Tuesday, July 28, 2009

ANTIBIOTIK


antibiotik hanya berkesan untuk membunuh bakteria
dan bukan virus. Virus biasanya menyebabkan batuk, sakit tekak, selsema dan sakit badan. 80% sakit tekak dan selsema adalah disebabkan virus. Virus
biasanya akan hilang dengan sendirinya selama 7 hari hingga 14 hari
walaupun tanpa penggunaan antibiotik.


Sebagai contoh - Denggi ialah sejenis virus, jadi tiada antibiotik apa pun di dalam dunia ini yang boleh membunuh virus denggi. Ia akan hilang dengan sendirinya selepas 10 hari, tetapi perawatan yang lain seperti mengawal hidrasi tubuh dan pemerhatian kadar platelet diperlukan.

Kenapa tiada antibiotik digunakan untuk merawat denggi? Ya, kerana denggi ialah sejenis virus. (pandaaaii.. ... :) )Sekiranya semua doktor memberikan antibiotik kepada pesakit yang sakit tekak dan selsema, dan semua pesakit mengambilnya, ini bermakna 80%daripada antibiotik tadi yang tidak memberi apa-apa kesan kepada virus adalah satu pembaziran, sia-sia malah boleh mendatangkan bahaya kepada tubuh.

Kenapa Perlu Berhati-Hati Mengambil Antibiotik?
1. Antibiotik boleh menyebabkan alahan. Alahan boleh jadi sedikit seperti urticaria iaitu timbul ruam gegata di seluruh badan sehingga ke alahan yangteruk seperti kulit melecur dan sesak nafas.

2. Antibiotik mempunyai kesan sampingan. Antibiotik boleh menyebabkan kesan sampingan kecil seperti loya, pening, muntah dan cirit birit sehingga ke yang teruk seperti kerosakan buah pinggang, usus dan hati, pekak dan sawan.Steven Johnson Syndrome adalah satu kesan sampingan kepada beberapa jenis antibiotik berasaskan sulfa. Ia menyebabkan keadaan kulit seperti terbakar dan juga menyerang kawasan seperti mulut mata dan lidah. Kesan sampingan ini boleh membawa maut.

3. Antibiotik sebagai bom nuklear. Bukan semua bakteria di dalam badan adalah jahat. Bakteria baik di dalam usus sebagai contoh lactobacillus,memenuhi usus supaya bakteria jahat seperti Clostridium Difficile tidak dapat memenuhi ruang tersebut. Malah ada bakteria di usus yang boleh membantu penghadaman dan menghasilkan sejenis vitamin yang membantu
manusia. Begitu juga contohnya dengan kawasan vagina wanita.

Bakteria baik yang terbunuh boleh menyebabkan "candida", sejenis kulat senang membiak dikawasan itu.Malangnya, antibiotik tidak mengenal musuh. Ia seperti sebuah BOM NUKLEAR.Kawan atau lawan, semuanya disapu, disembelih dan dibunuh dengan kejam.Pembunuhan beramai-ramai tanpa belas kasihan ini ternyata membawa padah.Selepas tiada lagi bakteria yang baik, maka bakteria yang jahat akan bermaharajalela. Jadilah episod cerita koboi bila sherif dah tak ada.Antibiotik Seperti Harimau Hilang TaringApabila antibiotik diambil dan digunakan sewenang-wenangnya, maka Bakteriayang tidak terbunuh oleh antibiotik akan menjalani mutasi. Ia menjadi kebaldan semakin kuat. Bakteria ini akan membiak dan tersebar di kalangan manusia yang dekat dan jauh.Apa yang berlaku, antibiotik yang sama apabila digunakan tidak lagi berfungsi seperti sebelumnya. Maka, doktor terpaksa menggunakan antibiotik yang lebih kuat kerana yang lama tidak berkesan.

Kitaran ini akan menjadi lebih menakutkan. Antibiotik yang kuat ini pula digunakan sewenang-wenangnya. Maka apabila bakteria mula bermutasi dan menjadi kebal,antibiotik yang kuat tadi semakin hilang belangnya. Antibiotik yang lebihkuat lagi digunakan... ia akan berterusan sehingga tiada lagi antibiotikyang berkesan terhadap manusia.

Kos Perubatan Meningkat
Semakin kuat antibiotik digunakan semakin mahal antibiotik tersebut. Anday ang kaya mungkin tak kisah dengan kos antibiotik yang meningkat sekarang.; Tetapi buat yang susah, RM 60 untuk 7 biji Augmentin memang memeningkankepala. Di hospital kos perbelanjaaan rawatan juga semakin meningkat. Ini kerana antibiotik yang kuat tidak mungkin berharga murah. Syarikatf armaseutikal terpaksa membelanjakan jutaan wang untuk menghasilkan antibiotik yang lebih kuat dan siapa yang harus membayar harga itu?

Kenapa Antibiotik Digunakan Sewenang-Wenangnya?

1. Sebelum menuding kesalahan kepada orang lain, lebih baik salahkan diri sendiri dahulu. Doktor seperti saya, kadangkala selalu memberikan antibiotik walaupun tidak perlu. Biasanya General Practioner (GP) di klinik-klinik swasta lebih suka melakukan demikian. Ada beberapa sebab...
a. Satunya mungkin tidak beberapa yakin kepada diagnosis yang dibuat.Terdapat garisan di antara jangkitan bakteria dan virus. Mungkin garisan itu sukar dibezakan untuk sesetengah pesakit.
b. Untuk mengelakkan secondary infection. Jangkitan bakteria di atas jangkitan virus yang sedia ada. (ini alasan yang baik bagi doktoruntuk menjual antibiotik)

c. Menghindarkan persepsi buruk pesakit kepada doktor dan klinik.Kalau anda nak tahu, ada jenis pesakit yang mempunyai tanggapan burukkepada doktor yang tak mahu memberikan antibiotik. "Apalah ini doktor, tarak bagi antibiotik, next time tarak mau datang sini lagi".atau "ini klinik tak bagus, takda bagi antibiotik". Hilang seorangpelanggan...

d. Meningkatkan keuntungan dengan memberi antibiotik. Ya, jualanantibiotik boleh menguntungkan. Itu sebab ramai doktor swasta akanmemberi antibiotik walaupun dengan sebab-sebab yang tidak logik

.2. Pesakit juga bersalah di dalam hal ini. Saya sudah banyak kali menceritakan ada ibu bapa yang terlalu menekan doktor untuk memberi antibiotik. Ada yang masam mencuka bila tak bagi antibiotik. Padahal anak tak ada demam pun, atau hanya sedikit selsema. Jikalau ibu bapa tahu betapa teruknya kesan Steven Johson Syndrome, sejenis lecuran kulit disebabkan alahan antibiotik pasti anda lebih berhati-hati.

"Anak saya takkan baik kalau tak diberi antibiotik". Ini adalah ayat clicheu ntuk ibu ayah yang selalu bagi anaknya antibiotik walaupun sedikit demam.

Cara SayaAnda patut percaya, saya sendiri sebagai doktor, tak pernah memberi antibiotik kepada anak saya yang batuk, demam atau selsema selama seminggu.Saya akan memberinya ubat-ubat yang perlu sahaja, vitamin C tambahan, minumair kosong banyak dan makan banyak buah-buahan. Pada kebiasaannya, selepasseminggu batuk itu akan hilang.Sekiranya selepas seminggu batuk, dengan adanya demam tinggi dan selsema,saya mungkin akan mulakan antibiotik yang paling rendah. Antibiotik mestidihabiskan.Perlu diberitahu di sini... Ubat antibiotik bukanlah ubat demam, atauselsema atau ubat sakit perut. Ia adalah untuk membunuh bakteria dan .Kalau demam, makan lah ubat demam dan kalau selsema makanlah ubat selsema.Antibiotik digunakan sekiranya terdapat jangkitan bakteria.

Doktor, Tolong Bagi Antibiotik Paling Kuat!"Doktor, saya batuk dan sakit tekak, esok saya ada meeting. Boleh bagi saya antibiotik paling kuat supaya saya boleh pergi meeting esok".Pertama sekali saya nak bagi tahu, Allah bagi kita sakit selain daripada ujian dan menghapuskan dosa, ialah untuk memberitahu kita yang badan kita ini perlukan rehat kerana bekerja terlalu kuat. Antibiotik tak boleh membantu anda mengembalikan kesihatan anda seperti sediakala sekiranya anda mengidap jangkitan. Berilah masa untuk badan anda berehat.Kedua, untuk memberi antibiotik, perlu ada caranya. Mulakan dengan antibiotik yang tak beberapa kuat dahulu. Kemudian baru naik selangkah demi selangkah sekiranya tidak berkesan. Kalau kita nak bunuh seekor nyamuk,janganlah rumah hendak dibakar. Kalau nak bunuh bakteria yang tak beberapa kuat, jangan gunakan antibiotik yang paling kuat. Itu salah cara.Tujuannya adalah untuk memastikan antibiotik yang paling kuat disimpanuntuk menghadapi kuman yang sama kuat juga. Sekiranya kuman biasa pun dahmenjadi kebal kepada antibiotik yang paling kuat, apabila tiba kuman yangpaling kuat, tiada antibiotik lagi yang boleh digunakan.Bayangkan, tiada lagi ubat untuk membunuh bakteria... Sedikit luka di kakipun boleh menyebabkan kematian. Kita seolah-olah kembali ke zaman sebelumPerang Dunia Kedua!

Posted by Dr Azwan at 4:18 PM

bahaya microwave

Ketuhar gelombang mikro atau lebih popular dengan nama inggerisnya microwave oven, ialah antara gajet moden yang popular dikalangan para suri rumah dan pengusaha restoran di dunia sebagai jalan pintas menyediakan makanan untuk keluarga dan pelanggan.

Ketuhar ini amat popular kerana kecekapannya memanaskan makanan dalam sekelip mata. Lebih-lebih lagi, amat membantu pada bulan puasa, waktu sahur. Para ibu dan isteri hanya perlu masukkan makanan ke dalam ketuhar dan tekan punatnya....nyit...nyit...nyit dan tinggg.....! Makanan panas sudah pun terhidang. Justeru, hampir setiap rumah kini memiliki microwave oven.

Cara masak melawan fitrah

Cara memasak atau memanaskan makanan di atas api atau ketuhar biasa bermula dengan makanan panas di bahagian luar dahulu, kemudian barulah haba masuk ke bahagian dalam. Berlainan dengan penggunaan ketuhar gelombang mikro. Makanan yang dimasak atau dipanaskan akan menjadi panas di bahagian dalam dahulu, kemudian barulah haba bergerak ke luar.
Ini boleh dilihat dengan membakar kentang di dalam ketuhar gelombang mikro untuk satu tempoh yang agak lama, katakan sejam. Walaupun telah dimasak sejam, kentang kelihatan seperti belum masak. Tetapi jika dibelah, tiada apa di bahagian dalamnya melainkan arang!

Inilah yang dikatakan cara memasak melawan fitrah. Pastinya sesuatu yang melawan fitrah, lazimnya membawa keburukan.

Ketuhar pengancam nyawa

Ketuhar gelombang mikro diperkenalkan pada orang ramai sekitar pertengahan 1950-an. Ketika itu tidak banyak kajian saintifik terhadap kesan memakan makanan gelombang mikro. Cuma sejak kebelakangan ini barulah pelbagai kajian dan penyelidikan dilakukan terhadap kesan memakan makanan gelombang mikro kepada kesihatan manusia. Kesemuanya merumuskan bahawa ketuhar gelombang mikro menghasilkan makanan yang sangat bahaya.
Ini agak mengejutkan kerana ketuhar ini baru bersama kita beberapa dekad sahaja. Namun dalam tempoh yang singkat itu, pelbagai penyakit yang berbahaya dan pelik-pelik muncul satu persatu. Ini secara teorinya, menjelaskan penggunaan ketuhar gelombang mikro turut menyumbang kepada meningkatnya pelbagai penyakit yang mengancam nyawa!
Tidak hairan jika golongan remaja hari ini, banyak yang diserang sakit jantung, dan orang muda seusia20-an dan 30-an mati menghidap kanser.


Makanan jadi toksik
Dalam penggunaan ketuhar gelombang mikro, radiasi elektromagnetik menggerakkan molekul-molekul makanan. Molekul-molekul ini 'dipaksa' berpusing sedangkan kalau memanaskan makanan cara biasa, molekul-molekul ini bergerak dari tepi ke tepi. Keadaan berpusing ini memusnahkan molekul dan kadang kala menyusunnya semula menjadi bahan-bahan toksik yang menyebabkan alahan kepada manusia.

Badan tak kenal makanan
Yang dibimbangkan tentang penggunaan ketuhar gelombang mikro, bukan radiasi yang terhasil, tetapi bagaimana ia merosakkan DNA makanan hingga badan manusia tidak kenal bahawa apa yang ditelan itu ialah makanan.
Kerana tidak mengenali makanan, badan bertindak menyalutinya di dalam sel-sel lemak sebagai perlindungan terhadap 'makanan mati'; atau badang mengumuhkannya dengan pantas.
Sesungguhnya telah banyak bukti saintifik yang didedahkan oleh saintis akan bahaya penggunaan ketuhar gelombang mikro, para pengeluar tetap mengatakan ia selamat kerana keuntungan yang diperoleh daripada penjualan ketuhar ini berlipat ganda.

Penemuan mengejutkan
Dua orang penyelidik, Blanc dan Hertel telah mengesahkan bahawa memasak menggunakan ketuhar gelombang mikro, dengan ketaranya mengubah nutrisi makanan. Hertel telah bertahun-tahun menjadi saintis makanan dan berkhidmat di sebuah syarikat makanan Swiss terkemuka. Dia dibuang kerja kerana mempersoalkan prosedur memproses makanan secara luar tabi'i. Lantas dia bergabung tenaga dan kepakaran dengan Blanc dari Swiss Federal Institute of Biochemistry dan University Institute for Biochemistry.
Kedua-dua saintis ini mengkaji kesan makanan mikro gelombang terhadap lapan individu dengan mengambil darah mereka sejurus selepas mengambil makanan gelombang mikro. Blanc dan Hertel mendapati paras haemoglobin individu-individu ini telah menurun. Hasil kajian ini menunjukkan orang yang makan makanan gelombang mikro cenderung mendapat anaemia (kekurangan darah).

Situasi bertambah jelas pada bulan kedua penyelidikan.
Itu baru dua bulan diberi makan makanan gelombang mikro, bagaimana kalau kita memakannya berbulan-bulan, bertahun-tahun?
Sepuluh sebab ketuhar gelombang mesti dibuang
Perhatikan fakta hasil kajian klinikal saintifik Swiss, Jerman dan Rusia di bawah ini:
Makan makanan yang melalui proses ketuhar gelombang mikro menyebabkan kerosakan otak dalam jangka panjang iaitu ia 'memendekkan' utusan elektrik di dalam otak (depolarizing atau demagnetizing tisu otak).
Badan manusia tidak mampu meleraikan (metabolize) bahan makanan yang dimasak/dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro.
Pengeluaran hormon lelaki dan perempuan terhenti dan/atau berubah dengan mengambil makanan gelombang mikro.
Kesan makanan gelombang mikro sebenarnya ibarat sisa/sampah di dalam badan manusia.
Mineral, vitamin dan khasiat makanan gelombang mikro berkurang atau berubah.. Jadi badan kita dapat sedikit sahaja manfaat makanan. Badan kita juga menyerap kompaun-kompaun yang berubah itu, dan tidak dapat meleraikannya.
Mineral-mineral di dalam sayuran berubah menjadi radikal bebas yang menyebabkan kanser apabila dimasak/dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro. Ini antara punca mengapa pengidap kanser meningkat.


Makanan gelombang mikro menyebabkan ketumbuhan kanser di dalam perut dan usus-juga menjadi punca meningkatnya penghidap penyakit ini.
Makan makanan gelombang mikro berpanjangan menyebabkan sel-sel kanser meningkat di dalam darah manusia.
Makan makanan gelombang mikro secara berterusan juga menyebabkan merosotnya sistem imun melalui kelenjar limpa dan pengubahan serum darah.
Makanan gelombang mikro menyebabkan hilang daya ingatan, tumpuan, kestabilan emosi dan mengurangkan kecerdikan..
Fikirkan...
Pernahkah kita terfikir mengapa anak-anak kita hari ini degil, keras dan gelap hati? Atau kerap berlaku 'haruan makan anak' serta amalan seks luar tabi'i? Atau pernahkah terlintas di benak fikiran kita, mengapa makin ramai yang cenderung menukar jantina - perempuan mahu jadi lelaki dan yang lelaki mahu jadi perempuan? Fenomenanya krisis identiti dan gender kini menular dan semakin menjadi kelaziman. Antara sebabnya ialah kecelaruan hormon di dalam badan yang selain disebabkan makan makanan yang berstatus syubhah, juga berkemungkinan besar berpunca daripada makanan yang ditelan melalui proses gelombang mikro.
Selain pengusaha restoran, siapa lagi yang menghidangkan makanan yang mengancam kesihatan ini kalau bukan kita sendiri? Kitalah isteri, kitalah ibu yang kononnya sentiasa siuk. Maka ketuhar gelombang mikrolah yang kita sandarkan untuk pantas menyediakan makanan keluarga tersayang.

Jika di rumah kita ada ketuhar ini dan telah tahu akan bahayanya, hentikanlah penggunaannya. Hanya mereka yang zalim sahaja sanggup menggadai nyawa sendiri dan ahli keluarganya.

Jika anda sedang berkira-kira mahu membeli ketuhar gelombang mikro, lupakan niat itu. Laburkan duit anda itu untuk sesuatu yang lebih bermanfaat untuk kesihatan keluarga. Jangan kita menjadi pembunuh kepada keluarga melalui penggunaan ketuhar gelombang mikro dengan memberi mereka makan makanan yang mengancam nyawa!

Terdapat banyak jurnal dan rencana kesihatan dan perubatan yang menjelaskan bahayanya ketuhar gelombang mikro kepada nyawa manusia. Antaranya:

http://www.mercola.com/article/microwave/hazards2.htm
http://www.cancersalves.com/article/microwave.html
http://www.indigosun.com/august99/microwave.htm

Sumber : ANIS, Mac 2008

Monday, July 27, 2009

Suatu kisah ;Rasulullah s.a.w,Khadijah r.ha dan Halimah Saa’diah r.ha.









Assalamualaikum wrh mth wbrkath..
Hari ini saya ingin berkongsi sedikit petikan dari buku yang telah saya baca baru-baru ini.Ianya adalah berkisar tentang kehidupan Sayidatina Khadijah Alkubra r.ha.Perkara yang paling menarik minat saya tentang buku ini adalah bagaimana ianya menggambarkan perasaan-perasaan kagum,kasih,rindu dan hormat Khadijah r.ha kepada Rasulullah s.a.w.Membaca buku ini menambahkan lagi rasa rindu dan kasih saya kepada Rasulullah s.a.w..Membaca buku ini hampir sama seperti membaca novel cinta zaman sekarang,begitu indah digambarkan peribadi hero atau watak utama dalam cerita itu sehingga membuatkan kita pun jatuh cinta…

Tapi apa yang saya petik hari ini adalah kisah yang menyentuh hati saya,kisah bagaimana sebenarnya Rasulullah s.a.w sangat merindui belaian seorang ibu…

….Nabi Muhammad s.a.w terus beribadah di biliknya.Hatinya bimbang,dia merasakan dirinya amat bertanggungjawab untuk membimbing kaumnya yang telah menzalimi diri mereka sendiri dan mensyirikkan ALLAH S.W.T.Namun apakah dia mampu untuk menghadapi kejahilan dan kerosakan itu sendirian?Sebenarnya Rasulullah s.a.w tidak pernah sendirian,ALLAH S.W.T sentiasa bersamanya.Memberikan cahaya untuk pandangan,akal,hati dan keyakinannya.ALLAH S.W.T sentiasa melapangkan hati baginda.
Nabi Muhammad s.a.w keluar dari bilik ibadahnya dengan wajah yang berseri-seri.Baginda menanggalkan pakaian labuhnya dan kemudian duduk beralaskan pakaian itu.Sayidatina Khadijah r.ha mendapatkan baginda dengan gembira dan kemudian berbual dengan lemah lembut.Suara merdu nabi,benar-benar menyentuh hatinya…Kata-kata hikmah yang keluar dari mulut suaminya begitu mendamaikan jiwa..
Seorang daripada jariah Khadijah r.ha datang menemui mereka”Halimah Saa’diah mahu berjumpa puan”beritahu jariah tersebut.
Mendengar kata-kata itu,mekar dan segar semula rasa kasih-sayang di hati baginda s.a.w.Kenangan suka-duka kehidupannya di zaman kanak-kanak yang beralun antara padang pasir Bani Saad,Kaabah,Yathrib dan saat paling duka dalam memori hidupnya ketika dia sesat dan ketika kematian datuknya yang dikasihi.

Belum sempat Khadijah r.ha bangun mendapatkan tetamunya dia telah mendengar baginda s.a.w memanggil ,“Ibu!Ibu!”Suara sayu baginda s.a.w menggetarkan jiwanya.Khadijah r.ha menoleh kepada suaminya .Terpancar kelembutan dan kasih-sayang yang mendalam .Khadijah r.ha melihat nabi Muhammad s.a.w mendakap erat ibu susuannya dengan perasaan kasih-sayang .Sinar kegembiraan terpancar dari sepasang mata baginda s.a.w yang indah bercahaya.Baginda s.a.w seolah-olah sedang duduk di pangkuan Aminah binti Wahab yang bangkit dari kuburnya.
Baginda s.a.w menghamparkan kain selempangnya dan mempersilakan ibu susuannya duduk di atas hamparan kain itu.Baginda s.a.w mengalu-alukan kedatangn ibu susuannya dengan sangat baik dan menyambutnya dengan penuh kasih-sayang.Suasana itu menggetarkan perasaan Khadijah r.ha.Air matanya bergenang di kelopak matanya,lantas dia masuk ke dalam bilik untuk mengesat air matanya.
Pertemuan yang penuh mesra itu membuatkan Halimah terlupa seketika akan penderitaanya,bahkan dia hampir-hampir terlupa akan anak dan suaminya yang sedang menanti di pintu.Halimatussa’diah menceritakan kesusahan yang dialaminya dan kemarau yang berlaku di Hawazin kepada nabi Muhammad s.a.w sebaik sahaja baginda s.a.w bertanyakan tentang keadaannya.Nabi Muhammad bertanya tentang ayahnya Harith dan abangnya Abdullah.Halimah memberitahu bahawa kedua-duanya berada di luar.Nabi Muhammad s.a.w segera mendapatkan kedua mereka dan mempersilakan mereka masuk dengan hati yang gembira.Kemudiannya baginda s.a.w duduk bersama-sama mereka dan mendengar cerita-cerita mereka dengan penuh perhatian.
Nabi Muhammad merasa amat sedih mendengar peristiwa yang menimpa keluarga itu kemudian menceritakannya semula kepada Khadijah r.ha dengan hati yang sayu.Khadijah r.ha menghadiahkan 40 ekor unta dan kambing kepada keluarga itu.Khadijah sememangnya kan sentiasa bermurah hati demi mendapatkan keredaan suaminya yang tercinta. …..

Khadijah oh Khadijah…
Saya begitu mencemburui kehidupanmu,
Ku kira engkau adalah wanita yang paling bertuah di dunia dan akhirat…
Engkau menyintai dan dicintai oleh insan yang sangat sempurna…yang dikagumi kesempurnaannya oleh penduduk langit dan bumi.
Pasti teramat indah memandang wajahnya,mendengar suaranya,memerhati gerak-gerinya,mengkhidmatinya sebagai isteri…
Pasti teramat nikmat bernaung di bawah limpahan cahaya rahmatan lil a’lamin..
Dan yang terpaling indah baginda s.a.w juga terlalu menyintaimu,Sayidatina Aisyah r.ha juga cemburu,namun tidak dapat berbuat apa-apa kerana sememangnya engkau layak menjadi ratu di hati baginda…
Kerana keluhuran akhlakmu,ketulusan budimu,keikhlasan kasihmu,keunggulan pengorbananmu untuk Rasulullah s.a.w.
Wahai ibuku Khadijah al-Kubra r.ha,pasti dan pasti engkau sedang sangat berbahagia di sisiNYA.
Saya ingin mengucapkan terima-kasih kerana telah membuatkan Rasulullah s.a.w bahagia. Bertuahnya menjadimu Sayidatina Khadijah…
Semoga ALLAH S.W.T beri kekuatan,taufiq dan hidayah supaya kita dapat menjalani hidup mirip2 Khadijah r.ha dan Rasulullah s.a.w. Amin Ya ALLAH.

Thursday, July 23, 2009

SOLAT DAN SPEKTRUM WARNA

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.
Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu...). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita


Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la.) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat
solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya.

Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya. Semua yg terdapat di alam ini adalah untuk manfaat segala makhluk2 nya.

Wallahua'lam

Wednesday, July 22, 2009

Syahidah Marwa al-Sharbini


glitter-graphics.com

Marwa Al-Sharbini, seorang ibu beranak satu yang sedang mengandung tiga bulan, syahid akibat ditikam sebanyak 18 kali oleh seorang pemuda Jerman keturunan Rusia yang anti-Islam dan anti-Muslim. Tapi berita ini, sama sekali tidak saya temukan di tv-tv kita , negara yang majaroti penduduknya Muslim, bahkan mungkin, tak banyak dari kita yang tahu akan peristiwa yang menimpa Marwa Al-Sharbini.

Marwa Al- Sharbini mempertahankan harga dirinya sebagai seorang Muslimah yang mematuhi ajaran agamanya meski pun untuk itu ia kehilangan nyawanya.Marwa Al-Sharbini ditikam di ruang sidang kota Dresden , Jerman saat akan memberikan kesaksian atas ancaman terhadapnya . Ia mengadukan sorang pemuda Jerman bernama Alex W yang kerap menyebutnya “teroris” hanya karena ia mengenakan jilbab. Dalam suatu kesempatan, pemuda itu bahkan pernah menyerang Marwa dan berusaha melepas jilbab Muslimah asal Mesir itu. Di persidangan itulah, Alex kembali menyerang Marwa, kali ini ia menikam Marwa Al-Sharbini berkali-kali. Suami Marwa yang berusaha melindungi isterinya, malah terkena tembakan pihak berkuasa keamanan pengadilan yang berdalih tak sengaja menembak suami Marwa yang kini dalam keadaan kitikal di rumah sakit Dresden .

Peristiwa ini sepi dari pemberitaan di media massa Jerman dan mungkin dari pemberitaan media massa asing dunia karena yang menjadi korban adalah seorang muslimah yang dibunuh oleh orang Barat yang anti-Islam dan anti-Muslim. Situasinya mungkin akan berbeza jika yang menjadi korban adalah satu orang Jerman atau orang Barat yang dibunuh oleh seorang ektrimis Islam. Beritanya dipastikan akan gempar dan mendunia.Itulah sebabnya, mengapa di tv-tv kita cuma sibuk dengan pemberitaan pemakaman Michael Jackson yang mengharu biru itu. Tak ada berita pemakaman Syahidah Marwa Al-Sharbini yang mendapat sebutan “Pahlwan Jilbab”. Tak ada protes dunia Islam atas kematiannya. Tak ada tangisan kaum muslimin dunia untuknya. Tapi tak mengapa Marwa Al-Sharbini , karena engkau akan mendapatkan tempat yang paling mulia di sisiNya ALLAH SWT .. Seiring doa dari orang-orang yang mencintaimu. Selamat jalan saudariku, maafkan kami jika kurang peduli …

doa

Surah Ali Imraan, Verse 38:

"Robbi Habli Min Ladunnka Zurriyatan Toyyibah. Innaka Samii'u Duaa' "
'O Allah, Give me from Your Supremacy, offsprings (of good behaviours). Truly, You are the Listener of prayers'.

Thursday, July 16, 2009

DOA MAULANA SAAD


Doa Maulana Saad




Ya Allah Ampunkan Dosa-Dosa Kami


Ya Allah Tutupkanlah Kesalahan-Kesalahan Kami


Ya Allah Tukarkanlah Keburukan-Keburukan Kami Kepada Kebaikan-Kebaikan


Ya Allah Engkau Masukkan Hakikat Iman Dalam Hati Kami


Ya Allah Engkaukan Kurniakan Sifat-Sifat Iman Dalam Diri Kami


Ya Allah Engkau Kurniakan Pengikhtirafan Mu Pada Kami


Ya Allah Kurniakan Kami Hubungan Yang Khusus Dgn Zat Mu


Ya Allah Engkau Milik Kami Dan Kami Milikmu Ya Allah


Ya Allah Bantu Kami Dengan Amalan-Amalan Yang Engkau Redhai


Ya Allah Tetapkan Kami Dengan Amalan-Amalan Yang Engkau Redhai


Ya Allah Kurniakan Istiklas Dan Istiqamat


Ya Allah Engkau Satukan Umat Ini Dengan Usaha Dakwah


Ya Allah Engkau Jadikan Setiap Individu Umat Ini Daee Agama Mu


Ya Allah Kurniakanlah Kepedihan Atas Keruntuhan Agama Dalam Hati-Hati Umat Ini


Ya Allah Engkau Gunakan Setiap Kemampuan-Kemampuan Kami Dalam Kerja Agama


Ya Allah Engkau Gunakan Umat Ini Untuk Buat Pengorbanan Untuk Agama Mu


Ya Allah Engkau Kurniakan Hidayah Pada Seluruh Umat


Ya Allah Engkaulah Yang Satu-Satunya Yang Membuat Tarbiyah Hakiki Hanya Tarbiyahmulah Yang Hakikat Tarbiyah.


Ya Allah Tarbiyahlah Umat Ini Dengan Sebaiknya


Ya Allah Engkau Kurniakan Kami Dgn Kehidupan Sunnah Nabi Saw


Ya Allah Engkau Hidupkan Kehidupan Sunnah Nabi Saw Pada Umat


Ya Allah Engkau Kurniakan Kebencian Dalam Hati Kami Cara Kehidupan Orang Kafir Dan Hidupkan Sunnah-Sunnah Dalam Diri Kami


Ya Allah Keluarkanlah Sifat Kehaiwanan Dan Tidak Berakhlak Dari Kami


Ya Allah Kurniakan Sifat Insaniyah Dalam Diri Kami


Ya Allah Tunjuklah Setiap Individu Umat Ini


Ya Allah Amkan Hidayat Pada Seluruh Umat


Ya Allah Luaskanlah Jalan-Jalan Hidayat


Ya Allah Tutupkanlah Pintu-Pintu Bathil


Ya Allah Hancurkanlah Suara-Suara Bathil


Ya Allah Engkau Gagalkanlah Rancangan-Rancangan Bathil


Ya Allah Peliharalah Usaha-Usaha Agama Ini, Rakan-Rakan Usaha Agama, Markas-Markas Usaha Agama, Masjid-Masjid Buat Usaha Agama, Madrasah-Madrasah Dan Semua Pergerakan-Pergerakan Agama Yang Haq


Ya Allah Bantulah Kami Dengan Setiap Langkah Kami


Ya Allah Tunjuklah Kami Dengan Setiap Langkah Kami


Ya Allah Kurniakan Taufik Untuk Buat Kebaikan-Kebaikan


Ya Allah Bantu Kami Dengan Usaha-Usaha Agama Yang Penting


Ya Allah Kurniakan Keampunan, Tutupkan Kesalahan-Kesalahan Kami, Mudahkanlah Kami .


Ya Allah Kurniakanlah Ihsan Mu Pada Kami.


Ya Allah Mudahkan Urusan Kami Dengan Fadhil Mu


Ya Allah Tanamkan Keyakinan Atas Nusrah Ghaibmu Dalam Hati Kami Dan Engkau Turunkan Nusrah Ghaibmu Pada Kami.


Ya Allah Dimana Perlunya Hujan, Engkau Turunkan Hujan Rahmatmu ( 3x )


Ya Allah Jangan Pandang Umat Ini Dengan Pandangan Murka Mu Lihatlah Umat Ini Dengan Pandangan Ihsan Mu


Ya Allah Jadikan Umat Ini Menyesal Atas Dosa-Dosa


Yang Dilakukan Dan Kurniakan Umat Ini Taufik Untuk Bertaubat


Ya Allah Jangan Hindarkan Rahmat / Ihsan Mu Pada Umat Ini


Ya Allah Kasihanlah Dan Rahmatilah Umat Ini. Kau Turunkan Hujan Rahmatmu ( 3 X )


Ya Allah Keluarkanlah Harapan Dalam Hati Kami Pada Ghair, Kurniakan Kami taufik Untuk Mengambil Manafaat Terus Dari Zat Mu


Ya Allah Keluarkanlah Yakin Salah Pada Makhluk Dalam Hati-Hati Kami Dan Tetapkan Kami Dalam Metaati Perintah-Perintah Mu


Ya Allah Pada Orang-Orang Yang Ada Masalah Hutang, Engkau Bantulah Mereka Dengan Pertolongan Ghaibmu Untuk Menyelesaikan Masalah Mereka.


Ya Allah Engkau Sembuhkanlah Orang-Orang Yang Sakit


Ya Allah Engkau Keluarkanlah Kelemahan-Kelemahan Zahir Dan Batin Kami


Ya Allah Engkau Kurniakanlah Kekuatan Zahir Dan Batin Kami


Ya Allah Pada Mereka Yang Ada Masalah Mahkamah Engkau Bebaskanlah Dari Masalah Mereka


Ya Allah Kurniakanlah Fikir Akhirat Dalam Hati-Hati Umat


Ya Allah Hapuskanlah Kelalaian Dalam Diri Kami


Ya Allah Kurniakanlah Fikir Akhirat Dalam Hati Kami


Ya Allah Dengan Ihsan Mu / Rahmat Mu Terimalah Doa Kami




Ameeen Ya Rabbal Alameeen

artikel berkaitan

Blog Widget by LinkWithin