Wednesday, December 23, 2009

7 days of simple, life changing exercises (

From Andrew Matthews:
Day 1
Today is the first of 7 days of simple, life changing exercises.

Let's get started ...LOOK FOR GOOD THINGS!Take a look at the HAPPIEST people you know and you will notice something.

They haven't had the EASIEST lives! Happy people have usually suffered and struggled MORE than most.But in the process, they have learned to look for GOOD THINGS in life. And have you noticed this ...

When we look for good things in situations - or people - we FIND them. When we look for bad things, we FIND them.

So it's not changing your situation that makes you happier.It's changing your THINKING!If you go looking for faults in your job or your mother or your wife,you will find plenty.Some people spend their life looking for faults -and then they tell you, "I'm just being REALISTIC!"It is not realistic. It is NEGATIVE!Happy people continually ask themselves,"What is good about this situation?

"EXAMPLE:You are stuck in traffic. You ask yourself, "What's GOOD about it?"* You have time to listen to your favorite music.* You can plan your day.* It's better than walking!EXAMPLE:You are short of money.
You ask, "What's GOOD about having no cash?"* You learn to appreciate things that money can't buy.* You become more determined to succeed.* You find out who your friends are!You might say, "That's nuts! It's kidding myself."Not so!Looking for good things is a key to happiness.So your mission for the next 24 hours?In every situation, look for GOOD THINGS.It may be hard at first, but it becomes automatic. As "looking for positives" becomes a habit,you will become happier and happier.

Saturday, December 19, 2009

solat yang tidak diterima ALLAH...

10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4. Orang lelaki yang melarikan diri.

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).

6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9. Orang-orang yang suka makan riba'.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."

Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

(sumber tranungkite.net)

dia keluar 40 hari...

ya,semenjak kami menjadi suami isteri,after almost 3 years,this is the first time ALLAH pilih dia untuk keluar 4o days.Sebenarnya saya rasa bersalah.....saya tertanya-tanya,adakah kerana amalan saya yang buruk,atau fikir risau saya yang sangat kurang yg jadi asbab ALlah tak pilih dia istiqamah 40 days evry year...this year I do what ever i can to make sure he can go...Walau syaitan,iblis,nafsu semuanya bergabung tenaga untuk menggoda aku,cuba menghalang dia pergi,tapi alhamdulillah berkat doa dan fikir risau jemaah seluruh alam,ALLAH pilih juga dia...semoga ALLAH KASIH DAN TERIMA DIA...DAN KALAU ALLAH SUDI SYAHIDKAN DIA...
Doa supaya dia syahid??????????berat memang berat,tapi ku pohonkan jua...
dengan iman ku yang sangat lemah...
Tak sedar masa berlalu,mungkin kerana dunia banyak melalaikan ku,tidak seperti ahliah2 yang lain,i'm working...work make time gone fast...meeting,team building,this and that,semoga kekurangan ku di sini tidak menghijab doa suamiku di sana.
UMAT MENDERITA BANG..........
Semoga susah payah mu di Padang Sumatera menjadi asbab hidayah seluruh alam.

Tuesday, December 1, 2009

wazifah al-kubra

YA ALLAH, ENGKAU MENGETAHUI BAHAWA HATI-HATI INI TELAH BERKUMPUL KERANA MENGASIHIMU, BERTEMU UNTUK MEMATUHI PERINTAHMU, BERSATU MEMIKUL BEBAN DAKWAHMU, HATI-HATI INI TELAH MENGIKAT JANJI SETIA UNTUK MENDAULAT DAN MENYOKONG SYARIATMU, MAKA ERATKANLAH YA ALLAH AKAN IKATANNYA, KEKALKAN KEMESRAAN ANTARA HATI-HATI INI AKAN JALANNYA. PENUHKAN HATI HATI INI DENGAN CAHAYA RABBANI MU YANG TIDAK KUNJUNG MALAP. LAPANGKANLAH HATI-HATI INI DENGAN LIMPAHAN IMAN DAN KEYAKINAN, DAN KEINDAHAN TAWAKKAL KEPADAMU, HIDUP SUBURKAN HATI-HATI IN DENGAN PENGETAHUAN TENTANGMU, JIKA ENGKAU MENTAKDIRKAN MATI, MAKA MATIKANLAH PEMILIK HATI-HATI INI SEBAGAI PARA SYUHADA' DALAM PERJUANGAN AGAMAMU.

YA ALLAH, ENGKAULAH SEBAIK-BAIK SANDARAN DAN SEBAIK-BAIK PENOLONG. PERKENANKANLAH PERMINTAAN INI.

WAZIFAH AL-KUBRA - IMAM SYAHID HASSAN ALBANNA (AL-MA'THURAT)

Wednesday, November 25, 2009

harga sebuah kemaafan


Suatu hari Anas bin Malik r.a serta ramai para sahabat yang lain duduk disisi Rasulullah, tiba-tiba mereka melihat Rasulullah tersenyum.Anas merasa hairan apabila Rasulullah s.a.w tiba-tiba tersenyum gembira sehingga kelihatan gigi,lalu Anas bertanya :

"Apakah yang menyebabkan Rasulullah tersenyum gembira?"
"Yang menyebabkan aku tersenyum kerana ada dua orang dikalangan umatku di akhirat,keduanya merangkak di hadapan Allah SWT kerana minta diselesaikan kes yang melibatkan antara keduanya.

Seorang darinya merayu kepada Allah SWT: Wahai Tuhan, tolong balaslah terhadap orang ini,sesungguhnya dia sangat zalim dan telah menzalimi aku semasa didunia dahulu,dengan berbagai perbuatan zalim.

Lalu Allah SWT memerintahkan orang yang zalim itu membayar gantirugi,sebagai jalan penyelesaian untuk kes mereka berdua.Tetapi orang yang zalim itu tidak dapat berbuat demikian,kerana tiada suatu pun yang boleh untuk membayar kepada orang yang menuntut itu.

Orang yang berbuat zalim itu berkata: Dengan apakah aku hendak membayarnya,sedangkan tiada suatu pun kebaikan yang tinggal padaku,kesemuanya telah habis dituntut oleh orang lain.

Ketika itu orang yang kena zalim itu minta agar orang yang zalim itu mengambil kejahatan dan dosa yang ada pada dirinya.

Pada ketika itu Rasulullah menitiskan air mata,Nabi menangis mengingati peristiwa mahkamah Allah yang sedang mendengar kes pengaduan kedua-dua umatnya yang sangat menyayat hati.

Lelaki yang melakukan kezaliman itu ingin membayar tuntutan tersebut, tetapi tidak terdaya kerana sudah tidak ada apa-apa yang tinggal untuk dirinya.Jelas Nabi kepada Anas.

Lalu Rasulullah pun bersabda : "Sesungguhnya itulah suatu hari yang sangat dahsyat,sehingga sampai ke suatu peringkat manusia mencari orang lain untuk memikul dosanya."

Didunia manusia dengan sombong sanggup memikul dosa orang lain,meskipun sebenarnya manusia tidak akan mampu memikul walaupun hanya dosa mereka sendiri.

Ketika seorang dari dua orang yang berbalah di Mahsyar menuntut agar dosa mereka dipikul oleh orang yang menzaliminya,maka ketika itu Allah SWT memperlihatkan sebuah mahligai tersergam indah didalam jannah.

"Tidakkah kamu melihat mahligai itu?" Ujar Tuhan kepada manusia yang sedang menuntut keadilan dari Tuhan terhadap taulannya.

" Ya,saya nampak sebuah mahligai yang diperbuat dari emas dalam sebuah taman dari perak,untuk siapakah itu wahai Tuhan? Mungkinkah untuk nabi-nabi atau syuhada atau mungkin juga untuk golongan siddiqin?" ujar orang itu.

"Mahligai itu untuk siapa saja asalkan mereka sanggup membayar harganya."
Jelas Tuhan.
"Jika demikian adalah mustahil saya dapat memilikinya kerana saya tidak punya apa-apa di sini untuk membayar harga mahligai emas itu."ujar manusia itu.

" Justeru kamu masih berpeluang memilikinya,kerana kamu masih memiliki barang bernilai yang dapat membayar harga mahligai itu."

"Bagaimana caranya?" tanya orang itu kepada Tuhan penuh kehairanan.
"Iaitu sekiranya kamu sedia memafkan rakan kamu dan tidak menuntutnya agar dia memikul dosamu."Tuhan menjelaskannya.
Dengan melompat kegembiraan orang itu berkata:
"Wahai Tuhanku, kalau begitu aku segera memaafkan dia,terhadap apa-apa jua kezaliman yang telah dilakukan terhadap saya."ujar manusia itu dengan perasaan penuh gembira yang tidak terhingga.

Lalu Allah SWT memerintahkan malaikat agar membawa orang itu kedalam mahligai yang terbina disebuah jannah yang terbina dari perak, kemudian Tuhan mengizinkan orang itu membawa bersama taulannya memasuki syurga itu.

------------------------------------------------------------------------

Demikianlah sebuah kisah yang diceritakan oleh Rasulullah SAW kepada Anas bin Malik suatu peristiwa diakhirat melibatkan dua orang umatnya yang berusaha untuk menyelamatkan diri dihari tiada pertolongan kecuali pertolongan Allah SWT.Suatu kemaafan dapat menyelamatkan dirinya juga rakannya dari sengsara Mahsyar.

Oleh itu,kita haruslah bersifat pemaaf terhadap sesama manusia kerana sifat
pemaaf itu akan mendatangkan kebajikan kepada diri sendiri dan orang yang
dimaafkan.Memaafkan orang lain dari kesalahan yang dilakukan terhadapnya
dirinya bererti menolong saudaranya dari beban dosa, sifat itu menjadi
saluran rahmat Allah terhadap dirinya, sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang
bermaksud ,
"Sesungguhnya Allah Ta'ala tidak menyayangi kecuali kepada hamba-Nya yang penyayang, tidak mengampun kecuali terhadap hamba-Nya yang pengampun dan tidak menerima taubat kecuali terhadap hamba-Nya yang sanggup memaafkan kesalahan saudaranya."

Walau bagaimanapun,kemaafan pada seseorang biarlah kena pada tempatnya, bukanlah sehingga hilang maruah dan harga diri masih lagi bersifat pemaaf kerana sifat pemaaf seperti itu tidak wajar.

Bersempena bulan Ramadhan yang mulia dan Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi, eloklah kita maafkan semua orang yang pernah berbuat kesalahan kepada kita.Semoga Allah merahmati kita semua.

Wednesday, November 18, 2009

sayidatina khadijah al kubra r.ha


Khadijah oh Khadijah… Saya begitu mencemburui kehidupanmu, ku kira engkau adalah wanita yang paling bertuah di dunia dan akhirat… Engkau menyintai dan dicintai oleh insan yang sangat sempurna…yang dikagumi kesempurnaannya oleh penduduk langit dan bumi. Pasti teramat indah memandang wajah suci baginda s.a.w,mendengar suaranya,memerhati gerak-gerinya,mengkhidmatinya sebagai isteri… Pasti teramat nikmat bernaung di bawah limpahan cahaya rahmatan lil a’lamin.. Dan yang terpaling indah baginda s.a.w juga terlalu menyintaimu,Sayidatina Aisyah r.ha juga cemburu,namun tidak dapat berbuat apa-apa kerana sememangnya engkau layak menjadi ratu di hati baginda… Kerana keluhuran akhlakmu,ketulusan budimu,keikhlasan kasihmu,keunggulan pengorbananmu untuk Rasulullah s.a.w. ALLAH S.W.T berkirim salam kepadamu duhai Khadijah..!!ALLAH sentiasa rindu dan kasih kepadamu sehingga di liang lahad DIA mahu wajahmu sentiasa menghadap ke langit!!!!!

Wahai ibuku Khadijah al-Kubra r.ha,pasti dan pasti engkau sedang sangat berbahagia di sisiNYA.
Saya ingin mengucapkan terima-kasih kerana telah membuatkan Rasulullah s.a.w bahagia. Bertuahnya menjadimu Sayidatina Khadijah… Semoga ALLAH S.W.T beri kekuatan,taufiq dan hidayah supaya kita dapat menjalani hidup mirip2 Khadijah r.ha dan Rasulullah s.a.w. Amin Ya ALLAH.

masalah umat..........

macam2 masalah umat akhir zaman...........
ditindas,alpa,lalai,lupa,menzalimi,dizalimi..........
bagi saya yg bekerja di tempat yang menerima bermacam pengaduan salah laku syariah..
lagilah rasa sedih..........
hari2 ada kes mengandung luar nikah....hari2 ada puluhan aduan,khalwat,zina,judi,arak....
Semalam ada aduan parti sex remaja beramai2.....kes adik2 beradik dan ibu sekali yang biasa membawa pasangan ke dalam rumah,rumah dijadijkan markas maksiat mereka...
semalam kami tangkap 9 lelaki muslim melayu berjudi.....
pagi tadi seorang wanita mengadu, suaminya murtad dan sekarang muslimah tu risaukan anak2 perempuannya yang berada dalam jagaan bekas suaminya itu.
kalau Rasulullah s.a.w ada pada zaman ini,mesti baginda sedih..........
semoga akan bertambah pekerja2 agama yang terus fikir dan usha sungguh2,semua rindu,titisan air mata,kesusahan para isteri dan anak2 menjadi asbab ALLAH bertambah kasih.
moga sikit2 korban pejuang2 agama ALLAH pandang dengan pandangan kasihNYA.

artikel berkaitan

Blog Widget by LinkWithin