Showing posts with label kesabaran tanpa batasan. Show all posts
Showing posts with label kesabaran tanpa batasan. Show all posts

Sunday, June 13, 2010

tentang kesabaran


Hidup ini adalah satu medan ujian. Dunia ini hanyalah sebuah persinggahan dan bukan destinasi. Sebuah perhentian dan bukan pengakhiran. Tanpa ujian, manusia takkan pernah terhantuk dan tengadah, bahkan akan terus lalai dengan dunianya sendiri yang penuh dengan angan-angan, hiasan syaitan. Ujian adalah satu bentuk interaksi antara Allah dan kita. Ujian membuatkan kita mendongak ke langit, menadah tangan memohon perhatian Tuhan. Kita selalu lupa, namun Allah tak pernah sekali-kali lalai daripada hamba-Nya.

Firman Allah dalam surah Al-‘Ankabuut Ayat yang ke-2, ertinya:

“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?”
Ayat ini menggambarkan kepada kita betapa iman itu berkait rapat dengan ujian. Kenikmatan iman itu dikecapi setelah kita berjaya melalui beberapa siri ujian yang telah ditetapkan oleh Allah. Semakin hebat ujian, semakin manis iman yang bakal kita rasai di penghujungnya, bagi orang-orang yang berjaya melaluinya. Jika kita gagal menempuhinya dengan baik, kita akan terus diberi peluang dan didatangkan lagi dengan ujian-ujian yang lain. Kita akan semakin tersasar jika kita terus menerus gagal dan tak belajar menjadi lebih baik. Allah itu begitu Maha Pengasih dan masih memberi ruang kepada kita belajar daripada ujian.

Iman itu memerlukan pembuktian. Seberat-berat ujian yang pernah kita alami, tak mungkin seberat Bilal Bin Rabah R.A. tatkala menampung batu besar di terik panas matahari padang pasir. Khabbab Bin ‘Arath R.A. begitu terseksa saat besi panas yang membara di atas kepalanya membakar dan menghanguskannya. Namun, mereka telah membuktikan keimanan mereka dan Allah mengetahui orang-orang yang benar dan orang-orang yang dusta. Di hujung penderitaan yang dialami generasi awal Islam itu, mereka mengakhiri kehidupan menuju alam abadi dengan penuh ketenangan.



Ujian itu adalah tempaan Allah buat orang-orang beriman. Pedang yang hebat takkan terbentuk jika tidak diketuk, dipanaskan dan ditempa dengan baik. Maka kita beruntung kerana Allah akan mengangkat darjat kita dengan ujian yang diturunkannya. Allah ingin memberikan berita gembira kepada kita jika kita bersabar atas ujian yang kita hadapi. Lihatlah Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah Ayat 155-156, ertinya: “Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: “Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun (Kita milik Allah dan kepada-Nya kita dikembalikan)”

Biar apa juga bentuk ujian yang kita alami, Rahmat Allah tetap akan mengiringi jika kita menghadapinya dengan penuh sabar dan pengharapan kepada Allah. Allah sangat-sangat suka jika hamba-Nya mengadu kepada-Nya, menitiskan air mata di balik tirai malam dan mengakui kelemahannya. Tidak dapat tidak, ujian itu harus dilalui dengan penuh pengharapan kepada pertolongan Allah, kebergantungan yang sepenuhnya kepada pemilik diri kita. Jika tidak, kita akan buntu mencari jalan, kerana hanya Dia penunjuk jalan. Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah Ayat 153, ertinya: “Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan Solat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.”


Sunday, January 31, 2010

KHIDMAT,JEMAAH DAN DIRIKU

Bismillahirahmanirrahim.

Segala puja-puji dan syukur hanya layak untuk ALLAH.Wahai ALLAH,wahai RABBULA’LAMIN,jadikanlah saya,jadikanlah umat seluruh alam insan yang bersyukur,syukur dengan begitu banyak nikmatMU ya ALLAH,terutamanya nikmat Iman dan Islam.Dan terimalah syukur kami ya ALLAH.Berikanlah kami kekuatan,taufiq dan hidayah untuk kami menambahkan kesyukuran kami ya ALLAH.

Dengan izin ALLAH selepas ijtimak ni ada 1 perkara yang kuat menarik perhatian dan kuat menyentuh hati saya,bahkan sepanjang pemerhatian saya yang bersahaja,(tidaklah bersungguh-sungguh)saya merasakan seolah-olah ALLAH nak highlightkan pada saya tentang khidmat.Dari laporan-laporan,bayan,gambar-gambar di website/blog dan sewaktu suami membawa saya meninjau sepintas lalu ke tapak ijtimak minggu lepas,fikir dan ingatan saya kuat kepada khidmat….bila saya melihat gambar orang-orang yang khidmat,bila saya dengar karkuzahri berkaitan orang-orang yang ALLAH pilih untuk khidmat,bila saya melihat orang-orang yang masih ada lagi di tapak ijtimak,selepas ijtimak untuk khidmat,masyaALLAH hati saya begitu tersentuh.Sungguh mulia mereka ini di sisi ALLAH,sedang saya memang langsung takde sumbangan…

Sewaktu mendengar CD bayan dan targhib ijtimak pun,targhib kelebihan khidmat la yang melekat di ingatan saya yang kian lemah ini…

“Maulana Hamid kata,kita hendaklah khidmat dengan niat dan perasaan bahawa kita perlu kepada khidmat,bukan orang atau ALLAH yang perlu kepada khidmat kita. “

MasyaALLAH,jika kita yang perlu kepada khidmat maka dengan izin ALLAH kita akan usha sungguh-sungguh untuk tingkatkan khidmat kita.Sebab kita perlu dan berhajat sangat kepada khidmat,sebab jika kita khidmat dan ALLAH terima khidmat kita maka kita akan dapat ALLAH.Dapat ALLAH?Saya tak pasti apa maknanya but saya yakin dan percaya dapat ALLAH mean something gigantic,MAHA BESAR,beyond imagination.Dan hakikatnya kita,makhluk,kami umat Muhammad ini sangat,terlalu teramat perlu kepada ALLAH.

Nak share sikit pengalaman khidmat sewaktu keluar masturat.Kali pertama keluar masturat,few years ago,ALLAH dah tetapkan saya untuk banyak-banyak basuh pinggan dan yang sewaktu denganya…In fact saya teringat yang sejak zaman sekolah orang suka bagi saya kerja basuh pinggan…1st time keluar dengan 0 knowledge tak tahu apa2 tentang khuruj masturat+memang tak suka nak keluar waktu tu,saya terasa dan terfikir banyak perkara buruk bila saya selalu kena basuh pinggan,even bukan waktu saya khidmat.I was like thinking nak buli saya ke orang baru?

Tapi apa yang terjadi pada kali ke-2 saya keluar,ALLAH S.W.T buat saya langsung takde peluang nak khidmat even waktu tu giliran saya khidmat…Semua kerja cepat-cepat ALLAH beri pada orang lain.Nampak macam untung,tak penat TAPI,bila ALLAH dah beri sikit2 faham,saya tahu betapa ruginya saya,saya terasa ALLAH pada saya,dan tak mahu pilih saya lagi untuk khidmat kepadaNYA…Tarbiah itu membuatkan saya sangat menyesal,dan khuruj seterusnya saya rebut peluang selagi boleh khidmat,khidmat sungguh-sungguh.

Khidmat ni bila tak sungguh-sungguh pun masalah bila sungguh-sungguh pun masalah.When we put extra effort untuk masak,khidmat tuan rumah etc..kita kena banyak istighfar dan betulkan niat hanya untuk mendapatkan redho ALLAH.Kena tarbiah nafsu betul-betul bila orang memuji hasil khidmat kita.And sometime….terutamanya bila kita keluar lama skit.10 or more days ALLAH mungkin akan uji kita dengan bermacam-macam bentuk ujian sewaktu kita khidmat.Mungkin ALLAH S.W.T akan datangkan sifat cemburu dan iri kepada salah seorang ahli jemaah sebab suami dia dan jemaah lain suka dengan lauk yang kita masak.. Waktu tu lah kita kena betul2 mujahadah nafsu,banyak bersabar,supaya jemaah kita tetap bersatu hati dan dapat menyuburkan mahmudah.Sekiranya terjadi perkara yang betul2 memecahkan hati kita,seboleh-boleh jangan cerita kepada sesiapa tapi mengadulah kepada ALLAH,minta ALLAH kuatkan kesabaran,indahkan akhlak kita dan satukan hati jemaah dan satukan hati semua jemaah.Selalu ingat yang ALLAH nak uji kita.

Nak dapat khidmat yang terbaik kena minta ALLAH ajar dan beri taufiq hidayah kepada kita. Dan semoga ALLAH buat kita banyak-banyak syukur sebab dah pilih kita khidmat untuk DIA!

Maulana Hamid berkata lagi sewaktu kita khidmat kita hendaklah rasa sebenarnya kita tak layak buat khidmat itu,sebenarnya kita ni hanya layak untuk buat kerja/khidmat yang nampak lebih kotor atau lebih tak glamour dari khidmat yang sedang kita buat.Kita kena jaga hati kita dari sifat “kibir”sifat rasa sebenarnya kita ni lebih baik dari orang lain.

Contohnya “aku ni sebenarnya layak untuk mengiring elders2 tapi tawadhuk punya pasal,takperlah aku buat khidmat taam sahaja…”Sebaiknya kita kena rasa “ya ALLAH sepaututnya aku ni layak khidmat cuci tandas sahaja tapi ALLAH bagi aku kerja taam,aku tak layak,tak pandai buat kerja taam ni semoga ALLAH ajar dan pimpin aku untuk buat khidmat taam yang terbaik”..........WALLAHUA'LAM.

Tuesday, January 12, 2010

Adakah kerana DUNIA lebih kita cintai dari segalanya...

Lantas kita telah melupakan banyak perkara lain yang jauh lebih penting...adakah kerana beberapa gulung sijil,diploma,atau ijazah dan jawatan yang ada maka nilai2 kasih- sayang,menghormati orang tua,menyeru kepada ALLAH dengan hikmah dan mauizah hasanah telah dilupakan? Adakah ini ujian terhadap orang2 alim zaman ini?Adakah orang2 ini terlupa bahawa adalah lebih baik menjadi resmi padi...semakin tunduk semakin berisi?
Tapi ini mungkin juga peringatan kepada diriku.....


Ya Allah rahmatilah kami dengan al Qur’an. Jadikan ia imam kami, cahaya, petunjuk dan rahmat bagi kami. Ya Allah ingatkanlah kami apa yang kami lupa dan ajarkan bagi kami apa yang kami jahil. Karuniakanlah kepada kami untuk dapat membacanya sepanjang malamnya dan sepanjang siangnya. Jadikanlah ia perisai kami. Wahai Tuhan sekalian alam.

.Ya Allah terangilah hati kami dengan Al Qur’an, dan hiasilah akhlak kami dengan Al Qur’an, jauhkanlah kami dari api neraka dengan Al Qur’an, masukkanlah kami ke surgamu dengan Al Qur’an. Jadikanlah Al Qur’an sebagai teman di dunia, di dalam kubur sebagai penerang/teman , cahaya di atas titian (shirath), dan teman di dalam surga, dan penghalang dan hijab dari api neraka, sebagai petunjuk untuk segala kebaikan dan tetapkanlah kami dlm kesempurnaan , anugrahkan kepada kami kemudahan dlm mengamalkan Al Qur’an dgn hati dan lisan, senantiasa cinta kpd kebaikan, kebahagiaan, kegembiraan atau keindahan iman. Dan sholawat dan salam yg senantiasa tercurah kpd junjungan Nabi Besar Muhammad SAW dan para sahabat atas kebaikan akhlaq dan kelembutan budi pekertinya di atas cahaya arsy.


Friday, August 14, 2009

bilal bin rabah

Suatu malam, jauh sepeninggal Rasulullah, Bilal bin Rabbah, salah seorang sahabat utama, bermimpi dalam tidurnya. Dalam mimpinya itu, Bilal bertemu dengan Rasulullah."Bilal, sudah lama kita berpisah, aku rindu sekali kepadamu," demikian Rasulullah berkata dalam mimpi Bilal."Ya, Rasulullah, aku pun sudah teramat rindu ingin bertemu dan mencium harum aroma tubuhmu," kata Bilal masih dalam mimpin-ya. Setelah itu, mimpi tersebut berakhir begitu saja. Dan Bilal bangun dari tidurnya dengan hati yang gulana. Ia dirundung rindu.Keesokan harinya, ia menceritakan mimpi tersebut pada salah seorang sahabat lainnya. Seperti udara, kisah mimpi Bilal segera memenuhi ruangan kosong di hampir seluruh penjuru kota Madinah. Tak menunggu senja, hampir seluruh penduduk Madinah tahu, semalam Bilal bermimpi ketemu dengan nabi junjungannya.Hari itu, Madinah benar-benar diselubungi rasa haru. Kenangan semasa Rasulullah masih bersama mereka kembali hadir, seakan baru kemarin saja Rasulullah tiada. Satu persatu dari mereka sibuk sendiri dengan kenangannya bersama manusia mulia itu. Dan Bilal sama seperti mereka, diharu biru oleh kenangan dengan nabi tercinta.Menjelang senja, penduduk Madinah seolah bersepakat meminta Bilal mengumandangkan adzan Maghrib jika tiba waktunya. Padahal Bilal sudah cukup lama tidak menjadi muadzin sejak Rasulullah tiada. Seolah, penduduk Madinah ingin menggenapkan kenangannya hari itu dengan mendengar adzan yang dikumandangkan Bilal.Akhirnya, setelah diminta dengan sedikit memaksa, Bilal pun menerima dan bersedia menjadi muadzin kali itu. Senjapun datang mengantar malam, dan Bilal mengumandangkan adzan. Tatkala, suara Bilal terdengar, seketika, Madinah seolah tercekat oleh berjuta memori. Tak terasa hampir semua penduduk Madinah menitiskan air mata. "Marhaban ya Rasulullah," bisik salah seorang dari mereka.Sebenarnya, ada sebuah kisah yang membuat Bilal menolak untuk mengumandangkan adzan setelah Rasulullah wafat. Waktu itu, beberapa saat setelah malaikat maut menjemput kekasih Allah, Muhammad, Bilal mengumandangkan adzan. Jenazah Rasulullah, belum dimakam-kan. Satu persatu kalimat adzan dikumandangkan sampai pada kalimat, "Asyhadu anna Muhammadarrasulullah." Tangis penduduk Madinah yang mengantar jenazah Rasulullah pecah. Seperti suara guntur yang hendak membelah langit Madinah.Kemudian setelah, Rasulullah telah dimakamkan, Abu Bakar meminta Bilal untuk adzan. "Adzanlah wahai Bilal," perintah Abu Bakar.Dan Bilal menjawab perintah itu, "Jika engkau dulu membebaskan demi kepentinganmu, maka aku akan mengumandangkan adzan. Tapi jika demi Allah kau dulu membebaskan aku, maka biarkan aku menentukan pilihanku.""Hanya demi Allah aku membebaskanmu Bilal," kata Abu Bakar."Maka biarkan aku memilih pilihanku," pinta Bilal."Sungguh, aku tak ingin adzan untuk seorang pun sepeninggal Rasulullah," lanjut Bilal."Kalau demikian, terserah apa kehendakmu," jawab Abu Bakar.***

Wednesday, July 22, 2009

Syahidah Marwa al-Sharbini


glitter-graphics.com

Marwa Al-Sharbini, seorang ibu beranak satu yang sedang mengandung tiga bulan, syahid akibat ditikam sebanyak 18 kali oleh seorang pemuda Jerman keturunan Rusia yang anti-Islam dan anti-Muslim. Tapi berita ini, sama sekali tidak saya temukan di tv-tv kita , negara yang majaroti penduduknya Muslim, bahkan mungkin, tak banyak dari kita yang tahu akan peristiwa yang menimpa Marwa Al-Sharbini.

Marwa Al- Sharbini mempertahankan harga dirinya sebagai seorang Muslimah yang mematuhi ajaran agamanya meski pun untuk itu ia kehilangan nyawanya.Marwa Al-Sharbini ditikam di ruang sidang kota Dresden , Jerman saat akan memberikan kesaksian atas ancaman terhadapnya . Ia mengadukan sorang pemuda Jerman bernama Alex W yang kerap menyebutnya “teroris” hanya karena ia mengenakan jilbab. Dalam suatu kesempatan, pemuda itu bahkan pernah menyerang Marwa dan berusaha melepas jilbab Muslimah asal Mesir itu. Di persidangan itulah, Alex kembali menyerang Marwa, kali ini ia menikam Marwa Al-Sharbini berkali-kali. Suami Marwa yang berusaha melindungi isterinya, malah terkena tembakan pihak berkuasa keamanan pengadilan yang berdalih tak sengaja menembak suami Marwa yang kini dalam keadaan kitikal di rumah sakit Dresden .

Peristiwa ini sepi dari pemberitaan di media massa Jerman dan mungkin dari pemberitaan media massa asing dunia karena yang menjadi korban adalah seorang muslimah yang dibunuh oleh orang Barat yang anti-Islam dan anti-Muslim. Situasinya mungkin akan berbeza jika yang menjadi korban adalah satu orang Jerman atau orang Barat yang dibunuh oleh seorang ektrimis Islam. Beritanya dipastikan akan gempar dan mendunia.Itulah sebabnya, mengapa di tv-tv kita cuma sibuk dengan pemberitaan pemakaman Michael Jackson yang mengharu biru itu. Tak ada berita pemakaman Syahidah Marwa Al-Sharbini yang mendapat sebutan “Pahlwan Jilbab”. Tak ada protes dunia Islam atas kematiannya. Tak ada tangisan kaum muslimin dunia untuknya. Tapi tak mengapa Marwa Al-Sharbini , karena engkau akan mendapatkan tempat yang paling mulia di sisiNya ALLAH SWT .. Seiring doa dari orang-orang yang mencintaimu. Selamat jalan saudariku, maafkan kami jika kurang peduli …

Sunday, September 14, 2008

wahai ALLAH kurniakanlah kami kesabaran



Kualiti kesabaran kita diuji sepanjang jalan kita meraih tujuan, untuk menjadikan diri kita orang yang tenang dan penuh kasih sayang. Semakin kita sabar, semakin dapat menerima hidup ini apa adanya bukan semakin memaksakan hidup ini persis seperti yang kita kehendaki. Tanpa kesabaran, hidup pastilah akan membuat kita sangat mengecewakan. Kita akan mudah jengkel, terganggu, dan merasa disakiti.
Kesabaran menambahkan suatu dimensi ketenteraman dan rasa menerima pada hidup kita. Dimensi yang sangat penting bagi ketenangan batin.
“Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung.” (Ali Imran: 200).
Menjadi lebih sabar mengharuskan kita membuka hati kita pada saat sekarang, bahkan bila kita tidak menyukainya. Bila kita terjebak di tengah kegagalan duniawi yang sangat besar, terlambat datang ke sebuah pertemuan, membayangkan saat-saat itu akan berarti memerangkap diri kita, membentuk bola salju mental sebelum pikiran kita keluar dan mengingatkan kita untuk santai. Ini juga mungkin waktu yang baik untuk meraih nafas dan juga kesempatan untuk mengingatkan dirimu bahwa, pada skema yang lebih besar, terlambat adalah “masalah kecil”.

“Siapa saja yang melatih dirinya untuk bersabar, niscaya Allah akan memberikan kepadanya kekuatan sehingga mampu bersabar.” (Al Hadits).
Kesabaran juga mengharuskan kita melihat ketidakbersalahan pada diri orang lain. Seringkali ketika aku sedang menulis, ibu memanggilku untuk melakukan ini itu, yang bagi seorang penulis bisa sangat merosakkan konsentrasi. Yang aku ingat setelah itu, adalah jasa-jasanya yang begitu banyak, yang telah diberikannya kepadaku, bukan memikirkan implikasi yang bisa terjadi pada pekerjaanku karena gangguannya itu (”Aku tak bisa menyelesaikan pekerjaanku, aku kehilangan ilham, hari ini aku tak punya waktu lagi untuk menulis,dan seterusnya”).
Aku ingatkan diriku mengapa ibu menyuruhku melakukan ini itu – karena aku anaknya, dia masih percaya kepadaku, bukan berencana merusak pekerjaanku. Bila aku ingat untuk melihat ketidakbersalahan, aku akan segera memunculkan suatu perasaan sabar, dan perhatianku balik kembali ke masa sekarang. Rasa terganggu yang mungkin terbentuk menjadi lenyap dan aku diingatkan sekali lagi, bahwa betapa beruntungnya aku memiliki ibu yang telah melahirkanku.
Aku menemukan bahwa bila kita melihat lebih jauh, kita dapat hampir selalu melihat ketidakbersalahan di dalam diri orang lain, dan juga di dalam setiap situasi yang baik membuat frustasi. Bila kita melakukannya, kita akan menjadi orang yang lebih sabar dan tenang dan, dengan cara yang aneh, kita mulai menikmati saat-saat yang biasanya akan membuat kita frustasi.
Chandra Kurniawan

Click here to get hot comments and graphics...

Be a super human

Mungkinkah manusia memiliki kekuatan sepuluh kali lipat? Mungkin saja. Dalam pembahasan ini kita tidak berbicara tentang kekuatan dari ilmu-ilmu kesaktian yang beraroma syirik, tapi kita bicara tentang kekuatan yang bisa dimiliki oleh manusia tanpa harus berbuat syirik.Dan kekuatan ini hendaknya kita semua memilikinya, karena jika kita memiliki kekuatan sepuluh kali lipat, maka hasilnya akan sepuluh kali lipat pula. Dan jika kita ingin meningkatkan perolehan hasil, maka tingkatkanlah kekuatan yang kita miliki itu. Lalu bagaimana caranya?
Untuk mendapatkan kekuatan yang dahsyat itu, Allah SWT telah memeberikan banyak petunjuk. Semaklah ayat berikut ini!

"Hai Nabi, kobarkanlah semangat para mukmin untuk berperang. Jika ada dua puluh orang yang sabar diantaramu, niscaya mereka akan dapat mengalahkan dua ratus orang musuh. Dan jika ada seratus orang yang sabar diantaramu, niscaya mereka akan dapat mengalahkan seribu dari pada orang kafir, disebabkan orang-orang kafir itu kaum yang tidak mengerti." (QS.Al Anfaal:65)

Dalam ayat tersebut, Allah SWT memberitahukan pada kita bahwa jika kita ingin memiliki kekuatan sepuluh kali lipat, maka harus bekerja dengan sabar. Dalam perang seseorang yang sabar bisa mengalahkan sepuluh orang tentara musuh. Artinya seorang mukmin yang sabar memiliki kekuatan sepuluh kali lipat dibanding dengan kekuatan orang yang tidak sabar. Bahkan dengan sabar Allah juga menjanjikan pahala yang tiada terbatas kepada mereka yang sukses menetapi kesabaran.

"Sesungguhnya hanya orang-orang yang sabar sajalah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas." ( QS. Az Zumar 10 ).

Dengan membaca ayat-ayat tersebut, menjadi jelaslah bahwa kekuatan itu terletak pada kesabaran. Dan dengan kesabaran, kita tidak hanya mendapatkan kekuatan yang berlipat-lipat, tapi juga mendapatkan banyak keutamaan diantaranya meraih pahala yang sifatnya tidak terbatas. Subhanallah... Sungguh beruntung sekali jika kita bisa mendapatkannya.Seharusnya hal ini menjadi inspirasi bagi kita semua. Boleh jadi selama ini kita telah menyia-nyiakan potensi kekuatan yang dahsyat itu di dalam diri kita karena kita tidak sabar.Sabar telah mendapat perhatian yang sangat besar di dalam al Qur'an, disebutkan sekitar 90 tempat dalam berbagai ayat. Hal ini menunjukkan betapa sabar memiliki keutamaan yang sangat banyak dan menjadi wajib hukumnya untuk dipraktekan dalam menjalani kehidupan di dunia ini. Oleh karena itu marilah kita meningkatkan kesabaran demi kehidupan yang lebih baik.Betapa manusia sangat2 memerlukan kesabaran di dalam kehidupan seharian.Manusia dalam kehidupannya suatu saat pasti menghadapi cobaan atau ujian. Jika cobaan atau ujian itu telah datang, pada saat itulah dibutuhkan kesabaran. Semakin besar cobaan yang menimpa, semakin besar pula pentingnya persediaan kesabaran. Dan bagi mereka yang tidak sabar, tentu akan dikecewakan oleh tindakannya itu. Karena ketidaksabaran justru akan menambah tekanan batin dan melemahkan kekuatan.
Memang sabar itu adalah sebuah kata yang indah dan mudah diucapkan dengan lisan namun sangat sulit untuk dipraktekan. Akan tetapi jika kita ingin sukses dalam kehidupan ini, tidak boleh tidak kita harus memakai sabar dalam setiap tindakan kita.Dan perlu diketahui pula bahwa bersabar itu bukan berarti diam menunggu atau pasrah dengan alasan menerima taqdir tanpa berbuat apa-apa, justru sabar ada pada "kerja" bukan pada diam.Sabar adalah tetap melakukan apa yang harus kita lakukan. Jika kita tetap melakukan apa yang harus kita lakukan dengan penuh kesabaran, maka kekuatan kita akan berlipat ganda. Kita akan menjadi manusia yang super dahsyat insyaAllah!

Click here to get hot comments and graphics...

Monday, August 25, 2008

fa sobrun jamilun....wallahumaal mustaan


I asked for strength..
And Allah gave me difficulties to make me strong.
I asked for wisdom..
And Allah gave me problems to solve.
I asked Allah for courage..
And Allah gave me obstacles to overcome.
I asked Allah for love..
And Allah gave me troubled people to help.
I asked for favor..
And Allah gave me opportunities.
“May be I received nothing I wanted..
But I received everything I needed.”

Duhai hati..bersabarlah,Allah sedang mengujimu...

artikel berkaitan

Blog Widget by LinkWithin