“Berhenti! Kurang ajar! Gadis gilaaa!!” Shafiyah berlari lincah. Zig zag dan seketika menyelinap di antara kelompok manusia. Meninggalkan dua Zionis Israel yang mengejarnya dengan nafas yang termengah-mengah.
“Gadis gila! Dia menikam Simon dan merampas senjata daripadaku!” Seru tentera yang berbadan besar sambil terus mengejar. “Dia telah mengambil wangku. Sial!!” Geram si Israel botak. Mereka berdua melilau di kejauhan. Ke mana gadis itu? Hilang di tengah-tengah kesesakan pasar. Dan…nafas si botak tercungap-cungap. Shafiyah ketawa. Setelah agak jauh, dia pun berhenti. Mengelap peluh di dahi dengan hujung tudungnya. Sepucuk senjata dan dompet yang dipenuhi dengan wang yang banyak! Surat-surat penting dikoyak-koyakkannya dan dibuang di sepanjang jalan pasar! Shafiyah membolak balik isi dompet. Sesekali dia menoleh ke belakang, mencari dia zionis Israel yang baru sahaja diperdayakannya! Hah..itu dia si botak dan temannya! Bersusah payah mencelah dalam kesesakan pasar! Shafiyah menyimpan belati di balik stoking kaki, dompet di dalam sakunya, menyandang senapang rampasan dan terus berlari semula…. Akhirnya, das pisto bergema! Pengecut!! Shafiyah berlari semakin cepat, seperti ada kekuatan penuh yang mendorongnya laju bersama angin. Begitu ringan. Orang-orang lain di pasar bertempiaran.
Panik! Tiba-tiba.. “Siapa yang kau kejar?” “Ya..biar kami bantu..” Satu..dua..lima..sepuluh Zionis Israel yang sedang meronda-ronda di sekitar Pasar Wahd, lengkap dengan senjata laras panjang akhirnya bergabung dengan dua tentera Zionis Israel tadi. “Si perampas! Kami mengejar si perampas!!” “Ya..dia sangat merbahaya! Dia membunuh seorang rakan kami!” “Em..mana pemuda itu?” Tanya mereka serentak. Orang-orang di pasar yang mendengar perbualan itu menahan ketawa. Juga berdoa untuk Shafiyah. Orang-orang kafir itu pasti sedang memburu Shafiyah! Muslimah kesayangan Gaza! “..” Beberapa suara gagah menjawab salam Shafiyah. Suara Abu Umar dan beberapa anggota Izzuddin Al-Qassam. “Ini dua laras panjang, tiga laras pendek, sekantung wang dan empat bom tangan.”
Shafiyah menyerahkan semua itu dari balik pintu. “Apakah Abu Umar berkenan menerimanya?” Abu Umar menguak pintu. “Bukankah lebih baik ukhti fillah Shafiyah masuk? Isteri saya ada di belakang.” “Maaf…saya perlu cepat.” Jawabnya ringkas. “Jika begitu, jazakillahu khairan. Fii amanillah ukhti mujahidah!” “Allahu akbar! !” Jawab Shafiyah. Dan seperti hari-hari sebelumnya, suara-suara gagah itu menjawab salam tersebut dengan penuh semangat seraya tidak henti-henti mendoakan Shafiyah. “Siapakah dia sebenarnya ,Abu Umar? Ya..berapakah umurnya? Di mana tempat tinggalnya? Siapa ahli keluarganya?” “Ishbir ya Jabir,” Abu Umar tersenyum kepada pemuda bernama Jabir itu.
“Nanti saya jelaskan.” Jabir tertunduk malu. Dia tahu para ikhwah masih tersenyum-senyum memandangnya. Bukankah di antara yang hadir hanya dia yang masih belum melengkapkan separuh dien-nya? Shafiyah. Syafiyah! Tiba-tiba nama itu terus bermain-main di benaknya. Turun memasuki relung-relung hatinya. Membawa sinar cahaya. Ah, Jabir menepisnya. Astaghfirullah! “Aku mengenalinya setahun lalu di Ummu Shabrah an-Naqb. Ketika aku melewati jalan sepi di daerah itu bersama isteriku, aku melihat seorang gadis. Dia mengikat seutas tali pada sebatang pohon besar dan turun ke dalam sebuah lubang seperti ladang. Kami memerhatinya…dan terkejut melihatnya mengangkat kerangka manusia dari lading tersebut..” Hening… semua seakan-akan menahan nafas mendengar cerita Abu Umar. “Ke..rangka, maksud Abu Umar, ladang tempat pemukulan oleh para tentera itu…, Shafiyah..”
“Ya, dia yang menemuinya. Dan kami bersama-samanya menghebahkan cerita itu sehingga ramai ikhwah yang membantu mengebumikan kerangka korban Israel beberapa tahun lalu itu.” “Berani sungguh.” Komen Jabir. “Masya Allah..” Yang lain melirik Jabir penuh erti. “Shafiyah sangat keras dan tegas. Mungkin kerana ketika usianya empat belas tahun dia melihat sendiri orang tua dan kakaknya syahid ditembak Zionis Israel ketika baru keluar dari rumah mereka. Dia terselamat kerana keistimewaan yang diberikan Allah kepadanya. Pelari! Dia seorang pelari pecut dan ahli bela diri!.” “Jadi, di mana tempat tinggalnya?” Tanya seorang pemuda. “Aku pernah mengajaknya tinggal bersamaku. Tetapi dia masih memiliki pakcik di Kfar Darom. Dia jarang ke sana. Dia tahu, tentu sahaja Zionis Israel mampu mencarinya. Kini usianya tujuh belas tahun.”
Pagi itu, Shafiyah asyik mengetap-getap bibir bawahnya. Mencari akal bagaimana untuk merampas senjata milik dua Zionis Israel tidak jauh di hadapannya. Keningnya berkerut seketika. Tiba-tiba…entah dari mana kedengaran gemuruh suara Zionis Israel, tank dan hingar bingar tembakan senjata di Nablus! “Kalau begini bagaimana nak kurampas..” Bisiknya sendirian. Shafiyah ingin mengetahui apa yang terjadi. Seketika dilihatnya barisana kaum muslimin. Para lelaki yang mengenakan selubung sebagai penutup muka begitu ramai. Mereka melaungkan takbir dan yel-yel HAMAS! Mereka mahasiswa yang datang dari Universiti Najah! “Kita semua adalah Shalahuddin… adalah Ayyash dan Imad Ageel! Hidup Sheikh Ahmad Yassin! Halau Israel dari Jabal Abu Ghneim! Bebaskan Palestine dengan darahmu! Allahu Akbar!!! Teriak mereka sambil melemparkan batu kepada Israel. Tanpa berfikir panjang lagi, Shafiyah bergabung dengan barisan Muslimin. Memungut dan melemparkan batu kepada iblis-iblis yang berserakan di sana-sini. Ini adalah protes atas kekejaman Ariel dan barisan sekutunya. Shafiyah tahu, itulah kebiadaban Yahudi Israel yang sambil menyiksa dan menyembelih kaum muslimin..masih sibuk mempersipakan berbagai ‘pesta pembangunan’ di kawasan penduduk Palstine. Juga tipu helah Israel, mereka adalah anak manis yang cintakan kedamaian dan hanya membela diri daripada ‘terrorist’ Palestin.
Gila!!! Tentera Zionis Israel itu semakin mengganas. Kebisingan senjata dan bom bersahutan di udara. Gas pemedih mata terus dilepaskan ke arah mahasiswa. Senja berdarah di Nablus! Langit… bumi dan batuan menjadi saksi. Tentera Zionis Israel telah membuktikan keganasan dan kebiadaban! Puluhan pemuda ditangkap. Beberapa pejuang syahid dengan wajah yang tak mampu untuk dikenali lagi! Shafiyah berlari menuju ke rumah Abu Umar. Air matanya berderaian. Dalam beg sempang tuanya mengandungi beberapa barang rampasan walaupun tidak banyak. Tiba-tiba tidak jauh di hadapannya, kelihatan 3 Zionis Israel menyeret tubuh seorang pemuda. Shafiyah terkesima. Rasa-rasanya dia mengenali pemuda itu. Siapa dan di mana?…. Diletaknya beg sempang di sebalik sebuah pohon besar… “Katakan, ya atau tidak kau orang HAMAS!! Katakan cepat!” Shafiyah menangkap jelas kata-kata itu. Dan.. Shafiyah merasa dia tidak boleh meninggalkan pemuda itu dalam kesusahan. Dia harus berbuat sesuatu untuk membantunya. Jangan sampai pemuda itu mengaku dia pemuda HAMAS. Batalion Izzuddin Al-Qassam! Dada Shafiyah berdegup kencang ketika dia semakin dekat. Dia benar-benar berserah kepada Allah… “Dasar suami tak bertanggung jawab…!! Anakmu menangis di rumah… dan aku yang sakit ini harus mencarimu! Kerjamu hanya menghabiskan wang saje…” Kata-kata itu meluncur begitu sahaja dari mulut Shafiyah. Dilihatnya pemuda itu tercengang-cengang kehairanan. “Kau terkejut?” Shafiyah memegang hujung baju pemuda itu dan menariknya. “Balik!! Balik!! Aku cakap balik!! Lelaki lupa diri!” Tiga tentera itu tertawa-tawa… “Isteri garang!! Mari kita pergi. Biar sahaja dia dimarahi isteri hingga ke pagi esok!” …“Ya..ha..ha..ha…!!!” “Mulai sekarang… kalau nak hidup macam ni lagi…ceraikan aku! Cepat, adakah kau berani wahai Aba Abbas???? Ssstt.. maafkan, akhi… saya… dasar lelaki tak tahu diuntung!!! Cepat balik!” Pemuda itu masih kebingungan. Shafiyah melihat tiga orang tentera itu berjalan menjauhi mereka dengan masih ketawa. Dan ketika meereka benar-benar telah jauh.. tanpa berkata apa pun… Shafiyah dengan wajah merah berlari. Jabir… pemuda itu ternganga-nganga. Luar biasa tipu daya muslimah ini! Syafiyah? Syafiyah… apakah dia Shafiyah? Jabir tak yakin. Yang pasti..hampir sahaja identitinya terbongkar! Masya Allah! Sebelumnya.. Jabir sedang terhendap-hendap di sebalik semak samun tempat tentera-tentera itu beristirehat. Dia tak berupaya membendung kegeramannya ketika mendengar perbincangan ketiga-tiga tentera itu. Tentera-tentera itu masih berbincang berkenaan topik lain pula… kali ini tentang artis top Israel yang menjadi cover page di harian Haarets.
Sementara itu, tubuh Jabir masih bergetar mendengar kejian Israel terhadap muslimin. Akhirnya dia jatuh tersadung ranting pohon dan menimpa tentera-tentera itu. Begitulah kisahnya! Jazakillah Shafiyah! Kini..maklumat tentera-tentera itu sangatlah berguna. Malam itu di Gaza, dalam sebuah bilik… Shafiyah asyik mengamati sesusuk tubuh dalam foto yang ditemuinya di dalam dompet seorang Zionis yang dirampasnya. Pelik, foto siapakah ini agaknya? Ada tulisan dibawahnya. ‘Rambo Amerika’ . Shafiyah mengangkat bahunya. Foto pelakon dan artis barangkali. Gagah dengan pelbagai senjata yang melingkari tubuhnya. Belati-belati, senjata api, bom, peluru yang berjuntaian bagaikan kalung… Shafiyah bangkit dari duduknya. Perlahan-lahan diambil tali nipis. Dirangkainya beberapa bom tangan yang ditemuinya bagaikan kalung… Dua senapang laras panjang di sandang di sisinya. Beberapa pisau dikumpulkannya di dalam plastik yang diikat dipinggangnya. Juga beberapa peluru. “Rindunya aku padaMu Ya Rabbi…” Katanya sambil tersenyum tanpa resah. Tidak lama selepas itu dia menyiapkan diri. Dia tidak lupa untuk solat hajat. “Bagaimana Abu Umar?” “Tidak Shafiyah. Aku tidak setuju.” “Tapi..” “Seorang wanita… pergi ke markas tentera berseorangan, mengambil senjata… dan meledakkan diri bersama puluhan Zionis Israel. Tidak, Shafiyah!” “Itu kerja yang lebih tepat bagi lelaki!” Kata Abu Umar. “Ya, saya yang akan melakukannya.” “Tidak. Saya saja!” “Insya Allah saya! Saya!! Saya!!” Ruang tamu rumah Abu Umar tiba-tiba riuh rendah oleh suara beberapoa anggota HAMAS. “Sssst!!” Senyap. “Saya yang akan pergi. Izinkanlah!” Kata Jabir tenang.
“Idea Shafiyah memang bagus dan ia haruslah disegerakan. Apatah lagi kita memang memerlukan senjata untuk melawan kebiadaban mereka. Untuk memebebaskan negeri ini daripada penjajahan yang keji!!!” Perbincangan terus berlanjutan. Hampir semua sepakat bahawa Jabir yang akan melaksanakan tugas itu!! Shafiyah akur! Selepas membantu Ummu Umar menyiapkan hidangan, Shafiyah bangun. Dia teringat bahawa pakciknya akan datang menjemputnya. Shafiyah keluar melalui jalan belakang setelah memeluk dan mengucapkan salam kepada Ummu Umar. Fikirannya melayang pada rencana-rencanakan yang bakal dilaksanakan. Ia menoleh sesaat ke belakang dan sempat melihat seseorang mengetuk pintu rumah Abu Umar….
Mata Shafiyah menangkap sekejap… dan sebelum ia menyedari apa yang terjadi… sebuah ledakan yang sangat kuat kedengaran hingga ke udara! Muntahan api di mana-mana. Dalam sesaat rumah Abu Umar hancur lebur! Mulut Shafiyah ternganga. Matanya terbelalak dan kepalanya pening! Kakinya semakin lemah , terpaku di tempat. Nyaris tidak bergerak. Sesuatu menjalar di seluruh tubuhnya. Api! Bara! Amarah yang tidak tertahan! Satu persatu langkahnya diseret dengan penuh keberatan. Abu Umar, Ummu Umar dan bayinya Umar yang masih merah, para anggota HAMAS… air mata Shafiyah menitis. Allah…Allah… Allah… sepanjang jalan, hanya Allah yang dipanggil. Sebulan berlalu… Satu malam. Seorang wanita melintasi Pusat Komando Zionis Israel. “Hai nona manis!” Siulan liar segera menyergah wanita itu. “Mari..mari sini…” Seorang anggota cuba meraihnya. Dengan pantas wanita itu terus bertindak. Hup, hup, hap! Tiga pisau terpacak tepat di jantung dan wajah tentera-tentera itu! Wanita tersebut segera merampas senjata mereka. “Terima kasih. Jangan kalian lupakan aku. Aku Shafiyah. Tidak akan mebiarkan kalian tidur nyenyak atas genangan darah kaum muslimin Palestine!” Seorang daripada mereka cuba membunyikan alarm. Shafiyah mengambil bom tangan dari dalam sakunya dan membuka picu bom dengan mulutnya. “Taaaaaaaaaaaakkkkkkk!!!!” “Terimalah!” Shafiyah berlari bersama angin malam. Satu ledakan kuat kedengaran di udara! Tubuh puluhan penghuni berek pecah berselerakan di bumi. Shafiyah masih berlari bersama angin. Ya… seperti terbang menuju Allah.”