Showing posts with label calon bidadari. Show all posts
Showing posts with label calon bidadari. Show all posts

Friday, August 7, 2009

baju pengantin...



Fatimah adalah puteri bongsu Nabi Muhammad s.a.w.Fatimah antara anak yang
paling disayangi oleh baginda Rasullullah s.a.w.Pada usia lapan belas tahun,
Fatimah dikahwinkan dengan Ali,iaitu anak saudara kesayangan Rasullulah s.a.w.
Pada hari perkahwinan Fatimah,beliau memakai baju pengantin yang diperbuat
daripada bulu.Baju pengantin Fatimah ada dua belas tempat yang ditampal dengan
jahitan.

Mengikut adat Arab dari dulu hingga kini,kedua mempelai akan berpindah ke rumah
baru mereka sendiri.Baginda mengajak empat sahabat karibnya,Abu Bakar,Umar,Uthman
dan Usamah,membantu mengangkat barang-barang keperluan kedua pengantin baru itu.
Barang-barang yang dibekalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w kepada kedua mempelai itu terdiri
daripada batu penggiling,lesung penumbuk gandum,sehelai kulit yang telah disamak,
sebiji bantal,sebuah jag air dan sebiji pinggan.

Abu Bakar terlalu sedih melihat betapa sedikitnya barang-barang bekal keperluan baru
untuk pengantin baru yang mampu diberikan oleh baginda.Sesungguhny a Fatimah
adalah puteri bongsu kesayangan baginda.

Dengan lilingan air mata Abu Bakar seraya berkata "Inikah sahaja bekal perkahwinan
Fatimah".Jawab baginda "Ini pun sudah cukup banyak bagi orang yang masih hidup
di dunia.

abghalim.... .Cerita-cerita motivasi untuk pemimpin oleh Dato Dr Mohd Fadillah Kamsah

Wednesday, June 17, 2009

3days khuruj masturat mei 2009 part 1



Bismillahirahmanirrahim.
Alhamdulillah,segala puja puji hanya untuk ALLAH S.W.T,KHOLIK,MALIK,ROZIQ,RAB!Semoga ALLAH S.W.T menjadikan saya dan umat seluruh alam sebagai insan yang sentiasa bersyukur dan meningkatkan kesyukuran.Thank you RAB,syukur ya ALLAH,atas begitu banyak nikmat yang telah ENGKAU berikan,anugerahkan,limpah ruahkan kepada kami.ENGKAULAH RAB RAHMAN,RAHIM….


Nikmat udara,makan,makan minum,rumah kereta,suami,isteri,anak pinak,saudara mara segala jenis nikmat keduniaan ini bukan sekadar diberikan kepada orang Islam sahaja,tapi orang-orang kafir pun dapat.Bahkan selalu kita lihat orang-orang muysrikin ini hidup lebih kaya,tampak lebih bahagia dari orang Islam sendiri….Mengapa?Selalu juga saya mendengar soalan sebegini,terluncur dari bibir-bibir insan…Dan mungkin juga,saya sendiri pernah terfikir tentang soalan yang sama… Amat penting untuk ALLAH beri saya dan umat seluruh alam sentiasa ingat dan faham bahawa nikmat yang paling besar dan tinggi nilainya di sisi ALLAH S.W.T adalah nikmat iman,nikmat berada di dalam agama Islam,tahu,kenal dan mengakui ALLAH S.W.T sebagai Rab Ahad.Syukur kerana ALLAH S.W.T tidak pilih kita sebagai Firaun laknatullah,atau Qarun,atau Haman,atau seorang yang lahir dan mati sebagai penyembah berhala,api,atau seumpamanya…..Nau’zubillahiminzalik.


Dengan iman sebesar biji sawi pun ALLAH akan balas dengan syurga 10 kali ganda besar dunia ini.TAPI seorang yang mati tanpa iman,neraka untuknya abadi-abadan,bau syurga pun tak dapat cium,melainkan dengan kasih dan rahmat ALLAH.


Terlalu ramai orang yang tak sedar,bahkan saya sendiri pun selalu alpa,akan kepentingan iman.Hari ini orang memandang duitlah yang paling penting dalam hidup.Semua orang berlumba-lumba, berusha sungguh-sungguh untuk mendapatkan duit.Semua orang,dari kanak-kanak sekolah tadika,sekolah rendah,sekolah menengah,universiti dan orang-orang tua faham bahawa duit sangat penting.Sedangkan duit bukanlah tujuan atau maksud ALLAH S.W.T menjadikan kita di dunia ini.1 orang yang mati tanpa pernah merasai duit yang banyak,atau tidak meninggalkan 1 sen pun belum tentu hina atau gagal di sisi ALLAH S.W.T malahan banyak hadith menyebutkan bahawa orang-orang miskin akan masuk syurga lebih awal dari orang kaya.Tapi orang yang banyak duit,berapa banyak pun duit yang dia ada,tapi kalau tiada IMAN….Selamanya,FOREVER AND EVER menderita diazab oleh azab ALLAH S.W.T .ALLAH S.W.T dan Rasulullah S.A.W banyak kali dah terangkan dengan jelas,dunia ini hanyalah tipu-daya,permainan yang hina…Akhirat lebih baik dan kekal..

Wahai diriku yang manakah yang lebih penting duit atau iman?Mana yang lebih penting untuk engkau risaukan?Yang mana?Wahai ALLAH,YA RAHMAN,YA RAHIM berilah kami Taufik dan hidayah,untuk kami lebih fikir risau untuk usha atas iman kami ya ALLAH!
Iman adalah suatu perkara yang perlu diushakan.Iman adalah suatu benda mahal yang menuntut pengorbanan diri,harta,masa dan perasaan bagi mendapatkannya.Iman is very,very,very,very,very,very,very,very,very,very
very,very,very,very important!

Banyak sangat syukur dengan ALLAH,ALHAMDULILLAH KATHIRA,WASUBHANALLAH HI BUKRATAU WAASILA…..Berkat pengorbanan, air mata,fikir risau dan doa ahli-ahli jemaah seluruh alam,ALLAH telah pilih saya dan beberapa orang lagi untuk keluar 3 hari masturat baru2 ini.Sebenarnya saya memang dah lama sangat tak dipilih untuk keluar dah tertinggal beberapa bulan dari nisab,last keluar ke K village tahun lepas.Kali ini dalam bulan May ALLAH S.W.T telah hantar kami ke sebuah kawasan di daerah Cheras .ALLAH S.W.T telah hantar kami ke sebuah flat kos rendah,yang memang agak sempit .Sebuah keluarga yang ALLAH kasih,ALLAH telah pilih untuk korban terima jemaah kami.MasyaALLAH.Dengan suasah payah mereka,mereka ikram kami dengan ikram yang terbaik,moga pengorbanan mereka ALLAH jadikan asbab hidayat untuk lebih banyak jemaah dipilih ke seluruh alam.

Jemaah kami kali ini,bak kata syura agak “hidayat” sedikit sebab tidak ada 1 orang pun yang sudah ada pengalaman 40 hari,paling lama pengalaman 15 hari.Menurut kata suami,walaupun kami boleh sertai jemaah lain yang sudah ada pengalaman keluar 40 hari,tetapi jemaah kami ini adalah takaza untuk bawa orang-orang baru yang telah diputuskan oleh mesyuarat ,maka kami perlu untuk taat keputusan mesyuarat. Hati saya memang berkeinginan untuk bersama jemaah yang sudah ada banyak korban dan banyak pengalaman supaya dapat lebih banyak belajar…Semenjak suami tafakut hingga ke hari bayan hidayat saya asyik berkata “macammana nak belajar kalau semua orang baru ”astghfirullahhalazim”nampak sangat betapa kritikalnya iman saya.Harap saya pada makhluk untuk ajar,bukan pada ALLAH.Kali ini ALLAH ajar saya,bahawa ALLAH lah sebaik2 PENGAJAR,nak belajar minta dan harap kepada ALLAH bukan kepada makhluk.Sewaktu bayan hidayat pun sudah ada pesan,kita minta dengan ALLAH,ALLAH akan ajar kita,ALLAH akan ajar melalui suasana,tuan rumah,rakan sejemaah,orang yang nusrah dan 1001 macam lagi cara ALLAH nak ajar kita.ALLAH HU AKBAR.Saya dapat rasakan kali ini memang banyak ALLAH ajar saya,alhamdulillah,thank you ALLAH.Mudah-mudahan akan menjadi ilmu yang bermanfaat.... sambung ke part2

3 days kuruj masturat Mei 2009 PART4

Berbalik semula kepada ahli jemaah kami yang bermotorsikal tadi….cerita punya cerita,bila semua ahli jemaah melahirkan rasa risau dan ambil berat,dengan izin ALLAH dia pun terceritalah bahawa sebenarnya dia pernah terdengar dari mulut seorang ahli jemaah….kalau ada orang lain yang menumpang kereta mereka,rasa tak selesa…banyak perkara yang tak boleh buat dan terbatas.Contohnya tidak boleh bersuara,kerana suara aurat…meaning, memang tak boleh berbual langsunglah even dengan suami,kalau nak berkomunikasi pun menggunakan nota atau semasa lelaki ajnabi tidak dapat mendengar.
“Ooooohhh,patutlah,”kata hati saya,orang perempuan ni memang sensitif,sekali terasa selamanya akan dikenang.Saya berpesan kepada diri saya sendiri dan berdoa semoga ALLAH S.W.T menghindarkan saya dari perkataan-perkataan yang boleh menyentuh rasa atau melukakan orang lain.Jiwa seorang mu’min itu lebih mulia dari Baitullah.Kepada anda yang ALLAH pilih untuk membaca tulisan saya yang serba kurang ini,marilah kita saling ingat-mengingati.
Bila dia berkata begitu saya membalas…memanglah kalau nak diikut nafsu memang terasa boring sedikit,tapi sebenarnya lebih baik bila ada orang menumpang…Kita tidaklah banyak bercakap sia-sia dengan suami kita,(walaupun ada pendapat mengatakan bahawa perbualan dengan suami ,menghiburkan dia,buatkan dia gembira dan tertawa adalah ibadah,tetapi sewaktu keluar jalan ALLAH sebaiknya kita lebih fokus dan serius,bukannya selalu pun) masa sepanjang perjalanan boleh digunakan dengan zikrullah dan doa kepada ALLAH S.W.T,doa semasa musafir adalah antara doa yang ALLAH akan lebih mudah maqbulkan..Wallahua’lam saya pun tak pandai sangat..cakap apa yang mampu sahaja.Semoga ALLAH ajar saya lagi dan lagi,hambaMU ini tak pandai ya ALLAH….
Bayan…banyak perkara yang dibayankan,tetapi ada beberapa perkara yang menyentuh perasaan dan masih utuh dalam ingatan saya.Antaranya kisah para isteri yang menjadi sayap perjuangan.Menjadi sayap perjuangan beerti sama-sama ambil kerja,fikir-risau,tangis,doa,amal,bantu kerja-kerja agama suami.Tidak sama dengan hanya menggalakkan dan merelakan mereka keluar buat kerja and that’s it. Boleh ke faham?Semoga ALLAH beri kefahaman…Bagi isteri yang sama-sama ambil kerja ALLAH S.W.T akan masukkan mereka 1000 tahun lebih awal dari suami mereka.Manakala bagi isteri yang hanya sekadar memberi galakkan ALLAH S.W.T akan masukkan mereka 500 tahun lebih awal ke dalam syurga….500 tahun pun ok lah eh?Jangan silap puan-puan,di akhirat nanti perbezaan 1 subhanallah sahaja akan buat kita termenung menyesal tak sudah.1000 tahun ALLAH S.W.T bagi kita shopping,facial,make up sakan di syurga sehingga apabila ALLAH S.W.T temukan kita dengan suami kita untuk pertama kalinya setelah 1000 tahun di syurga,maka dikatakan suami akan bersujud di hadapan isteri.Isteri akan berkata “abang,bangun,kenapa abang sujud menyembah saya?Ini saya isteri abang…”Dan suami akan menjawab….
“Cahaya ataupun nur dari diri kamu itu sangat memancar sehinggakan aku menyangka bahawa itu adalah nur ALLAH!” MasyaALLAH ibu-ibu.Pasti ALLAH S.W.T tidak akan sia-siakan semua korban dan susah payah kita untuk agama ALLAH.Kita doalah semoga ALLAH S.W.T terima korban kita yang sangat sedikit……
Satu lagi antara isi bayan yang segar dalam ingatan sehingga ke hari ini (19.06.2009)adalah kisah Muadz Bin Jabbal r.hu ketika beliau diperintah Rasulullah s.a.w membuat kerja dakwah ke Yaman...Disaat Muadz bin Jabbal r.hu hendak pergi meninggalkan baginda Rasulullah s.a.w,Muadz r.hu telah menoleh untuk memandang Rasulullah s.a.w sebanyak 3 kali.Muadz bin Jabbal r.hu adalah seorang sahabat yang begitu mencintai Rasulullah s.a.w,diberitakan jika sehari beliau tidak memandang wajah Rasulullah s.a.w maka jiwanya akan tersiksa.Tidaklah dapat dibayangkan betapa beratnya Muadz bin Jabbal menerima perintah Nabi s.a.w untuk pergi jauh dari baginda s.a.w...Dikisahkan bahawa sekiranya Muadz bin Jabbal r.hu memandang Rasulullah s.a.w untuk kali ke-4 nescaya Muadz bin Jabbal pasti akan pengsan kerana tidak dapat menahan beratnya perasaan untuk meninggalkan orang yang sangat dicintai....Pembayan juga turut menyebut kata-kata Muadz bin Jabbal r.hu pada saaat-saat perpisahan itu...


"Aku mempunyai kehendak,Rasulullah s.a.w juga mempunyai kehendak,demi cintaku kepda Rasulullah s.a.w,aku campak kehendakku dan ku peluk kehendak Rasulullah s.a.w"

Bagi orang yang biasa bercinta dan merindu,atau pernah dan masih terpisah dengan orang yang dicintai pastilah serba sedikit dapat merasai tanggungan perasaan Muadz bin Jabbal r.hu itu. ...

Friday, October 10, 2008

lagi kelebihan wanita solehah...

Click here to get hot comments and graphics...

calon2 penghulu bidadari syurga:

(1)Doa wanita lebih maqbul dari lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat dari lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah SAW akan hal tersebut, jawab baginda : "Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

(2) Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama orang yang senantiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

(3) Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan dari anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail AS

(4)Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarah (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca "Alhamdulillahi'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah". Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa."; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa'ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.

(5)Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW.) di dalam syurga.

(6)Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah syurga.

(7) Dari 'Aisyah r.ha. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya dari api neraka."

(8)Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
Apabila memanggil akan engkau kedua ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu


(9) Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya. (serta menjaga sembahyang dan puasanya)

(7)'Aisyah r.ha. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah SAW. siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?" Jawab baginda, "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki ?" Jawab Rasulullah SAW. "Ibunya".

Click here to get hot comments and graphics...

(8)Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (10,000 tahun). Ada juga pendapat mengatakan 500 tahun lebih awal.Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya.

(9)Seorang wanita yang solehah lebih baik dari seribu orang lelaki yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan baginya lapan pintu syurga, yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab.



(10) Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau memandang ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya,memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keridhaan Allah, maka diberikan ganjaran baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya, tiap-tiap langkahnya dan setiap pandangannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi.


(11) Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.

(12) Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihat isterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh rahmat. .

(13) Dari Hadrat Muaz ra.: Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti (memasak makanan)untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api,maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

(14) Thabit Al Banani berkata : Seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia menghidangkan makanan dihadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokkannya matanya yang buta telah celik. Allah kurniakan keromah (kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya).

(15) Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah SAW. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya, "Adakah kamu menyembahyangkan mayat ?" Jawab mereka,"Tidak". Sabda Baginda "Sebaiknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami niscaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.

(16) "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan mejadikan 7 parit diantara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi."

(17) "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat."

(18)"Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat."

(19) "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian."

(20) "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya."

(22) Sabda Nabi SAW: "Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong kumis (misai) dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman dari taman- taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat."


(23) Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal dari suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat dari yakut.

(24) Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

(25) Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

(26) Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya.

(27)Rasulullah SAW bersabda bahwa, "Allah telah memberikan sifat iri (pencemburu) untuk wanita dan jihad untuk lelaki. Jika seorang wanita melatih kesabarannya dengan iman dengan mengharapkan pahala dari sesuatu perkara yang menyebabkannya menjadi cemburu (iri hati), seperti misalnya suaminya menikahi isteri kedua, maka ia akan menerima ganjaran seorang syahid".

6 pesanan untuk wanita

Pesanan ini ditulis oleh Ulama muktabar

1. Jaga solat pada awal waktu dan galakkan mahram solat berjemaah dimana azan dilaungkan
Berusahalah untuk menjaga waktu solat yang betul dan jangan berlengah untuk menunaikannya. Kalau datang haid sekalipun (tidak dapat solat), kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggalkan solat.
Jika seorang itu telah bersedia untuk solat dengan berwudhu' ketika sebelum azan,maka dia akan dibangkitkan di akhirat kelak dengan wajah bersinar seperti matahari,jika ketika azan dia sedang berwudhu' akan dibangkitkan dengan wajah bercahaya seperti bulan dan jika berwudhu' setelah azan akan dibangkitkan dengan wajah bercahaya seperti bintang

2.Istiqomah Ta'lim Ta'lum Hidupkan bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga.
Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal dan Muntakhab Hadith, setiap hari dengan Istiqamah pada masa dan tempat yang ditetapkan. Sebaiknya kumpulkan setiap ahli keluarga termasuk kanak-kanak yang belum mengerti apa-apa. Ini amalan sahabiah di zaman Nabi SAW sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh/ solehah yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.

3. Istiqamah Al Quran dan zikir setiap hari
Berusahalah membaca Al Quran setiap hari dengan Istiqamah. Sebaiknya satu juzu' setiap hari dan sekurang-kurangnya beberapa ayat. Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, hendaklah mencium Al Quran dan muhasabah diri 'Ya Allah, apa dosaku hingga aku tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."
Tetapkan amalan zikir dalam jadual seharian anda..contohnya zikir 1000x mengikut hari2,atau sekurang2nya 100x subhanallahwalhamdulillah walaillahaillah huallahuakbar lahaulawalaquwwataillabillahilaliyulazim,100x selawat dan 100x istighfar =300x zikir,istiqamah 300x pagi sekali dan 300 petang.

Click here to get hot comments and graphics...
4. Mendidik anak secara Islam.
Mengajar anak-anak dari kecil dengan amalan Sunnah Rasullulah SAW dan doa-doa masnun iaitu doa seharian seperti doa ketika hendak tidur, doa bangun tidur, doa makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana.
Hidup Sederhana adalah hidup berdasarkan keperluan bukan kemampuan....Hari ini kita hidup diluar dari kemampuan...berhutang sana sini untuk rumah,kereta dan sebagainya....iman kita lemah ttapi hendaklah ada fikir risau dan doa supaya ALLAH s.w.t memberi taufiq dan hidayah supaya hidup kita berada di dalam keredhoan dan keberkatan ALLAH s.w.t
Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yg hidup sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah SWT ke atas wanita tersebut.

6. Galak suami/ mahram untuk bermujahadah atas Agama Allah.
Seorang isteri yg menggalakkan suaminya untuk solat berjemaah di Masjid/Surau akan mendapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.


Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat.
Muzakarahlah bersama rakan wanita lain supaya hakikat amalan ini masuk dalam hati kita dan mudah untuk kita amalkan

Thursday, October 9, 2008

kelebihan wanita solehah

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap tegukan susu yang diberikannya.

Click here to get hot comments and graphics...
6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada
suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

Click here to get hot comments and graphics...
15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari
.

16. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis,Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.



Dipetik daripada Bayan Mastura Oleh Syed Ahmad Khan (Januari 1992)

artikel berkaitan

Blog Widget by LinkWithin