abu thalib meninggal dunia.,orang kafir pun mendapat lebih banyak peluang untuk menghalang penyebaran islam dan menyeksa orang islam dengan berbagai -bagai cara secara terbuka.Nabi telah pergi ke thaif dengan anggapan bahawa disana ada khabilah Thaqif yang ramai bilangannya.sekiranya kabilah tersebut memeluk islam maka kaum muslimin di mekah akan mendapat keselamatan daripada segala kesusahan tersebut dan thaif akan menjadi pusat penyebaran islam.
Setelah tiba disana baginda telah berbicara dengan tiga pembesar yang dianggap tinggi darjatnya .Baginda menyeru mereka kepada agama Allah dan berusaha menarik perhatian mereka untuk membantunya.Walau bagaimanapun mereka bukan sahaja tidak menerima ajaran baginda sebaliknya telah menjwab dengan kasar dan tidak berakhlak sebagaimana wajarnya adab budi orng2 Arab dgn tetamu .Sekurang- kurangnya mereka patut melayan tetamu yang baru datang dengan baik sesuai dengan sifat suka melayan tetamu yang memang termashur di kalangan masyarakat arab.Sebaliknya mereka telah menjawab dengan kasar.Mereka juga tidak rela nabi tinggal disana.Nabi menggangap mereka pembesar kaum ialah orang yang baik dan akan bercakap dengan sopan tetapi salah seorang daripada mereka telah berkata , "Hoi ! engkaukah orangnya yang Allah hantar sebagai nabi ? " Orang yang kedua pula berkata ," Tidakkah orang lain daripada kamu yang Allah temui untuk diutus sesuai jadi nabi ?" Orang yang ketiga pula berkata ," aku tidak ingin bercakap dengan kamu.Kerana kalaulah kamu sememangnya nabi sebagaimana didakwa maka mengingkari percakapanmu mendatangkan musibah dan sekiranya kamu seorang pendusta ,aku tidak ingin bercakap dengan orang seumpama itu." Apabila nabi tiada menaruh harapan lagi terhadap pembesar-pembesar itu,baginda cuba bercakap pula dengan orang lain kerana baginda ialah seorang yang mempunyai hemah dan kecekalan seumpama gunung .Malangnya tiada seseorang pun yang sanggup menerima .Buikan sahaja mereka tidak menerima bahkan mereka telah berkata kepada nabi ," Keluarlah kamu dari bandar kami ini serta merta .Pergilah kemana-mana yang kamu suka."
Apabila baginda sudah langsung tiada menaruh harapan lagi terhadap mereka maka baginda telah memulakan langkah perjalanan pulang.Mereka telah menghantar budak-budak untuk mengejar,mengejek,mempersendah dan melontari baginda dengan batu hinggakan kedua-dua kasut baginda dilumuri darah yang mengalir.Dalam keadaan itulah nabi pulang.Apabila baginda sudah selamat daripada pengacau-pengacau itu baginda berdoa....
Yang maksudnya : " Ya Allah ,kepadamu aku mengadu kelemahanku,kekurangan daya upayaku dan kehinaaanku pada pandangan manusia.Ya ! Arhamarrahimin ! Engkaulah tuhan orang yang ditindas.Engkaulah Tuhanku Kepada siapakah engkau menyerahkan diriku ini,kepada orang asing yang akan menyerang aku atau kepada musuh yang menguasai aku.? sekiranya engkau tidak murka kepadaku maka aku tidak peduli.Namun afiatMu sudah cukup bagiku.Aku berlindung dengan nur wajahMu yang menerangi segala kegelapan dan teratur diatas nur itu urusan dunia dan akhirat,daripada engkau menurunkan kemarahanMU kepadaku atau engkau murka kepadaku.Kepadamulah aku tetap merayu sehingga Engkau Redha .Tiada sebarang daya ( untuk melakukan kebaikan ) dan tiada upaya (untuk meninggalkan Kejahatan ) kecuali denganMU. Dengan Doa sedemikian ,bersemaraklah sifat qahhar Allah .Raja segala kerajaan .Lalu jibril a.s datang memberi salam dan berkata , " Allah telah mendengar perbualan kaum itu dengan tuan dan telah mendengar jawapan mereka serta menghantar satu malaikat yang bertanggungjawab keatas gunung ganang.Perintahkan sahaja malaikat itu supaya melakukan apa-apa sahaja yang tuan kehendaki. Selepas itu malaikat tersebut memberi salam dan berkata," Saya akan menunaikan segala yang diperintahkan oleh tuan.Sama ada di perintahkan supaya saya melagakan bukit-bukau di kedua -dua arah supaya mereka semua akan hancur atau apa-apa sahaja hukuman yang tuan tetapkan.Baginda ialah seorang yang amat pengasih lagi belas kasihan.Baginda telah memberi jawapan ," Aku tetap menaruh harapan kepada Allah bahawa walaupun mereka ini tidak memeluk islam , Pasti akan lahir orang yang akan menyembah Allah dan beribadat KepadaNYA dikalangan anak-anak mereka."***** Renungan. Inilah dia akhlak peribadi mulia seorang yang kita kononnya berbangga -bangga menjadi pengikutnya.Sebaliknya ,apabila kita sendiri mengalami sedikit kesusahan atau kita dilempari kata - kata kesat,kita akan menjadi begitu marah sehingga kita menaruh perasaan dendam yang tidak padam-padam seumur hidup kita terhadap orang yang telah menyakiti kita.Kezaliman demi kezaliman kita lakukan keatasnya sedangkan kita mengaku yang kita ialah pengikut nabi muhammad yang mengikut jejak langkah baginda.Setelah menanggung kesusahan dan penderitaan yang begitu dahsyat , baginda sendiri tidak pun mendoakan keburukan keatas mereka dan tidak juga mengambil sebarang tindak balas.

petikan kisah kecemburuan isteri2 Rasulullah s.a.w

Sememangnya tidak dinafikan isteri2 Rasulullah,ummulmu'minin r.hunna adalah juga wanita yang mempunyai rasa kecemburuan seperti wanita2 lain.Cemburu memang ada,tetapi mereka tidak pernah sampai mengikutkan nafsu mazmumah sehingga memburukkan sesama madu,mengadu domba,mengabaikan hak dan seumpamanya.Berikut saya sertakan beberapa petikan kisah hubungan sesama madu ummulmu'minin r.hunna.
(1)....Hazrat Zainab r.ha berasa begitu bangga dengan penurunan surah al-Ahzab ayat 37 yang menceritakan pernikahannya dengan Rasulullah s.a.w di langit.Sebab itulah kadang2 timbul semacam persaingan antara Aisyah r.ha yang berbangga menjadi isteri yang paling disayangi oleh Rasulullah s.a.w sementara Hazrat Zainah r.ha berbangga dengan pernikahan beliau yang berlangsung di langit.
Namun demikian,semasa Rasulullah s.a.w menanyakan pendapat beberapa orang tentang hazrat Aisyah r.ha yang telah difitnah pada ketika itu,Hazrat Zainab r.ha yang juga turut ditanya pada ketika itu telah menjawab "Saya tidak mengetahui sesuatu selain kebaikkan dalam diri Aisyah r,ha.".
Beginilah sikap orang yang benar2 taqwa kepada ALLAH S.W.T.Sekiranya tidak kerana taqwa,inilah peluang baik untuk memfitnah tau memburukkan madunya di hadapan suami tambahan pula madunya itu adalah isteri kesayangan suaminya.Namun dengan tegas hazrat Zainab r.ha telah membela dan memuji madunya.

(2)Ketika Rasulullah s.a.w menyatakan hasrat untuk menikahi Ummu Salamah r.ha menyatakan bahawa beliau mempunyai beberapa orang anak dan beliau bersifat terlalu cemburu serta beliau tidak mempunyai seorang wali pun di Madinah.Rasulullah s.a.w telah menjawab "ALLAH s.w.t ialah penjaga untuk anak2mu dan InsyaALLAH cemburu itu akan hilang sedikit demi sedikit,dan tidak ada seorang walipun yang tidak menyukai pernikahan kita ini".
Hazrat Ummu Salamah r.ha pernah menyuarakan rasa tidak puas hatinya yang merasakan Rasulullah telah melebihkan layanan terhadap Aisyah r.ha.Akan tetapi kemudian Rasulullah s.a.w telah menjawab ""Jangan melukakan saya dengan menyentuh soal Aisyah.Sesungguhnya wahyu turun ketika kau bersama dengannya dan tidak pernah ketika bersama dengan kalian yang lain."

(3)Hazrat Aisyah r.ha berkata bahwa Hazrat Ummu Salamah r.ha masyhur dengan kecantikkannya.Apabila beliau telah dinikahi Rasulullah s.a.w,saya telah mencari akal untuk melihat beliau secara bersembunyi.Saya mendapati bahawa beliau adalah lebih cantik dari apa yang saya dengar".Kemudian Sayidatina Aisyah memberitahu Hazrat Hafsah r.ha apa yang telah dilihantnya.Untuk mengambil hati Aisyah r.ha,Hafsah r.ha telah berkata "Tidak...beliau tidak secantik sebagaimana yang dikatakan".

(4)Hazrat Aisyah r.ha berkata tentang madunya hazrat Maimunah r.ha..."Maimunah r.ha ialah seorang yang paling bertaqwa dan amat mementingkan sillatarrahim antara kami".
Diriwayatkan oleh Yazid bin Asam r.hu bahwa Hazrat Maimunah r.ha adalah seorang yang sentiasa sibuk bersolat atau membuat kerja rumah.Sekiranya beliau telah selesai dengan kedua2 kerja itu beliau kan sentiasa bersugi.

(5)Apabila ssat kematian hazrat Ummu Habibah r.ha hampir tiba,beliau telah memanggil hazrat Aisyah r.ha dan berkata :"Hubungan antara kita ialah hubungan sesama madu.Biasanya berlaku sedikit sebanyak perkara yang tidak menyenangkan antara sesama madu.Semoga ALLAH S.W.T memaafkan saya dan kamu."Hazrat Aisyah r.ha berkata "semoga ALLAH S.W.T mengampuni dan memaafkan kamu juga."
Hazrat Ummu Habibah r.ha berkata lagi "Pada saat ini kamu telah membuatkan saya sangat gembira.Semoga ALLAH S.W.T meletakkan kamu di dalam kegembiraan".Selepas itu beliau juga telah menghantar orang kepada Ummu Salamah r.ha untuk meminta maaf.{Tobaqat}
*Keadaan yang bisa berlaku antara madu2 ialah mereka tidak mahupun melihat wajah antara satu sama lain.Namun begitu isteri2 Rasulullah s.a.w sangat mengambil berat terhadap masalah muamalah dan berusha supaya masalah ini selesai di dunia sahaja dan tidak tertanggung di akhirat kelak.


Ummahatul mu'minin adalah antara contoh terbaik untuk kita ikuti untuk menjadi isteri solehah.Janganlah pula sedikit salah faham yang berasal dari niat untuk memburukkan Islam dijadikan alasan untuk menegakkan sangkaan nagetif diri.
Wallahua'lam.

Tuesday, September 23, 2008

pesan kesabaran

سَلامٌ عَلَيْكُمْ بِمَا صَبَرْتُمْ فَنِعْمَ عُقْبَى الدَّارِ (الرعد:24)
Keselamatan bagi kalian (dengan masuk ke dalam surga) karena kesabaran kalian, maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu.” (QS. 13:24)

“Sesungguhnya Allah menyediakan derajat-derajat kemuliaan yang tinggi yang tidak bisa diperoleh kecuali dengan sikap sabar tatkala ditimpa dengan bencana, dan rasa syukur tatkala dalam keadaan lapang dan tentram bersama dengan rasa takut kepada Allah baik dalam keadaan bersendirian maupun dalam kaeadaan di depan khalayak ramai”


Rela Pada Ketentuan Allah

Oleh: Imam Asy-Syafi’i

Biarkanlah hari-hari berbuat semaunya.
Berlapang dada-lah jika takdir menimpa

Jangan berkeluh-kesah atas musibah di malam hari
Tiada musibah yang kekal di muka bumi
Jadilah laki-laki tegar dalam menghadapi tragedi
Berlakulah pema’af selalu menepati janji


Jika banyak aibmu di mata manusia
Sedang engkau berharap menutupinya
Bersembunyilah engkau di balik sedeqah
Dengan sedeqahaibmu tertutup semua

Jangan pernah terlihat lemah di depan musuhmu
Sungguh malapetaka jika musuh menertawaimu

Jangan berharap dari orang kikir kemurahan
Di neraka tiada air bagi orang yang kehausan
Rizkimu tidak berkurang karena kerja wajar perlahan
Berlelah-lelah tidak menambah rizki seseorang

Tiada kesedihan yang kekal tidak pula kebahagiaan
Tiada kesulitan yang abadi tidak pula kemudahan

Jika engkau berhati puas dan mudah menerima
Sungguh, antara engkau dan raja dunia tiada beda

Barangsiapa kematian datang menjemputnya
Langit dan bumi tak kan mampu melindunginya

Bumi Allah begitu lapang luas membentang
Namun seakan sempit kala ajal menjelang

Biarkanlah hari-hari ingkar janji setiap saat
Kematian tak mungkin dicegah dengan obat

Khansa Ummu Syuhada

Wanita itu sudah tua, namun semangat perjuangannya tetap menyala seperti wanita yang masih muda. Setiap tutur kata yang dikeluarkannya selalu menjadi pendorong dan bualan orang disekitarnya. Maklumlah, ia memang seorang penyair dua zaman, lantas tidak khairanlah jika kata2nya sering dalam bentuk syair.
Al-Khansa bin Amru, demikianlah nama wanita itu. Dia merupakan wanita yang terkenal cantik dan pandai di kalangan orang Arab. Dia pernah bersyair mengenang kematian saudaranya yang bernama Sakhr :
"Setiap mega terbit, dia mengingatkan aku pada Sakhr, malang. Aku pula masih teringatkan dia setiap mega hilang dii ufuk barat.
Kalaulah tidak kerana terlalu ramai orang menangis di sampingku ke atas mayat-mayat mereka, nescaya aku bunuh diriku."
Setelah Khansa memeluk Islam, keberanian dan kepandaiannya bersyair telah digunakan untuk menyemarakkan semangat para pejuang Islam. Ia mempunyai empat orang putera yang kesemuanya diajar ilmu bersyair dan dididik berjuang dengan berani. Kemudian puteranya itu telah diserahkan untuk berjuang demi kemenangan dan kepentingan Islam. Khansa telah mengajar anaknya sejak kecil lagi agar jangan takut menghadapi peperangan dan cabaran.

Pada tahun 14 Hijrah, Khalifah Umar Ibnul Khattab menyediakan satu pasukan tempur untuk menentang Farsi. Semua Islam dari berbagai kabilah telah dikerahkan untuk menuju ke medan perang, maka terkumpullah seramai 41,000 orang tentera. Khansa telah mengerahkan keempat-empat puteranya agar ikut mengangkat senjata dalam perang suci itu. Khansa sendiri juga ikut ke medan perang dalam kumpulan pasukan wanita yang bertugas merawat dan menaikkan semangat pejuan tentera Islam. Dengarlah nasihat Khansa kepada putera-puteranya yang sebentar lagi akan ke medan perang,
"Wahai anak-anakku! Kamu telah memilih Islam dengan rela hati. Kemudian kamu berhijrah dengan sukarela pula. Demi Allah, yang tiada tuhan selain Dia, sesungguhnya kamu sekalian adalah putera-putera dari seorang lelaki dan seorang wanita. Aku tidak pernah mengkhianati ayahmu, aku tidak pernah memburuk-burukkan saudara-maramu, aku tidak pernah merendahkan keturunan kamu, dan aku tidak pernah mengubah perhubungan kamu. Kamu telah tahu pahala yang disediakan oleh Allah kepada kaum muslimin dalam memerangi kaum kafir itu. Ketahuilah bahawasanya kampung yang kekal itu lebih baik daripada kampung yang binasa."
Kemudian Khansa membacakan satu ayat dari surah Ali Imran yang bermaksud,
"Wahai orang yang beriman! Sabarlah, dan sempurnakanlah kesabaran itu, dan teguhkanlah kedudukan kamu, dan patuhlah kepada Allah, moga-moga menjadi orang yang beruntung."
Putera-putera Khansa tertunduk khusyuk mendengar nasihat bonda yang disayanginya. Seterusnya Khansa berkata,
"Jika kalian bangun esok pagi, insya Allah dalam keadaan selamat, maka keluarlah untuk berperang dengan musuh kamu. Gunakanlah semua pengalamanmu dan mohonlah pertolongan dari Allah. Jika kamu melihat api pertempuran semakin hebat dan kamu dikelilingi oleh api peperangan yang sedang bergejolak, masuklah akmu ke dalamnya. Dan dapatkanlah puncanya ketika terjadi perlagaan pertempurannya, semoga kamu akan berjaya mendapat balasan di kampung yang abadi, dan tempat tinggal yang kekal."
Subuh esoknya semua tentera Islam sudah berada di tikar sembahyang masing-masing untuk mengerjakan perintah Allah iaitu solat Subuh, kemudian berdoa moga-moga Allah memberikan mereka kemenangan atau syurga. Kemudian Saad bin Abu Waqas panglima besar Islam telah memberikan arahan agar bersiap-sedia sebaik sahaja semboyan perang berbunyi. Perang satu lawan satu pun bermula dua hari. Pada hari ketiga bermulalah pertempuran besar-besaran. 41,000 orang tentera Islam melawan tentera Farsi yang berjumlah 200,000 orang. Pasukan Islam mendapat tentangan hebat, namun mereka tetap yakin akan pertolongan Allah . Putera-putera Khansa maju untuk merebut peluang memasuki syurga. Berkat dorongan dan nasihat dari bondanya, mereka tidak sedikit pun berasa takut. Sambil mengibas-ngibaskan pedang, salah seorang dari mereka bersyair, "Hai saudara-saudaraku! Ibu tua kita yang banyak pengalaman itu, telah memanggil kita semalam dan membekalkan nasihat. Semua mutiara yang keluar dari mulutnya bernas dan berfaedah. Insya Allah akan kita buktikan sedikit masa lagi." Kemudian ia maju menetak setiap musuh yang datang. Seterusnya disusul pula oleh anak kedua maju dan menentang setiap musuh yang mencabar. Dengan semangat yang berapi-api ia bersyair, "Demi Allah! Kami tidak akan melanggar nasihat dari ibu tua kami Nasihatnya wajib ditaati dengan ikhlas dan rela hati Segeralah bertempur, segeralah bertarung dan menggempur mush-musuh bersama-sama Sehingga kau lihat keluarga Kaisar musnah." Anak Khansa yang ketiga pula segera melompat dengan beraninya dan bersyair, "Sungguh ibu tua kami kuat keazamannya, tetap tegas tidak goncang Beliau telah menggalakkan kita agar bertindak cekap dan berakal cemerlang Itulah nasihat seorang ibu tua yang mengambil berat terhadap anak-anaknya sendiri Mari! Segera memasuki medan tempur dan segeralah untuk mempertahankan diri Dapatkan kemenangan yang bakal membawakegembiraan di dalam hati Atau tempuhlah kematian yang bakal mewarisi kehidupan yang abadi." Akhir sekali anak keempat menghunus pedang dan melompat menyusul abang-abangnya. Untuk menaikkan semangatnya ia pun bersyair, "Bukanlah aku putera Khansa', bukanlah aku anak jantan Dan bukanlah pula kerana 'Amru yang pujiannya sudah lama terkenal Kalau aku tidak membuat tentera asing yang berkelompok-kelompok itu terjunam ke jurang bahaya, dan musnah mangsa oleh senjataku." Bergelutlah keempat-empat putera Khansa dengan tekad bulat untuk mendapatkan syurga diiringi oleh doa munajat bondanya yang berada di garis belakang. Pertempuran terus hebat. Tentera Islam pada mulanya kebingungan dan kacau kerana pada mulanya tentera Farsi menggunakan tentera bergajah di barisan hadapan, sementara tentera berjalan kaki berlindung di belakang binatang tahan lasak itu. Namun tentera Islam dapat mencederakan gajah-gajah itu dengan memanah mata dan bahagian-bahagian lainnya. Gajah yang cedera itu marah dengan menghempaskan tuan yang menungganginya, memijak-mijak tentera Farsi yang lannya. Kesempatan ini digunakan oleh pihak Islam untuk memusnahkan mereka. Panglima perang bermahkota Farsi dapat dipenggal kepalanya, akhirnya mereka lari lintang-pukang menyeberangi sungai dan dipanah oleh pasukan Islam hingga air sungai menjadi merah. Pasukan Farsi kalah teruk, dari 200,000 tenteranya hanya sebahagian kecil sahaja yang dapat menyelamatkan diri. Umat Islam lega. Kini mereka mengumpul dan mengira tentera Islam yang gugur. Ternyata yang beruntung menemui syahid di medan Kadisia itu berjumlah lebih kurang 7,000 orang. Dan daripada 7,000 orang syuhada itu terbujur empat orang adik-beradik Khansa. Seketika itu juga ramailah tentera Islam yang datang menemui Khansa memberitahukan bahawa keempat-empat anaknya telah menemui syahid. Al-Khansa menerima berita itu dengan tenang, gembira dan hati tidak bergoncang. Al-Khansa terus memuji Allah dengan ucapan, "Segala puji bagi Allah, yang telah memuliakanku dengan mensyahidkan mereka, dan aku mengahrapkan dari Tuhanku, agar Dia mengumpulkan aku dengan mereka di tempat tinggal yang kekal dengan rahmat-Nya!" Al-Khansa kembali semula ke Madinah bersama para perajurit yang masih hidup dengan meninggalkan mayat-mayat puteranya di medan pertempuran Kadisia. Dari peristiwa peperanan itu pula wanita penyair ini mendapat gelaran kehormatan 'Ummu syuhada yang ertinya ibu kepada orang-orang yang mati syahid."

memetik beberapa feedback dari forumer Dr Tuah

Bismillahiarahmanirrahim.
Sesungguhnya setiap yang baik itu pasti dari ALLAH.Segala puja-puji hanya layak untuk ALLAH.
Saya memohon PIMPINAN DAN BANTUAN dari ALLAH yang MAHA ALIM dan HAKIM.

"salam dragonfly...terpana saya membaca thread anda...hubby sy baru je berkawin 31/08 lepas..puas saya menangis..tapi Alhamdulillah sy mula belajar menjadi isteri yang disayangi..thread anda banyak memberi kesedaran pada saya..banyak yang perlu sy pelajari..."~teratai~
Segala puji hanya untuk ALLAH.Tulisan2 saya semoga yang baik itu adalah ilham dari ALLAH,saya hanya sekadar alat perantara untuk ALLAH s.w.t menyampaikan tarbiah kasihNYA kepada anda dan sesiapa sahaja yang memerlukan.ALLAH S.W.T telah memilih anda untuk melalui ujian ini,semoga ianya akan menjadi pemangkin bagi menguatkan lagi pergantungan hati kepada ALLAH S.W.T...Mungkin cinta kita selama ini bersandarkan sesuatu yang palsu,jika segalanya kita ushakan untuk dilakukan kerana ALLAH,ALLAH akan sentiasa bersama orang2 yang sabar.Apakah yang lebih baik dari itu?Untuk teratai...dan yang lain jika suka membaca kisah2 kesabaran bolehlah direct ke blog saya...ALLAH S.W.T jadikan kisah2 kesabaran dari para kekasihnya r.hum ajmain sebagai salah satu tentera untuk menguatkan kita hambaNYA yang dikasihi.

"poligami...berfikir secara positif & bijaksana....emh...bila 'berhadapan' baru akan teruji..."jika ini takdir saya...errr....saya terima!" ~tachi hajime~
benarlah kata2 anda itu bila berhadapan baru teruji.Tapi pastinya berbeza antara berhadapan tanpa ilmu atau berhadapan dengan ilmu.ALLAH pun ada kata dalam Quran bahwa orang2 yang berilmu memang tak sama dengan orang2 yang berilmu.Sebagai seorang wanita amnya kita perlu untuk menyediakan diri kita dengan ilmu2 berkaiatan poligami ini,because we never knows apa yang ALLAH S.W.T telah peruntukkan untuk kita.Yang pasti ALLAH S.W.T tidak akan mencuba kita dengan sesuatu ujian yang melebihi kemampuan kita,itu janji ALLAH dan ALLAH tidak pernah memunkiri janji,hanya cuma kita yang mungkin tidak tahu akan kemempuan sebenar kita sebagai sebaik2 ciptaan Ilahi.

" Yang lebih baik diperbincangkan, bagaimana mengatasi masalah2 dalam poligami? Apakah panduannya bagi lelaki yg ikhlas ingin berpoligami utk memikul tanggungjawab lebih? Poligami tetap ada dan selalu ada sepanjang zaman. Mencari jalan ke arah kebaikan lebih bermanfaat kpd ummah daripada mempertikaikan dan memikir2kan perkara yg telah termaktub dlm agama"~breetueq~
Sebenarnya saya bukanlah orang yang ahli alam perkara ini,tambahan pula semua bahan2 ilmiah saya berkaitan sedikit kajian saya terhadap poligami ini masih berada di kampung halaman dan banyak yang dipinjam tak dikembalikan...Tetapi dengan izin ALLAH saya ingin memberi pendapat kepada persoalan anda...
(1)Kita lihat Rasulullah s.a.w,sebagai sebaik2 contoh yang ALLAH s.w.t telah berikan kepada kita,baginda berpoligami adakah baginda kaya berharta?
Harta,wang ringgit tidak dapat memberi kebahagiaan,makhluk tidak ada kuasa ALLAH MAHA KUASA!Inilah hakikat iman yakin.
Tetapi memandangkan hakikat iman yakin umat zaman ini semakin berkurang,lantas syarat kemampuan dianggap relevan untuk isu poligami terkini.Walaubagaimanapun,tak boleh tidak untuk bahagia untuk berjaya tak kira dalam bidang apa pun termasuklah poligami kena ushakan iman.
Jika anda seorang lelaki yang "ikhlas"untuk berpoligami...ketahuilah bahwa ikhlas itu adalah rahsia ALLAH,malaikat juga tidak mengetahui.Tetapi jika niat anda adalah untuk membela agama,memperjuangkan sunnah,mendidik akhlak insyaALLAH niat yang selari dengan amal akan menjdai asbab memudahkan laluan anda.Memilih untuk menjadi suami muslim sebenarnya memilih untuk menjadi "amir" atau ketua keluarga yang akan dipertanggungjawabkan dengan segala macam tanggungjawab oleh ALLAH S.W.T,solat.puasa ,aurat,ibadah isteri dan anak2 anda akan dipersoalkan ke atas anda kelak.Kena ushakan iman yakin kepada diri,keluarga dan masyarakat,semoga dengan itu bantuan dan nusrah ALLAH akan mengindahkan syurga anda.

(2)Bila iman dan agama ada dalam diri anda dan keluarga anda,bila anda mengutamakan agama pada bakal isteri2 anda sebenarnya itu akan sangat memudahkan.Tepuk dada tanya iman.Kalau rasa iman masih lemah kena cari jalan ushakan bagaimana untuk meningkatkan iman.YAKINLAH,dengan taqwa ALLAH selesaikan masalah dan beri rezki dari jalan yang tidak terduga.Itu sahaja jalan dan cara..Sebanyak mana harta,sebesar mana kemampuan anda jika iman dan taqwa tidak ada,tidak diusahakan ALLAH akan mengazab jiwa dan perasaan anda,tidak ada ketennagan dan tidak ada kebahagiaan.Berapa ramai orang kaya raya,nampak bahagia dimata tapi ALLAH Maha Mengetahui jiwa mereka...Seringkali mereka yang kelihatan sempurna segalanya,kecantikkan,harta,cinta tapi ALLAH tunjukkan kematian mereka akhir hayat mereka di dalam keadaan yang menyedihkan.
Mungkin anda miskin harta,tetapi mempunyai kerendahan hati dan kaya budi pekerti,iman dan taqwa anda memang sering diperbaiki dari masa ke semasa...masyaALLAH,bukankah ALLAH MAHA KAYA untuk kita minta apa saja..Apa saja saudaraku.

blue bird


artikel berkaitan

Blog Widget by LinkWithin