Apakah yang perlu dilakukan oleh seorang isteri sekiranya ditakdirkan menempuh alam poligami? Apabila suami telah menyatakan hasrat hati untuk berkahwin lagi, bermakna isteri perlu bersiap sedia untuk menerima kedatangan bakal madu. Bagaimanakah sikap isteri dalam menerima kedatangan madu ini?
Bagi sesetengah isteri, kedatangan ‘orang baru’ itu dinanti dengan dada berdebar-debar, dan ketika itu mulalah ia tidak lalu makan, tidak lena tidur dan memikirkan perkara yang bukan-bukan. “Mungkin aku dah tidak secantik dulu…. Dah tak mengghairahkan lagi….” dan pelbagai persoalan seumpamanya bermain-main dalam kotak fikiran.
Allah turunkan ayat mengharuskan poligami, jauh sekali hendak menganiayai kaum wanita. Sebenarnya, poligami adalah medan perjuangan yang besar untuk menundukkan nafsu pada diri wanita. Ketika itulah nafsu akan tertekan.
Bermadu terasa menyakitkan kerana nafsu meronta-ronta minta diturutkan kehendaknya. Sekiranya kita berjaya menundukkannya, barulah datangnya nikmat bermadu. Dan bersamanya datang nikmat beribadah, nikmat mengadu, merintih dan menangis di hadapan Allah. Kita akan menangis, bukan kerana kesal berpoligami tetapi kerana kesal memandangkan selama ini kita lalai dengan nikmat Allah sehingga Allah menarik nikmat itu sedikit demi sedikit, untuk diberikan kepada kita di Akhirat kelak.
Dalam menerima kedatangan madu yang merupakan orang baru dalam keluarga, isteri hendaklah berlapang dada. Kebanyakan ‘orang baru’ ini kurang tahu akan dunia rumahtangga yang baru dimasukinya. Isteri pertamalah yang perlu mendidik madunya dalam soal ini. Contohnya, dia memberitahu madunya mengenai kesukaan suami mereka, mengenai penjagaan pakaian suami, masakan kegemaran suami, dan yang lebih penting bagaimana untuk ‘tackle’ masalah suami.
Perkara ini memang sulit untuk dipraktiskan kerana adakalanya isteri pertama khuatir madunya akan mengatasi dirinya. Sikap ini tidak sepatutnya ada. Sebaliknya, fikirkanlah bagaimana untuk berganding bahu menghiburkan suami agar perjuangan suami di luar rumah berjalan lancar. Jika umpamanya kita tidak mampu memainkan peranan untuk membantu perjuangan suami, biarlah madu kita mengambil peranan itu. Yang penting, kita sesama madu dapat saling membantu untuk memberi hiburan kepada suami. Inilah yang dikatakan cinta suami kerana Allah.
Bagaimana sekiranya isteri pertama kurang bijak dalam sesuatu perkara manakala madunya pula lebih tahu serba sedikit urusan rumahtangga? Dalam hal ini, isteri pertama perlulah mempunyai sifat tawadhuk dan berfikiran terbuka. terimalah pandangan madu sekiranya semua itu untuk kebaikan rumahtangga mereka.
Bagaimana pula sikap isteri kedua terhadap isteri pertama? Yang penting, jagalah hati madu. Ketika memberi pandangan, jangan sekali-kali memperlihatkan kelemahan si ‘kakak”. Dalam banyak hal, isteri kedua hendaklah bersikap seperti murid kerana dia adalah orang yang baru hendak mengenali ahli keluarga suaminya. Jangan sekali-kali bersikap ego apabila si ‘kakak’ memberi nasihat. Merendah dirilah dengan banyak bertanya walaupun banyak yang kita telah tahu. Ini akan menimbulkan kemesraan.
Sekiranya kita nampak sesuatu kelemahan atau kesalahan pada ‘kakak’ kita, cubalah betulkan secara berhikmah kerana isteri pertama biasanya sangat sensitif dengan setiap perkataan dan perbuatan madunya. Jagalah hatinya.
Sesama madu hendaklah sentiasa bertolak ansur. Sekiranya madu kita payah hendak bertolak ansur atau beralah, kitalah yang perlubermujahadah. Carilah jalan yang boleh melembutkan hatinya. Misalnya, hadiahilah dia dengan sesuatu yang disukainya walaupun pada peringkat awal dia mungkin menolak. Ini memerlukan kesabaran yang bukan sedikit. manalah tahu, berkat kesabaran kita, dia berubah.
Isteri-isteri yang berpoligami sebenarnya tidak dapat lari daripada dilanda sifat resah, cemburu, pemarah atau buruk sangka sesama madu. Apa yang penting di sini, pandulah perasaan itu mengikut syariat.
Untuk membuang terus segala sifat hati yang keji itu agak mustahil, tetapi kita boleh membendungnya. Kosongkan fikiran kita ketika perasaan itu datang, dan isikan dengan memikirkan kebesaran Allah, tentang nikmat dunia yang tidak kekal, atau tentang mati yang belum tahu bila masanya. Fikirkanlah tentang dosa-dosa yang lalu dan selalu ingatkan bahawa ujian-ujian yang datang ini mungkin untuk menghapuskan dosa-dosa itu.
Sekiranya sifat-sifat hati yang keji itu dibiarkan subur, kita akan menjadi orang yang kecewa, pemarah tidak bertempat dan selalu menyimpan sakit hati samada terhadap sesama madu atau terhadap suami. Jadilah kita orang yang tidak tenang dan gopoh gapah dalam bertindak.
Di samping itu, perkuatkan keyakinan bahawa Allah Maha Adil, supaya tidak timbul resah gelisah dengan takdir Tuhan yang menentukan kita bermadu. Banyakkanlah mengingati Allah ketika dilanda perasaan berkecamuk. Berdoalah kerana ia adalah senjata yang paling ampuh ketika dilanda ujian.
“Ya Allah, satukanlah hatiku dan hati maduku. Lembutkanlah hati kami supaya dapat berbaik-baik. Ya Allah, tolonglah aku yang lemah ini……”
Akhir sekali, berserahlah kepada Allah kerana semuanya adalah urusan Allah, yang sudah tentu banyak hikmahnya.
Bismillahirahmanirrahim. Lailahaillallah.Makhluk tiada sebarang kuasa ALLAH maha kuasa atas segalanya. Makanan tiada kuasa untuk bagi kenyang, air tiada kuasa untuk menghilangkan dahaga,membasah,membersih,menenggelam... ubat tiada kuasa menyembuhkan, pekerjaan tiada kuasa memberi rezki,kereta tiada kuasa untuk bergerak ke mana2,minyak tiada kuasa menggerakkan kenderaan... duit tiada kuasa untuk menyelesaikan masalah,suami tiada kuasa memberi kebahagiaan... makhluk memang lansung tidak boleh memberikan mudharat juga manfaat melainkan dengan keizinan ALLAH S.W.T. Ulama' berpesan,untuk usha atas iman,kena banyak2 cakap tentang kebesaran ALLAH,banyak dengar dan membenarkan,banyak fikir,banyak dakwahkan tentang kebesaran ALLAH,kena doa supaya ALLAH keluarkan kebesaran makhluk dari dalam hati dan masukkan HANYA KEBESARAN ALLAH.
Wajarkah seorang muslim atau muslimat,melabelkan atau memanggil seorang individu muslimat yang lain sebagai "perampas suami","perosak rumah tangga","perampas kebahagiaan" dan bermacam2 kata keji dan tomahan lain hanya kerana individu tersebut telah ditentukan oleh ALLAH untuk berjodoh dengan seorang lelaki yang telah beristeri?
Mengenai perkara caci mencaci,cemuh mencemuh ini ALLAH s.w.t telah menerangkan di dalam Al-Quran yang maksudnya
" Wahai orang-orang yang beriman, janganlah sesuatu puak mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, kerana harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka, dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan yang lain, kerana harus puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah sesetengah kamu menyatakan keaiban sesetengahnya yang lain, dan janganlah pula kamu panggil memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk, amatlah buruknya sebutan nama fasiq sesudah ia beriman. Dan ingatlah, sesiapa yang tidak bertaubat daripada perbuatan fasiqnya maka merekalah orang-orang yang zalim " (Al-hujrat ayat 11)
Ayat ini secara jelas menunjukkan bahawa ALLAH S.W.T melarang dengan keras perbuatan merendah2kan,mencemuh,menyatakan keaiban dan memanggil dengan gelaran yang buruk.
ALLAH s.w.t yang MAHA MENGETAHUI juga menjelaskan bahawa kemungkinan pihak yang dicemuh itu lebih baik dari pihak yang mencemuh.Dalam surah yang sama ALLAH s.w.t menerangkan lagi .....
"Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. " (Al-hujrat ayat 10)
Tugas kita sebagai seorang Islam adalah untuk mendamaikan dan merapatkan persaudaraan; ini adalah perintah ALLAH.Selagi apa yang dilakukan tidak melampaui batas2 syariah kita tidak berhak untuk menjatuhkan sebarang hukuman dan tuduhan... Jika madu kita dicemuh disihkan oleh keluarga dan masyarakat,maka kitalah yang akan menemani dan menceriakan perasaannya dengan sama2 berdoa kepada ALLAH untuk kesejahteraan bersama.
Seterusnya ALLAH S.W.T berfirman yang maksudnya : "Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. (Al-hujrat ayat 12)
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (Al-hujrat-13)
Maulana Saad pernah berkata apabila menghuraikan tentang kerja mujahadah fi sabilillah untuk kerja da'wah dan tabligh..
"Jika seseorang itu buat kerja da'wah dengan niat untuk mengislahkan orang,maka dia hanya akan mendapat 2 perkara iaitu putus asa dan kecewa"Maka hendaklah setiap dai'e itu berdakwah dengan niat untuk islah,untuk perbetulkan diri sendiri.
Buat kerja dakwah hendaklah diushakan dengan membawa 6 sifat sahabat yang unggul;
Bawa hakaikat iman,yakin bahawa kata2,perbuatan kita tak beri kesan takde kuasa nak bagi hidayah pada sesiapa pun, semua dengan izin dan belas rahmat ALLAH,
hakikat solat dengan khusyu' dan khudu',tingkatkan kualiti solat,banyakkan solat nafil doa untuk seluruh umat,bawa fikir risau dalam tangisan kita supaya ALLAH s.w.t kasihan pada kita pada ummat,
sentiasa kuat dan rapat hubungan hati kepda ALLAH dan usha untuk menambahkan ilmu ke arah mencari redhoaan ALLAH.Istiqomah zikir dan Quran dan duduk majlis taalim.
Tidak harus dilupa adab2 memuliakan orang Islam,
bawa akhlak Rasulullah s.a.w dan para sahabat bab Ikramul muslimin kerana akhlak yang mulia ikram yang tinggi adalah salah satu sunnah Rasulullah dan para sahabat r.hum yang sangat berkesan dalam kerja dakwah.Ikhlas niat...ini memang kena minta banyak2 dengan ALLAH sebab nafsu dan syaitan tahu sangat bahawa apapun amalan kita tiada ertinya bahkan hanya akan mengundang kemurkaan ALLAH s.w.t jika niat kita tidak tulus untuk ALLAH.Check amalan pada awal,tengah dan akhir istighfar banyak2 bila ada niat lain selain untuk mencari Redho ALLAH...
Akhlak yang mulia...akhlak yang mulia,hati yang bersih dan pergantungan hati kepada ALLAH adalah satu medium dakwah yang sangat baik dan berkesan.Dengan menunjukkan contoh poligami yang berjaya,yes..memang boleh menjadi suatu dakwah kepada Islam yang efektif.Poligami yang berjaya adalah suatu keindahan dan kesempurnaan Islam yang tidak terbanding.Sebab itu ramai musuh2 Islam sedaya upaya memburukkkan dan menagetifkannya.Jika aanda berada dalam keluarga poligami yang cemerlang niatkan dalam hati menjadikan ianya sebagai satu syiar Islam yang indah.
Umum masyarakat non muslim mengetahui bahwa poligami adalah salah satu ajaran dalam Islam.Saya berani mengatakan bahwa salah satu sebab non muslim takut, tak suka dengan Islam adalah kerana Umat Islam sendiri bersikap nagetif terhadap poligami.Saya telah menceritakan kisah saya dengan seorang lecture yang mempersoalkan kesempurnaan Islam kerana syariat poligami ini,kerana Islam menghalalkannya dalam posting terdahulu.
Tidak semestinya pergi dari rumah ke rumah,kampung ke kampung,jumpa orang untuk dakwah tauhid,fiqah ,perkara fardhu ain dan yang sewaktu dengannya..Itu kerja orang lelaki.Orang lelaki buat kerja seperti Nabi s.a.w dan para sahabat r.hum ajmain,di luar sana medan mereka.Kerja saya sebagai wanita,sebagai isteri untuk galakkan suami saya ingatkan dia supaya jangan lupa untuk istiqomah membahagikan diri,harta,fikir dan masa untuk jalan ALLAH S.W.T.Tugas saya sebagai isteri adalah untuk doa minta dengan ALLAH supaya dapat jadi seorang isteri yang qonaah,boleh hidup serba sederhana untuk keperluan,tapi kena belanja dan belanja lebih banyak untuk jalan ALLAH. tugas saya untuk didik nafsu,belajar untuk tidak cinta dunia,belajar untuk menyandarkan cinta dan harapan kepada ALLAH.Medan dakwah seorang wanita adalah di sebalik tabir,di sebalik purdah dan niqabnya...Dengan menjaga aurat,maruah dan solat,doa tangis wanita,menjadi tulang belakang perjuangan suami.Menjadi asbab tersebarnya rahmat hidayah ke seluruh alam.Ya ALLAH tolonglah saya yg tersangat lemah ini.Juga tugas kita sebagai muslimat untuk berpesan2 pada perkara-perkara kebaikkan dan kesabaran..Akhlak kita,sikap positif kita menjadi medium dakwah,kemudian barulah kita susuli dengan tuntutan2 agama yang lain,yang sebenarnya lebih berat...Solat itu berat melainkan untuk mereka yang khusyu'.Semoga ALLAH memeberi saya kekuatan untuk amal apa yang saya sampaikan...
“I am a Second Wife”Sabtu, 13 Mei 2006 - 20:13:58 WIB
Sewaktu high school wanita Amerika itu hancur tatkala dirinya hamil diusia 17 tahun. Ia terpaksa menjadi ’single mother’ diusia muda. Namun hidupnya merasa nyaman setelah menjadi istri kedua seorang lelaki Muslim.
Sekitar tiga bulan lalu, the Islamic Forum yang diadakan setiap Sabtu di Islamic Center New York didatangi peserta baru. Pertama kali memasuki ruangan itu saya sangka dia wanita Bosnia. Dengan pakaian Muslimah yang sangat rapi, blue eyes, dan kulit putih bersih. Pembawaannya pun sangat pemalu, dan seolah seseorang yang telah lama memahami etika Islam. Huda, demikianlah wanita belia itu memanggil dirinya. Menurutnya,dia baru saja pindah ke New York dari Michigan ikut suami yang berkebangsaan Yaman. Suaminya bekerja pada sbuah perusahaan mainan anak-anak (toys).
Tak ada menyangka bahwa wanita itu baru masuk Islam sekitar 7 bulan silam. Huda, yang bernama Amerika Bridget Clarkson itu, adalah bekas juruwang di sebuah kedai di Michigan.Di kedai inilah dia mengenal ISLAMdan Muslim. Biasanya ketika saya menerima murid baru untuk bergabung pada kelas untuk new reverts, saya tanyakan proses masuk Islamnya, menguji tingkatan pemahaman agamanya, dll. Ketika saya tanyakan ke Huda bagaimana proses masuk Islamnya, dia menjawab dengan istilah-istilah yang hampir tidak menunjukkan bahwa dia baru masuk Islam. Kata-kata “alhamdulillah”.”Masya Allah” dsbgnya meluncur lancar dari bibirnya.
Dengan berlinang air mata, tanda kebahagiaannya, Huda menceritakan proses dia mengenal Islam. “I was really trapped by jaahiliyah (kejahilan)”, mengenang masa lalunya sebagai gadis Amerika. “I did not even finish my High School and got pregnant when I wan only 17 years old”, katanya dengan suara lirih. Menurutnya lagi, demi mengidupi anaknya sebagai ‘a single mother’ dia harus bekerja. Pekerjaan yang bisa menerima dia hanyalah grocery kecil di pinggiran kota Michigan. Suatu ketika, kedai tempatnya bekerja didatangi seorang pelanggan yang istimewa. Menurutnya, pemuda itu sopan dan menunjukkan hormat kepadanya sebagai juruwang. Padahal, biasanya, menurut pengalaman, sebagai wanita muda yang manis, setiap kali melayani pemuda, pasti digoda atau menerima kata-kata yang tidak manis. Hingga suatu ketika, dia sendiri berinisiatif bertanya kepada costumernya ini, siapa namanya dan tinggal di mana.Mendengar namanya yang asing, Abdu Tawwab, Huda semakin bingung. Sebab nama ini sendiri belum pernah didengar. Sejak itu pula setiap kali pemuda ini datang ke kedai tempat dia bekerja, pasti disempatkan bertanya lebih jauh kepadanya, seperti kerja di mana, apa tinggal dengan keluarga, dll.
Perkenalannya dengan pemuda itu ternyata semakin dekat, dan pemuda itu juga semakin baik kepadanya dengan membawakan apa yang dia sebut ‘reading materials as a gift”. Huda mengaku, pemuda itu memberi berbagai buku-buku kecil (booklets). Dan hanya dalam masa sekitar tiga bulan ia mempelajari Islam, termasuk berdiskusi dengan pemuda tersebut. Huda merasa bahwa inilah agama yang akan menyelamatkannya. “Pemuda tersebut bersama isterinya, yang ternyata telah mempunyai 4 orang anak, mengantar saya ke Islamic Center terdekat di Michigan. Imam Islamic Center itu menuntun saya menjadi seorang Muslimah, alhamdulillah!”, kenang Huda dengan muka yang ceria.
Tapi untuk minggu-minggu selanjutnya, kata Huda, ia tidak komunikasi dengan pemuda tersebut. Huda mengaku justeru lebih dekat dengan isteri dan anak-anaknya. Kebetulan lagi, anaknya juga berusia tiga tahun, maka sering pulalah mereka bermain bersama. “Saya sendiri belajar solat, dan ilmu-ilmu dasar mengenai Islam dari Sister Shaima, nama isteri pemuda yang mengenalkannya pada Islam itu.
Suatu hari, dalam acara The Islamic Forum, minggu lalu, datang seorang tamu dari Bulgaria. Wanita dengan bahasa Inggris seadanya itu mempersoalkan dengan keras tentang konsep poligami dalam Islam. Bahkan sebelum mendapatkan jawaban, perempuan ini sudah menjatuhkan hukum bahwa “Islam tidak menghargai sama sekali kaum wanita”, katanya bersemangat.
Huda, yang biasanya duduk diam dan lebih banyak menunduk, tiba-tiba angkat tangan dan meminta untuk berbicara. Saya cukup terkejut. Selama ini, Huda tidak akan pernah menyelah pembicaraan apalagi terlibat dalam sebuah dialog yang serius. Saya hanya biasa berfikir kalau Huda ini sangat terpengaruh oleh etike Timur Tengah, di mana kaum wanita selalu menunduk ketika berpapasan dengan lawan jenis, termasuk dengan gurunya sendiri. “I am sorry Imam Shamsi”, dia memulai. “I am bothered enough with this woman’s accusation”, katanya dengan suara agak meninggi. Saya segera menyelah: “What bothers you, sister?”. Dia kemudian menjelaskan panjang lebar kisah hidupnya, sejak masa kanak-kanak, remaja, hingga kemudian hamil di luar nikah, bahkan hingga kini tidak tahu siapa ayah dari anak lelakinya yang kini berumur hampir 4 tahun itu.
Tapi yang sangat mengejutkan saya dan banyak peserta perbincangan hari itu adalah ketika mengatakan: “I am a second wife.” Bahkan dengan semangat dia menjelaskan, betapa dia jauh lebih bahagia dengan suaminya sekarang ini, walau suaminya itu masih berstatus suami wanita lain dengan 4 anak. “I am happier since then“, katanya mantap. Dia seolah berda’wah kepada wanita Bulgaria tadi: “Don’t you see what happens to the western women around? You are strongly opposing polygamy, which is halaal, while keeping silence to free sex that has destroyed our people” ,jelasnya. Saya kemudian menyelah dan menjelaskan kata “halal” kepada wanita Bulgaria itu.
“I know, people may say, I have a half of my husband. But that’s not true“, katanya. Lebih jauh dia menjelaskan bahwa poligami bukan hanya masalah suami dan isteri. Poligami dan kehidupan keluarga menurutnya, adalah masalah kemasyarakatan. Dan jika seorang isteri rela suaminya beristeri lagi demi kemaslahatan masyarakat, maka itu adalah bagian dari pengorbananya bagi kepentingan masyarakat dan agama. Kami yang dari tadi mendengarkan penjelasan Huda itu hanya ternganga. Hampir tidak yakin bahwa Huda adalah isteri kedua, dan juga hampir tidak yakin kalau Huda yang pendiam selama ini ternyata memiliki pemahaman agama yang dalam. Saya kemudian bertanya kepada Huda: “So who is your husband?” Dengan tertawa kecil dia menjawab “the person who introduced me to Islam”.Dan lebih mengejutkan lagi: “his wife basically suggested us to marry”, menutup pembicaraan hari itu.
Diskusi Islamic Forum hari itu kita akhir dengan penuh bisik-bisik. Ada yang setuju, tapi ada pula yang cukup sinis. Yang pasti, satu lagi rahasia terbuka. Saya sendiri hingga hari ini belum pernah ketemu dengan suami Huda karena menurutnya, “he is a shy person. He came to the Center but did not want to talk to you”, kata Huda ketika saya menyatakan keinginan untuk ketemu suaminya.
“Huda, may Allah bless you and your family. Be strong, many challenges lay ahead in front of you”, masehatku. Doa kami menyertaimu Huda, semoga dikuatkan dan dimudahkan! New York, 10 Mei 2006
* Penulis adalah imam Masjid Islamic Cultural Center of New York. Syamsi adalah penulis rubrik “Kabar Dari New York” di www.hidayatullah.com
Barat Adalah Pendukung Poligami Yang Tidak Manusiawi.Dan kini kerana masyarakat barat banyak menganut agama nasrani, ditambah lagi latar belakang budaya mereka yang berangkat dari romawi dan yunani kuno, maka mereka pun ikut-ikutan mengharamkan poligami. Namun anehnya, sistem hukum dan moral mereka membolehkan perzinahan, homoseksual, lesbianisme dan gonta ganti pasangan suami istri. Padahal semua pasti tahu bahwa poligami jauh lebih beradab dari semua itu. Sayangnya, ketika ada orang berpoligami dan mengumumkan kepoligamiannya, semua ikut merasa `jijik`, sementara ketika hampir semua lapisan masyarakat menghidup-hidupkan perzinahan, pelacuran, perselingkuhan, homosek dan lesbianisme, tak ada satu pun yang berkomentar jelek. Semua seakan bersatu dan sepakat bahwa perilaku rosak itu adalah `wajar` terjadi sebagai bahagian dari dinamika kehidupan modern. Dr. Yusuf Al-Qaradawi mengatakan bahwa pada hakikatnya apa yang dilakukan oleh Barat pada hari ini dengan segala bentuk pernizahan yang mereka lakukan tidak lain adalah salah satu bentuk poligami juga meski tidak dalam bentuk formal.Dan kenyataaannya mereka memang terbiasa melakukan hubungan seksual di luar nikah dengan siapapun yang mereka inginkan. Di tempat kerja, hubungan seksual di luar nikah menjadi sesuatu yang lazim dilakukan mereka baik sesama teman kerja, antara atasan dan bawahan atau pun klien mereka. Ditempat umum mereka terbiasa melakukan hubungan seksual di luar nikah baik dengan wanita penghibur, pelayan restoran, artis dan celebriti. Di sekolah pun mereka menganggap wajar bila terjadi hubungan seksual baik sesama pelajar, antara pelajar dengan guru atau pensyarah, antara karyawan dan seterusnya. Bahkan di dalam rumaah tangga pun mereka menganggap boleh dilakukan dengan tetangga, pembantu rumah tangga, sesama angota keluarga atau dengan tamu yang menginap. Semua itu bukan mengada-ada karena secara jujur dan polos mereka akui sendiri dan tercermin dalam film-film hollywood dimana hampir selalu dalam setiap kesempatan mereka melakukan hubungan seksual dengan siapa pun.Jadi peradaban barat membolehkan poligami dengan siapa saja tanpa batas, bisa dengan puluhan bahkan ratusan orang yang berlainan. Dan sangat besar kemungkinannya mereka pun telah lupa dengan siapa saja pernah melakukannya karena saking banyaknya. Dan semua itu terjadi begitu saja tanpa pertanggung-jawaban, tanpa ikatan, tanpa konsekuensi dan tanpa pengakuan. Apabila terjadi kehamilan, sama sekali tidak ada konsekuensi hukum untuk mewajibkan bertanggung-jawab atas perbuatan itu. Poligami tidak formal alias seks di luar nikah itu alih-alih dilarang, malah sebaliknya dilindungi dan dihormati sebagai hak asasi. Lucunya, banyak negara yang mengharamkan poligami formal yang mengikat dan menuntut tanggung jawab, sebaliknya seks bebas yang tidak lain merupakan bentuk poligami yang tidak bertanggung jawab malah dibebaskan, dilindungi dan dihormati.
Untuk kes ini, Barat Adalah Pendukung Poligami Yang Tidak ManusiawiDan kini karena masyarakat barat banyak menganut agama nasrani, ditambah lagi latar belakang budaya mereka yang berangkat dari romawi dan yunani kuno, maka mereka pun ikut-ikutan mengharamkan poligami. Namun anehnya, sistem hukum dan moral mereka malah membolehkan perzinahan, homoseksual, lesbianisme dan gonta ganti pasangan suami istri. Padahal semua pasti tahu bahwa poligami jauh lebih beradab dari semua itu. Sayangnya, ketika ada orang berpoligami dan mengumumkan kepoligamiannya, semua ikut merasa `jijik`, sementara ketika hampir semua lapisan masyarakat menghidup-hidupkan perzinahan, pelacuran, perselingkuhan, homosek dan lesbianisme, tak ada satu pun yang berkomentar jelek. Semua seakan kompak dan sepakat bahwa perilaku bejat itu adalah `wajar` terjadi sebagai bagian dari dinamika kehidupan modern.Dr. Yusuf Al-Qaradawi mengatakan bahwa pada hakikatnya apa yang dilakukan oleh Barat pada hari ini dengan segala bentuk pernizahan yang mereka lakukan tidak lain adalah salah satu bentuk poligami juga meski tidak dalam bentuk formal.Dan kenyataaannya mereka memang terbiasa melakukan hubungan seksual di luar nikah dengan siapapun yang mereka inginkan. Di tempat kerja, hubungan seksual di luar nikah menjadi sesuatu yang lazim dilakukan mereka baik sesama teman kerja, antara atasan dan bawahan atau pun klien mereka. Ditempat umum mereka terbiasa melakukan hubungan seksual di luar nikah baik dengan wanita penghibur, pelayan restoran, artis dan selebritis. Di sekolah pun mereka menganggap wajar bila terjadi hubungan seksual baik sesama pelajar, antara pelajar dengan guru atau dosen, antar karyawan dan seterusnya. Bahkan di dalam rumaah tangga pun mereka menganggap boleh dilakukan dengan tetangga, pembantu rumah tangga, sesama angota keluarga atau dengan tamu yang menginap. Semua itu bukan mengada-ada karena secara jujur dan polos mereka akui sendiri dan tercermin dalam film-film hollywood dimana hampir selalu dalam setiap kesempatan mereka melakukan hubungan seksual dengan siapa pun.Jadi peradaban barat membolehkan poligami dengan siapa saja tanpa batas, bisa dengan puluhan bahkan ratusan orang yang berlainan. Dan sangat besar kemungkinannya mereka pun telah lupa dengan siapa saja pernah melakukannya karena saking banyaknya. Dan semua itu terjadi begitu saja tanpa pertanggung-jawaban, tanpa ikatan, tanpa konsekuensi dan tanpa pengakuan. Apabila terjadi kehamilan, sama sekali tidak ada konsekuensi hukum untuk mewajibkan bertanggung-jawab atas perbuatan itu. Poligami tidak formal alias seks di luar nikah itu alih-alih dilarang, malah sebaliknya dilindungi dan dihormati sebagai hak asasi. Lucunya, banyak negara yang mengharamkan poligami formal yang mengikat dan menuntut tanggung jawab, sebaliknya seks bebas yang tidak lain merupakan bentuk poligami yang tidak bertanggung jawab malah dibebaskan, dilindungi dan dihormati.Untuk kasus ini, Syiekh Abdul Halim Mahmud menceritakan sebuah kejadian lucu yang terjadi di sebuah negeri sekuler di benua Afrika. Ada seorang tokoh Islam yang menikah untuk kedua kalinya (berpoligami) secara syah menurut aturan syar`i. Namun berhubungan negeri itu melarang poligami secara tegas, maka pernikahan itu dilakukan tanpa melaporkan kepada pemerintah. Rupanya, inteljen sempat mencium adanya pernikah itu dan setelah melakukan pengintaian intensif, dikepunglah rumah tokokh ini dan diseretlah dia ke pengadilan untuk dijatuhi hukuman seberat-beratnya. Melihat situasi yang timpang seperti ini, maka akal digunakan. Tokoh ini dengan kalem menjawab bahwa wanita yang ada di rumahnya itu bukan istrinya, tapi teman selingkuhannya. Agar tidak ketahuan istri pertamanya, maka mereka melakukannya diam-diam. Mendengar pengakuannya, kontak pihak pengadilan atas nama pemerintah meminta maaf yang sebesar-besarnya atas kesalah-pahaman itu. Dan memulangkannya dengan baik-baik serta tidak lupa tetap meminta maaf atas insiden itu. (Dr. Yusuf Al-Qaradawi, Ruang lingkup Aktivitas Wanita Muslimah, hal. 213-214)
Isu yang bukan isu?saya hanya mampu tersenyum membaca pernyataan ini.
siapa yang beraura nagetif?siapa makan cili dia harus terasa pedas...
ok back to the point.
Semenjak saya menulis pandangan peribadi saya terhadap poligami saya menerima berbagai feedback.Yang panas yang pedas,yang membina,macam2 ada.Tidak kurang juga yang menghantar personal message kepada saya menceritakan masalah beliau yang telah ALLAH pilih dalam keluarga poligami.Kebanyakkan dari mereka ini adalah warga web Dr Tuah yang mana saya sentiasa update posting saya tentang tajuk poligami ini dalam forum Dr Tuah.Salah seorang dari mereka menceritakan bagaimana hanya kerana dia mengizinkan suaminya berkahwin lagi dia telah dipulaukan dan menerima tentangan dari kaum keluarganya.Saya juga pernah terbaca berita di dada akhbar suatu ketika dahulu bagaimana isteri ke-2 telah disiksa dengan dikurung dan dilakukan berbgaai2 penganiyaan oleh isteri pertama.Berbagai2 lagi cerita yang tak sedap didengar dek kerana salah faham terhadap konsep poligami.Inilah yang dinamakan isu...kalau tidak kerana tanggapan yang nagetif masakan ramai orang yang teraniaya lantaran ALLAH telah menetapkan mereka dipoligamikan?
Saya kira sanak saudara,kaum kerabat sahabat handai,kawan dan taulan tidak akan bersungguh2 memujuk,memulaukan,menakutkan dan melakukan berbagai perlakuan nagetif dan agresif kepada anda jika mereka tahu anda tidak solat,tidak menutup aurat,tidak puasa,suka mengumpat keji,makan riba ataupun dosa2 besar yang lain.Saya pernah lihat kaum keluarga dan sanak saudara memperlakukan seorang yang memang bangga dengan tabiat arak dan zinanya (di Kuala Lumpur ni)biasa2 saja,dengan alasan malas nak campur,tapi bila tiba nak berpolgami,bangkang habis...apakah ertinya itu?
Apabila seorang isteri mengizinkan suaminya berkahwin lagi,apabila seorang gadis bersetuju berkahwin dengan suami orang,apabila seorang suami ingin berkahwin lagi,aura nagetif,badai tsunami kebencian dan penentangan begitu hebat sekali.This is fact,just mereka2 ni mungkin bersembunyi di sebalik derita kerana tahu tiada siapa yang akan membela...ALLAH jualah yang akan membela kalian.
Pada saya pelik sangat...
poligami bukanlah malapetaka besar dalam agama,bahkan ianya diamalkan oleh Rasulullah s.a.w,para sahabat r.hum dan ulama' mu'tabar....lelaki yang tidak bersolat jemaah di masjid,wanita2 yang tidak menutp aurat,anak2 yang menderhaka itulah antara malapetaka besar dalam agama.
Kepada anda..insan pilihan ALLAH yang melalui ujian getir dan kelukaan dalam menjayakan keluarga poligami,tidak kiralah jika anda suami,isteri pertama,kedua,ketiga dan keempat,Tetaplah dalam kesabaran dan merapatkan pautan hati anda kepada ALLAH s.w.t.Hanya ALLAH s.w.t yang paling mengerti perasaan dan situasi anda.Minta pertolongan ALLAH dengan sabar dan solat.HIasilah fitrah manusiawi anda dengan kerendahan hati dan ketinggian budi,semoga ALLAH memperelokkan budi pekerti.Sesungguhnya ALLAH bersama2 orang2 yang sabar dan memberikan ganjaran yang sangat banyak kepada orang2 yang sabar.
ALLAH S.W.T meninggikan darjat hambaNYA dengan ujian2.Mungkin darjat itu tidak boleh dicapai hanya dengan sekadar ibadat khusus yang biasa2 sahaja,lantas didugaNYA dengan ujian yang luar biasa.Mudah2han akan bertmbah taqwa dan keimanan bagi mereka yang berjaya dalam ujianNYA.
Untuk diriku yang bergelar isteri dan kepada sahabat muslimah yang sudi menerima pesanan ini...harus selalu diingat syurga isteri berada di bawah kesukaan dan keredhaan suami.Kita mesti mendidik nafsu kita dan mencuba sedaya-upaya untuk meningkatkan ketaatan dan khidmat kita kepada suami kerana mencari redho Ilahi.Mentaati suami adalah perintah ALLAH kepada wanita2 muslimat.Bunyinya macam mudah,tapi hakikatnya memerlukan iman taqwa dan mujahadah nafsu yang tinggi. Hakikat erti kehidupan yang diredhoi ALLAH s.w.t boleh jadi nampak pahit,perit dan sangat menakutkan.Tapi tida siapa yang dapat mengubah sunnatullah.Bila ALLAH kasih PASTI DIA UJI. Ujian kita hari ini....kalau hendak dibanding dengan ujian2 Rasulullah s.a.w yang dikatakan gila,pendusta,ahli sihir,gila seks dan banyak lagi..yang dihalau dari tanah tumpah darah,yang pernah cuba untuk dibunuh,yang pernah dilumuri dengan najis ketika solat dan 1001 macam penderitaan lagi,hendak dibanding dengan Sumayyah r.ha yang biasa dijemur di kepanasan matahari dengan dipakaikan baju besi untuk menambahkan lagi azabnya dan akhirnya mati ditombak kemaluannya,atau Khabab Al-Arat yang pernah dipanggang di atas api sehingga bara api terpadam oleh darah dan lemak2 dari tubuhnya,atau Bilal bin Rabbah yang biasa di jemur di padang pasir membahang sambil diletakkan batu besar di atas dadanya..atau kehidupan Sayidatina Fatimah r.ha yg sgt miskin dan membuat kerja2 rumah sehingga berbekas tangan dan dada...ujian kita hari ini sgt2 kecil.lihatalah segalanya dari ALLAH,sangka baik,think positive to ALLAH and all our loves one.
KUANTAN: “Saya reda dan menerima ketentuan Allah mendapat jodoh dalam usia muda walaupun sebagai isteri kedua,” kata Siti Aminah Zainuddin, 19, anggota kumpulan nasyid Mawaddah, semalam. Menurutnya, dia bersyukur apabila dipertemukan jodoh dengan Shamsul Amir Shahbudin, 38, seorang ahli perniagaan kerana dia bukan saja seorang lelaki baik, tetapi bertanggungjawab serta mentaati suruhan Allah. “Madu saya, Masitah Abdullah, 36, dapat menerima saya dengan hati terbuka, malah menganggap saya sebagai adiknya apabila dapat tinggal dalam satu rumah. “Bagi saya poligami itu indah dan berupaya memberi pahala besar jika seseorang wanita itu memahaminya,” katanya yang kini tinggal di Temerloh.
Siti Aminah ditemui pada majlis perkahwinan secara beramai-ramai di Dewan Mat Kilau di sini, semalam.Seramai lapan pasangan terdiri daripada kakitangan Global Ikhwan Sdn Bhd diraikan pada majlis bermakna itu. Majlis anjuran syarikat berkenaan itu sebagai menyahut seruan kerajaan untuk berjimat-cermat.Bagi Masitah, perkahwinan kedua suaminya adalah hadiah bermakna sempena hari jadinya ke-38. “Tiada hadiah lebih istimewa dan berharga kecuali membenarkan suami mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan wanita pilihannya. “Saya kenal dengan madu saya, dia seorang wanita baik dan berhati mulia,” katanya yang mempunyai lapan anak.Menurutnya, dia gembira dan terharu apabila dapat menyaksikan majlis persandingan mereka berdua. Shamsul Amir pula berkata, perkahwinan keduanya itu dianggap fitrah dan kejayaan perjuangannya terhadap poligami yang sukar diterima kebanyakan wanita.Dia mahu membuktikan madu yang dianggap racun oleh kebanyakan wanita sebenarnya indah selain memberikan pahala besar kepada mereka. “Kedua-dua isteri saya mempunyai hubungan yang baik…mereka bukan saja boleh bekerja bersama, tetapi turut tinggal serumah,” katanya.
Tidak disangka ada perempuan Islam di Malaysia sanggup berbuat begini di zaman ini. Di zaman wanita-wanita tak kira Islam atau bukan Islam sedang memperjuangkan habis-habisan supaya pensyariatan poligami diperketatkan supaya lebih susah hendak dipraktikkan di dalam masyarakat. Kononnya untuk menjaga hak asasi wanita Islam. Siapakah yang membenarkan pensyariatan poligami ini di dalam Islam? Islam mensyariatkan sesuatu perkara hanyalah untuk kepentingan manusia sejagat. Allah itu Maha Adil dan Maha Bijaksana di dalam menetapkan sesuatu syariat. Masalah ketidakfahaman pensyariatan poligami ini bukan sahaja oleh orang-orang lelaki maupun wanita yang jahil tentang agama tetapi terdapat juga di kalangan yang bergelar cerdik pandai. Mereka, cerdik pandai, cuba mencari kelemahan-kelemahan, kesalahan-kesalahan dan kepincangan-kepincangan poligami ini untuk membuktikan kepada masyarakat bahawa mereka adalah cerdik pandai yang bukan sahaja bijak di dalam menafsirkan sesuatu syariat dalam Islam bahkan berjaya mencipta formula baru bagi menggantikan syariat poligami ini. Sedarkah mereka yang kesalahan siapakah yang hendak dicari, kepincangan sistem siapakah yang hendak dikaji. Astaghfirullah. Penulis berpendapat puak-puak orientalis dan misionari sekarang ini bertepuk tangan dan berpeluk tubuh kerana kerja-kerja mereka untuk menghapuskan syariat poligami semakin hari semakin dekat dengan kejayaan. Mereka cuma bergelak ketawa dan menari keriangan meraikan kejayaan mereka menyakinkan segelintir ummat Islam untuk menjauhkan syariat poligami. Astaghfirullah. Dengan kejayaan orientalis dan misionari ini menyakinkan ummat Islam menolak poligami, maka suburlah penzinaan, pelacuran, homoseksual, lesbian di kalangan orang-orang yang jahil di kalangan ummat Islam. Nafsu syahwat disalurkan kepada jalan yang haram kerana yang halal telah disusahkan pelaksanaannya. Penulis menyarankan supaya pensyariatan poligami ini dilaksanakan secara adil bukan sahaja di kalangan orang yang bergelar kaya harta tetapi bagi semua yang berpendapatan sederhana yang masih mampu hidup di dalam keadaan sederhana (bukan mewah). Pokoknya berlaku adil kepada isteri-isteri. Banyak masalah sosial akan selesai seperti wanita-wanita yang lanjut usia akan mengecapi alam perkahwinan dan alam keibuan, janda-janda akan terbela nasib mereka, di mana inilah yang dipanggil penjagaan hak-hak wanita. Itulah keadilan di dalam Islam dan bagaimana Islam mencari penyelesaiaan di dalam isu-isu sosial. Itulah kebijaksanaan Allah di dalam mengurus dan mengatur kehidupan hamba-hambaNya.
Sememangnya tidak dinafikan isteri2 Rasulullah,ummulmu'minin r.hunna adalah juga wanita yang mempunyai rasa kecemburuan seperti wanita2 lain.Cemburu memang ada,tetapi mereka tidak pernah sampai mengikutkan nafsu mazmumah sehingga memburukkan sesama madu,mengadu domba,mengabaikan hak dan seumpamanya.Berikut saya sertakan beberapa petikan kisah hubungan sesama madu ummulmu'minin r.hunna. (1)....Hazrat Zainab r.ha berasa begitu bangga dengan penurunan surah al-Ahzab ayat 37 yang menceritakan pernikahannya dengan Rasulullah s.a.w di langit.Sebab itulah kadang2 timbul semacam persaingan antara Aisyah r.ha yang berbangga menjadi isteri yang paling disayangi oleh Rasulullah s.a.w sementara Hazrat Zainah r.ha berbangga dengan pernikahan beliau yang berlangsung di langit. Namun demikian,semasa Rasulullah s.a.w menanyakan pendapat beberapa orang tentang hazrat Aisyah r.ha yang telah difitnah pada ketika itu,Hazrat Zainab r.ha yang juga turut ditanya pada ketika itu telah menjawab "Saya tidak mengetahui sesuatu selain kebaikkan dalam diri Aisyah r,ha.". Beginilah sikap orang yang benar2 taqwa kepada ALLAH S.W.T.Sekiranya tidak kerana taqwa,inilah peluang baik untuk memfitnah tau memburukkan madunya di hadapan suami tambahan pula madunya itu adalah isteri kesayangan suaminya.Namun dengan tegas hazrat Zainab r.ha telah membela dan memuji madunya.
(2)Ketika Rasulullah s.a.w menyatakan hasrat untuk menikahi Ummu Salamah r.ha menyatakan bahawa beliau mempunyai beberapa orang anak dan beliau bersifat terlalu cemburu serta beliau tidak mempunyai seorang wali pun di Madinah.Rasulullah s.a.w telah menjawab "ALLAH s.w.t ialah penjaga untuk anak2mu dan InsyaALLAH cemburu itu akan hilang sedikit demi sedikit,dan tidak ada seorang walipun yang tidak menyukai pernikahan kita ini". Hazrat Ummu Salamah r.ha pernah menyuarakan rasa tidak puas hatinya yang merasakan Rasulullah telah melebihkan layanan terhadap Aisyah r.ha.Akan tetapi kemudian Rasulullah s.a.w telah menjawab ""Jangan melukakan saya dengan menyentuh soal Aisyah.Sesungguhnya wahyu turun ketika kau bersama dengannya dan tidak pernah ketika bersama dengan kalian yang lain."
(3)Hazrat Aisyah r.ha berkata bahwa Hazrat Ummu Salamah r.ha masyhur dengan kecantikkannya.Apabila beliau telah dinikahi Rasulullah s.a.w,saya telah mencari akal untuk melihat beliau secara bersembunyi.Saya mendapati bahawa beliau adalah lebih cantik dari apa yang saya dengar".Kemudian Sayidatina Aisyah memberitahu Hazrat Hafsah r.ha apa yang telah dilihantnya.Untuk mengambil hati Aisyah r.ha,Hafsah r.ha telah berkata "Tidak...beliau tidak secantik sebagaimana yang dikatakan".
(4)Hazrat Aisyah r.ha berkata tentang madunya hazrat Maimunah r.ha..."Maimunah r.ha ialah seorang yang paling bertaqwa dan amat mementingkan sillatarrahim antara kami". Diriwayatkan oleh Yazid bin Asam r.hu bahwa Hazrat Maimunah r.ha adalah seorang yang sentiasa sibuk bersolat atau membuat kerja rumah.Sekiranya beliau telah selesai dengan kedua2 kerja itu beliau kan sentiasa bersugi.
(5)Apabila ssat kematian hazrat Ummu Habibah r.ha hampir tiba,beliau telah memanggil hazrat Aisyah r.ha dan berkata :"Hubungan antara kita ialah hubungan sesama madu.Biasanya berlaku sedikit sebanyak perkara yang tidak menyenangkan antara sesama madu.Semoga ALLAH S.W.T memaafkan saya dan kamu."Hazrat Aisyah r.ha berkata "semoga ALLAH S.W.T mengampuni dan memaafkan kamu juga." Hazrat Ummu Habibah r.ha berkata lagi "Pada saat ini kamu telah membuatkan saya sangat gembira.Semoga ALLAH S.W.T meletakkan kamu di dalam kegembiraan".Selepas itu beliau juga telah menghantar orang kepada Ummu Salamah r.ha untuk meminta maaf.{Tobaqat} *Keadaan yang bisa berlaku antara madu2 ialah mereka tidak mahupun melihat wajah antara satu sama lain.Namun begitu isteri2 Rasulullah s.a.w sangat mengambil berat terhadap masalah muamalah dan berusha supaya masalah ini selesai di dunia sahaja dan tidak tertanggung di akhirat kelak.
Ummahatul mu'minin adalah antara contoh terbaik untuk kita ikuti untuk menjadi isteri solehah.Janganlah pula sedikit salah faham yang berasal dari niat untuk memburukkan Islam dijadikan alasan untuk menegakkan sangkaan nagetif diri. Wallahua'lam.
Islam mengharuskan seorang lelaki berkahwin lebih daripada seorang untuk menambahkan zuriat dan mengelakkan daripadanya berlaku perbuatan maksiat Had untuk seorang suami menambahkan bilangan isteri hanya empat orang saja.
Firman Allah S.W.T
( Surah an-Nisak : Ayat 3 ) Maksudnya : ….Maka kahwinlah mana-mana perempuan yang kamu berkenan, dua, tiga atau empat orang.Jika kamu takut tidak berlaku adil, maka kahwinilah seorang saja…. Kebenaran berpoligami bukanlah satu peluang yang baik kepada kaum lelaki tetapi merupakan satu tanggungjawab yang besar sekiranya diamalkan.
Seseorang yang hendak berpoligami hendaklah mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh syarak supaya perkara-perkara yang tidak diingini tidak berlaku.
Poligami yang diamalkan dengan baik dan mengikut syariat Allah akan mendapat berkat dan bahagia di dunia dan di akhirat. Poligami yang mengikut hawa nafsu akan dilaknat dan dimurkai oleh Allah.
Hikmah Poligami adalah; Dapat melahirkan zuriat terhadap pasangan yang tidak dapat melahirkan anak kerana mandul, sakit dan lain-lain Poligami adalah satu cara untuk melindungi kaum wanita yang tidak mempunyai suami atau kehilangan suami seperti meninggal dunia di medan perang dan sebagainya. Mengelakkan kaum lelaki daripada terjerumus ke lembah maksiat, kerana nafsu lelaki tidak pernah kurang. Sedangkan nafsu perempuan semakin berkurang dengan bertambahnya usia. Untuk mengurangkan jumlah kaum wanita yang semakin ramai bilangannya daripada kaum lelaki. Mengekalkan kerukunan rumahtangga akibat permusuhan antara suami dan isteri terutamanya tentang masalah seks. Dengan adanya kebenaran poligami , keadaan suami kembali aman dan pergaduhan dapat dielakkan. Menambahkan zuriat umat manusia di muka bumi Allah melalui cara yang halal.
SYATRAT2 DAN KESAN POLIGAMI
Lelaki yang hendak berpoligami mestilah beriman dan taat kepada perintah Allah. Lelaki yang beragama akan menghayati konsep poligami yang sebenar dan mengamalkannya terhadap isteri-isterinya. Lelaki tersebut hendaklah berlaku adil terhadap isteri-isterinya, sama ada mengenai nafkah zahir atau nafkah batin. Lelaki tersebut mestilah mempunyai tubuh badan yang sihat supaya dapat menyempurnakan segala tanggungjawab terhadap isteri-isteri dan anak-anaknya. Hendaklah mempunyai sumber kewangan yang cukup dan teguh untuk menampung keperluan isteri-isteri dan anak-anaknya. Sumber kewangan yang tidak cukup akan membawa kesan yang tidak baik kepada sesebuah keluarga. Sabda Rasulullah S.A.W ( Riwayat Abu Daud dan at-Tarmizi ) Maksudnya: Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Nabi S.A.W telah bersabda, sesiapa yang mempunyai dua orang isteri lalu memberi kepada seorang daripada kedua-duanya, dia akan dibangkitkan di hari kiamat kelak dengan bahunya berat sebelah. Akibat poligami yang tidak mengikut syariat Allah: Menimbulkan permusuhan dalam keluarga khususnya terhadap isteri-isterinya. Menimbulkan masalah kepada anak-anak yang tidak cukup perbelanjaan dan memaksa mereka melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak baik. Pembawa kepada penganiayaan terhadap kaum wanita. Mewujudkan masyarakat yang tidak aman. Sabda Rasulullah S.A.W ( Riwayat Aby Daud,Tarmizi, Nasai Ibnu Majah ) Maksudnya : Daripada Aisyah r.a telah berkata: Sesungguhnya Rasulullah S.A.W membahagikan giliran sesama isterinya dengan adil dan baginda berdoa: “ Ya Allah! Ini bahagian aku yang dapat aku laksanakan kerana itu janganlah Engkau cela aku tentang apa-apa yang Engkau kuasai sedangkan aku tidak menguasainya “. Berkata Abu Daud : maksudnya ialah ‘hati’.
Segala puja-puji hanya layak untuk ALLAH S.W.T yang telah menjadikan manusia sebagai sebaik2 kejadian,dan telah pula melimpahi kita umat manusia dengan begitu banyak nikmat yang datang dari khazanah ALLAH s.w.t yang maha azim,tidak pernah penat ALLAH itu, tidak pernah jemu akan DIA dan tidak pernah berkurang pula kemuliaan dan isi khazanaah perbendahraan ALLAH s.w.t meski seberapa banyak nikmat dan rahmat diberikan kepada seberapa banyak makhluk pun. Selawat dan salam untuk rasul junjungan tercinta Muhammad bin Abdullah s.a.w,manusia yang rendah hati dan sgt tinggi budi pekerti,telah dipilih ALLAH sebagai penghulu sekelian anbia' semenjak sebelum diciptakan kalam dan Luh Mahfuz lagi.Insan miskin,yatim piatu lagi buta huruf ini telah ALLAH s.w.t pilih sebagai rahmat seluruh alam.ALLAH s.w.t dan para malaikatul muqarrabin juga berselawat kepada baginda...
Bila cerita je bab poligami,bermadu, saya perhatikan umat Islam di Malaysia ni khususnya,begitu hebat menebarkan aura2 nagetif mereka.Tidak ada sebarang ruang yang dapat diberikan untuk fikiran2 atau kata yang positif,sangka baik,sifat kesyukuran dan kehambaan....sedangkan jika kita memilih untuk berfikiran positif,sangka baik dengan ALLAH dengan suami dengan wanita lain pasti ada kebaikkan pasti ada hikmah di sebalik poligami ni. Analogi seperti lebah dan sarang tebuan tu,kalau tengok dari segi rupa dan memikirkan bahaya2 dari sengatan lebah yang boleh membawa maut,pastilah kenikmatan dan kemanfaatan madu itu tidak dapat dinikmati.Untuk mendapatkan manfaat itu kena fikir yang positif ada ketabahan dan daya juang yang tinggi...
Bila membaca komen dan luahan pembaca di beberapa ruangan thread dan forum berkaitan tajuk poligami ni,terutamanya kaum wanita memang akan melenting dah melatah.Yang cuba diperlihatkan betapa tidak baiknya suami,kejamnya,zalimnya,betapa sang suami tak bersyukur,menurutkan nafsu serakah dan macam2 lagi.Dia hanya melihat kepentingan dirinya....sebagai wanita sebagai isteri yang dikatakan "dikhianati" dan macam2 lagi.Mungkin kerana masyarakat hari ini,suasana umat Muhammad s.a.w pada akhir zaman ini,telah disuntikkan dengan begitu banyak cerita2,stigma2 tentang betapa tidak baiknya betapa nagetifnya poligami itu. Persoalannya jika begitu sekali buruk dan nagetifnya poligami ini ;kenapa ALLAH s.w.t menghalalkannya secara qatie',Rasulullah s.a.w dan ramai lagi para sahabat r.hum ajmain juga ulama' besar juga turut berpoligami,KENAPA ALLAH taqdirkan begitu ramai wanita dipoligamikan?sedangkan maha Hakimnya ALLAH itu apabila sesuatu benda atau perkara itu boleh mendatangkan mudharat,atau lebih banyak kemudhartan dari manfaatnya ALLAH akan mengharamkannya,e.g arak dan babi. Saya bertanya kepada suami saya,tentang sikap2 wanita muslim yang begitu marah sehingga banyak kali juga mereka telah melewati batas2 Islam dengan mengumpat,menceritakan keburukkan suami,mengadu domba memfitnah dan seumpamanya;suami saya menjawab..."mungkin kerana mereka fikir bahawa suami mereka adalah milik mutlak mereka.." Suami milik mutlak isteri???siapa yang berkata begitu?Atas dalil apa mereka berpendirian begitu?Mungkin sekali apa yang dilakukan oleh suami mereka sebenarnya adalah tuntutan fitrah fisiologi yang diredhoi ALLAH sebaliknya sikap2 mazmumah si isteri adalah dorongan nafsu dan syaitan yang sebenarnya...
Realitinya,bukan tidak ada kisah2 kejayaan keluarga berpoligami bahkan banyak sebenarnya,pendedahan di dalam TV,buku dan majalah ada,tapi mungkin kurang.Dan jika memang benar adapun ramai yang menganggapnya sebagai cerita dongeng yang mustahil untuk dijadikan realiti kehidupan. Bagi diri saya,entahlah tak tahu apa yang telah terjadi kepada saya ,saya tidak dapat melihat keburukan poligami bahkan saya hanya dapat melihat dan memikirkan kebaikkan yang begitu banyak,meskipun jelas saya juga adalah seorang wanita yang tidak pernah lepas dari membuat begitu banyak dosa dan kesilapan. Saya selalu sagat terfikir MENGAPA,insan2 yang secara langsung atau tidak yang terlibat dalam isu poligami ini,MENGAPA mereka sanggup menghabiskan begitu banyak tenaga untuk usha,fikir dan mengatakan perkara2 yang buruk dan nagetif sahaja,sedangkan ketetapan ALLAH tiada siapa yang dapat menghalang. ALLAH s.w.t telah menetapkan samada anda akan hidup berpoligami atau tidak,menjadi isteri pertama,ke,2,ke3,atau keempat.Andai segala isi langit dan bumi berpakat untuk menggagalkan ketetapan ALLAH ini,pasti dan pasti mereka akan gagal,kerana apa yang telah ALLAH tetapkan untuk terjadi pasti akan terjadi..Begitu jugalah sebaliknya,sebesar manapun kecintaan dan sokongan anda terhadap poligami,ingin sangat mendapat adik dan kakak 1 suami tapi jika ALLAH s.w.t telah menetapkan suami anda tidak mahu berkahwin lagi siapakah yang boleh mengubah ketetapan itu? Apa yang manusia boleh lakukan adalah memilih,pilih samaada untuk menjadikan madu itu sebagai penawar yang berkhasiat,,lazat,manis dan menambah kebahagiaan,atau memilih untuk membubuhkan racun berbisa ke dalam madu tersebut.Racun yang bukan sahaja mampu membinasakan kehidupan anda di dunia,bahkan mungkin sekali mampu meletakkan anda dalam kebinasaan yang abadi di kampung akhirat nanti.
So...apakah agaknya kebaikkan,manfaat,khasiat yang boleh diperolehi dari berpoligami atau bermadu atau dimadukan?? Untuk isteri pertama... perkara pertama yang dapat saya fikirkan, ini adalah tarbiah dan didikan kasih dari ALLAH s.w.t.Pada waktu inilah kita berperang habis-habisan dengan nafsu dan segala sifat mazmumah kita sebagai wanita,yang mungkin ada sedikit kegoan,kesombongan,pentingkan diri,kurang bersyukur,kurang kualiti khidmat kepada suami,sangka buruk terhadap ALLAH,suami dan orang lain,kurang sabar,redho dan selalu lupa. Selalu lupa bahawa suami bukan milik mutlak seorang isteri,perkahwinan bukanlah ijab qabul jual beli yang menjadikan suami sebagai hak milik sendiri.Perkara yang terbaik ialah apabila isteri dapat mengorbankan perasaannya dengan menyediakan suami untuk kemanfaatan kemaslahatan agama ALLAH S.W.T.Termasuk juga kemaslahatan agama itu adalah dengan membela para janda atau wanita yang sukar untuk mendapatkan jodoh,lantaran semakin kurangnya lelaki atau mu'min berkualiti mutakhir ini.. Tetapi sekiranya suami anda bukanlah seorang mu'min berkualiti ,doalah semoga ALLAH s.w.t telah menjodohkan dia dengan seorang muslimah sejati. Dalam tangisan,rayuan kasih kita,munajat kita kepda ALLAH s.w.t di saat luka2 parah dalam perjuangan dengan nafsu kewanitaan kita,kita doalah sungguh2 semoga kedatangan orang baru dalam hidup kita,dalam hidup suami kita itu diiringi dengan keberkatan. Saya pernah dengar kata2..."tak dapat payung emas pun takpe",hatta kan"tak masuk syurga pun takpe,janji suami aku tak kawin lain"...Gila ke apa?Tak masuk syurga nak stay forever kat neraka ke?Di dunia yang penuh tipu daya ni boleh la cakap...kat akhirat nanti menyesal tiada gunanya lagi. BERPOLIGAMI...tak dapat disangkal bahwa ianya membayangkan keindahan dan kebahagiaan yang sukar untuk dilukiskan kepada insan lelaki bergelar suami.Kembali menikmati cinta dan sentuhan pertama dan macam2 lagilah...Ini yang membuatkan hati wanita bergelar isteri pertama atau seterusnya makin panas hati... But lets think out of the box...Fikir dengan bijaksana sebagai muslimah yang inginkan cinta Ilahi sebagai maksud dan tujuan hidupnya.Kita redhokan suami kita berbahagia,jadikan ianya sebagai hadiah tanda ketulusan cinta anda kepada suami atas dasar untuk mendapatkan kerdhoaan ALLAH dan Rasul.Sure nafsu kita sebagai wanita mengelupur kesakitan,tapi ALLAH s.w.t MAHA MENGETAHUI...Pasti dia tak akan mensia-siakan kemurnian tanda kasih anda itu.ALLAH tidak pernah menzalimi hamba2NYA.Bukankah ALLAH itu MAHA PENGASIH lagi MAHA PENYAYANG? Dengan izin ALLAH berkat sifat mahmudah seorang muslimah yang telah menang besar dalam pertempuran dengan nafsu mazmumah,suami menjadi bertambah kasih kepada kita,bukan itu sahaja bertambah pula kualiti iman takwanya,orang baru itu menjadi teman yang selalu membantu dan menceriakan. Dalam majalah anjung seri terbaru (september 2008)ada ruangan seorang surirumah tangga yang begitu kreatif menghasilkan seni dalam menghias rumahnya,dalam artikel itu surirumah tersebut turut menceritakan bahawa dia selalu menghadiahkan hasil kerjatangannya kepada madunya yang tinggal di Singapura.Madunya itu pula sangat sukakan hasil krafnya itu,selalu membalas memberi hadiah dengan hasil2 seni terkini dan menarik dari Singapura.Bahkan turut ditunjukkan dalam artikel tersebut bilik khas yang disediakan untuk madunya,kerana madunya sering datang bertandang ke rumahnya...
According to Dr. David J. Schwartz dalam bukunya The Magic of Thinking Big,otak kita adalah kilang fikiran yang juga merangkap pembantu peribadi kita yang sangat patuh dan setia.Kita hanya perlu memberi arahan dan kilang fikiran ini akan bekerja dengan begitu baik.Arahan tersebut boleh diberikan dalam bentuk fikiran2 positif atau perkataan positif. Contohnya hari ini anda katakan .hari ini adalah hari yang baik...maka kilang fikiran anda akan mula bekerja dan menghasilkan buah2 fikiran yang baik seterusnya anda akan mersakan berbagai suasana dan perkara yang baik dalam hidup anda pada hari itu.Jika kita sudah terbiasa melatih fikiran kita untuk melihat sesuatu perkara dari sudut yang positif insyaALLAH banyak perkara positif akan berlaku.... Begitu jugalah jika anda mula mengarahkan fikiran anda untuk memandang isu poligami yang sedang anda hadapi dengan positif insyaALLAH,ALLAH s.w.t akan memberikan ilham2 yang baik. Untuk para lelaki bergelar suami pula...kebenaran poligami,hukum halal poligami bukanlah sekadar 1 tiket untuk keseronokan semata2.Jangan sekali2 anda mengabaikan hak,tanggungjawab dan amanah ALLAH s.w.t terhadap keluarga besar anda;wanita2 bergelar isteri2 serta anak2 anda itu.Semuanya akan dihisab,ditanya,dipersoal oleh ALLAH s.w.t.Cawangan yang bertambah menuntut ilmu,keimanan dan ketaqwaan yang beganda2,sebagai tanda syukur seorang hamba,dan sesungguhnya jika manusia taqwa maka ALLAH akan membantu menyelesaikan masalah serta memberikan rezki dengan cara atau sumber yang tidak kita duga.ALLAH S.W.T yang Maha Kuasa untuk menyatukan hati anda dan keluarga,memberikan ketenangan,kebahagiaan dan kasih sayang ke dalam hati hamba2NYA.Korban untuk agama ALLAH juga kena ditambah.BUKAN MUDAH CIK ABANG!Tapi jika anda taqwa,ALLAH s.w.t MAHA KUASA lagi MAHA KAYA,untuk mengerakkan hati2 isteri2 anda agar redho kepada lebih kurang kelemahan anda dalam sistem keadilan yang sangat sukar untuk disempurnakan dalam institiusi keluarga poligami.Sukar tidak beerti mustahil... Jangan sekali2 anda melanggar ketetapan agama dalam proses pembinaan keluarga anda bermula dari awal lagi...Kalau dah suka terus terang tunang nikah..Jangan buat banyak2 dosa,itu yang kelak membawa bala.Mudah2han akan lahirlah lebih banyak hafiz,dan hafizah,ulama' besar dan bakal ibu kepada muslimin berjiwa seprti para sahabat r.hum dari keluarga besar anda.
KEPADA ANDA ORANG BARU,,ISTERI KE-2 dan seterusnya,kena selalu ingatkan diri,tujuan anda setuju bernikah dengan suami orang...suami hanya alat untuk mendapatkan tempat 1st class di syurga,hanya laluan untuk mendapatkan keredhoan ALLAH,satu fast track untuk menjadi penghulu bidadari kelak...selalu meletakkan diri anda pada tempat "adik",orang baru,menumpang kasih...kena pandai2lah bawa diri.Kenalah kreatif untuk mengambil hati kakak anda,Cabaran akan menjadi lebih besar dik,nak mengadap keluarga mertua dan bakal menantu,juga anak2 suami anda dari siteri yang lain.Doa dan taqwa memang kena sentiasa upgrade. Selalu ingatkan diri dan juga suami akan tujuan asal pernikahan kita "untuk mendapatlan keredhoan Ilahi,bukan kemuarkaanNYA".
Sebagai sebuah institusi keluarga,anda hendaklah sentiasa menambahkan pengetahuan bagaimana untuk mewujudkan keluarga poligami,keluarga luar biasa hebat yang berjaya.Niatkan segalanya sebagai ibadah,mudah2han hati akan selalu terpaut mengaharap bantuan dan petunjuk dari ALLAH S.W.T.Bayangkanlah betapa indahnya.Inilah dia kesyumulan Islam,kesempurnaan kebijaksanaan ALLAH S.W.T.
Setujukah anda bahwa sikap kita terhadap poligami turut memberi impak nagetif terhadap tanggapan non muslim terhafap agama kita?
1 ketika dulu saya pernah membuat satu pembentangan di university,bertajuk "Islam Is The Best Way Of Life"...waktu itu saya masih sangat muda dan mentah.Setelah tamat pembentangan seorang pensyarah telah bertanya kepada saya."Are you aware with the meaning of the words that you are using as the topic of your presentation today?"The best".Which mean,your religious is better than other.If its really "the best" way of life,tell me ;why should I leave Jesus who never been married and never drop a single blood of human and choose Muhammad who had many wives and kills so many people"?
Pensyarah saya itu pernah menceritakan bahawa dari agama budhha,dia menganut agama hindu dan kemudian Kristian dalam pencariannya kepada ketenangan dan kebenaran.Pada waktu itu dia yakin bahawa Kristian adalah agama yang benar,kerana menyokong kehidupan seperti rahib,tak perlu berkahwin dan banyak lagi yang dia rasakan sesuai dengan citarasa hidup beliau.Dia yang saya kira waktu itu mungkin telah berumur hampir 40an seorang wanita yang belum berkahwin.
Adakah anda melihat apa yang saya lihat?Agama kita dianggap tidak sempurna kerana ALLAH s..w.t membenarkan poligami,bahkan diamalkan pula oleh Rasulullah s.a.w dan ramai lagi nama2 besar dalam Islam?
Dalam pembacaan saya yang teramat sedikit,saya pernah temui beberapa orang wanita yang sengaja memilih untuk berpoligami,untuk menjadi isteri ke-2 dan seterusnya walupun dia mempunyai pilihan untuk berkahwin dengan lelaki bujang yang lebih kaya,dengan misi untuk mendakwahkan kebaikkan poligami,untuk membela agama ALLAH dan RasulNYA.
Mungkin kita belum sampai ke tahap itu,tapi mungkin sudah sampai masanya untuk bersikap lebih terbuka terhadap isu ini...lebih positif dan bijaksana.