Sunday, January 31, 2010

KHIDMAT,JEMAAH DAN DIRIKU

Bismillahirahmanirrahim.

Segala puja-puji dan syukur hanya layak untuk ALLAH.Wahai ALLAH,wahai RABBULA’LAMIN,jadikanlah saya,jadikanlah umat seluruh alam insan yang bersyukur,syukur dengan begitu banyak nikmatMU ya ALLAH,terutamanya nikmat Iman dan Islam.Dan terimalah syukur kami ya ALLAH.Berikanlah kami kekuatan,taufiq dan hidayah untuk kami menambahkan kesyukuran kami ya ALLAH.

Dengan izin ALLAH selepas ijtimak ni ada 1 perkara yang kuat menarik perhatian dan kuat menyentuh hati saya,bahkan sepanjang pemerhatian saya yang bersahaja,(tidaklah bersungguh-sungguh)saya merasakan seolah-olah ALLAH nak highlightkan pada saya tentang khidmat.Dari laporan-laporan,bayan,gambar-gambar di website/blog dan sewaktu suami membawa saya meninjau sepintas lalu ke tapak ijtimak minggu lepas,fikir dan ingatan saya kuat kepada khidmat….bila saya melihat gambar orang-orang yang khidmat,bila saya dengar karkuzahri berkaitan orang-orang yang ALLAH pilih untuk khidmat,bila saya melihat orang-orang yang masih ada lagi di tapak ijtimak,selepas ijtimak untuk khidmat,masyaALLAH hati saya begitu tersentuh.Sungguh mulia mereka ini di sisi ALLAH,sedang saya memang langsung takde sumbangan…

Sewaktu mendengar CD bayan dan targhib ijtimak pun,targhib kelebihan khidmat la yang melekat di ingatan saya yang kian lemah ini…

“Maulana Hamid kata,kita hendaklah khidmat dengan niat dan perasaan bahawa kita perlu kepada khidmat,bukan orang atau ALLAH yang perlu kepada khidmat kita. “

MasyaALLAH,jika kita yang perlu kepada khidmat maka dengan izin ALLAH kita akan usha sungguh-sungguh untuk tingkatkan khidmat kita.Sebab kita perlu dan berhajat sangat kepada khidmat,sebab jika kita khidmat dan ALLAH terima khidmat kita maka kita akan dapat ALLAH.Dapat ALLAH?Saya tak pasti apa maknanya but saya yakin dan percaya dapat ALLAH mean something gigantic,MAHA BESAR,beyond imagination.Dan hakikatnya kita,makhluk,kami umat Muhammad ini sangat,terlalu teramat perlu kepada ALLAH.

Nak share sikit pengalaman khidmat sewaktu keluar masturat.Kali pertama keluar masturat,few years ago,ALLAH dah tetapkan saya untuk banyak-banyak basuh pinggan dan yang sewaktu denganya…In fact saya teringat yang sejak zaman sekolah orang suka bagi saya kerja basuh pinggan…1st time keluar dengan 0 knowledge tak tahu apa2 tentang khuruj masturat+memang tak suka nak keluar waktu tu,saya terasa dan terfikir banyak perkara buruk bila saya selalu kena basuh pinggan,even bukan waktu saya khidmat.I was like thinking nak buli saya ke orang baru?

Tapi apa yang terjadi pada kali ke-2 saya keluar,ALLAH S.W.T buat saya langsung takde peluang nak khidmat even waktu tu giliran saya khidmat…Semua kerja cepat-cepat ALLAH beri pada orang lain.Nampak macam untung,tak penat TAPI,bila ALLAH dah beri sikit2 faham,saya tahu betapa ruginya saya,saya terasa ALLAH pada saya,dan tak mahu pilih saya lagi untuk khidmat kepadaNYA…Tarbiah itu membuatkan saya sangat menyesal,dan khuruj seterusnya saya rebut peluang selagi boleh khidmat,khidmat sungguh-sungguh.

Khidmat ni bila tak sungguh-sungguh pun masalah bila sungguh-sungguh pun masalah.When we put extra effort untuk masak,khidmat tuan rumah etc..kita kena banyak istighfar dan betulkan niat hanya untuk mendapatkan redho ALLAH.Kena tarbiah nafsu betul-betul bila orang memuji hasil khidmat kita.And sometime….terutamanya bila kita keluar lama skit.10 or more days ALLAH mungkin akan uji kita dengan bermacam-macam bentuk ujian sewaktu kita khidmat.Mungkin ALLAH S.W.T akan datangkan sifat cemburu dan iri kepada salah seorang ahli jemaah sebab suami dia dan jemaah lain suka dengan lauk yang kita masak.. Waktu tu lah kita kena betul2 mujahadah nafsu,banyak bersabar,supaya jemaah kita tetap bersatu hati dan dapat menyuburkan mahmudah.Sekiranya terjadi perkara yang betul2 memecahkan hati kita,seboleh-boleh jangan cerita kepada sesiapa tapi mengadulah kepada ALLAH,minta ALLAH kuatkan kesabaran,indahkan akhlak kita dan satukan hati jemaah dan satukan hati semua jemaah.Selalu ingat yang ALLAH nak uji kita.

Nak dapat khidmat yang terbaik kena minta ALLAH ajar dan beri taufiq hidayah kepada kita. Dan semoga ALLAH buat kita banyak-banyak syukur sebab dah pilih kita khidmat untuk DIA!

Maulana Hamid berkata lagi sewaktu kita khidmat kita hendaklah rasa sebenarnya kita tak layak buat khidmat itu,sebenarnya kita ni hanya layak untuk buat kerja/khidmat yang nampak lebih kotor atau lebih tak glamour dari khidmat yang sedang kita buat.Kita kena jaga hati kita dari sifat “kibir”sifat rasa sebenarnya kita ni lebih baik dari orang lain.

Contohnya “aku ni sebenarnya layak untuk mengiring elders2 tapi tawadhuk punya pasal,takperlah aku buat khidmat taam sahaja…”Sebaiknya kita kena rasa “ya ALLAH sepaututnya aku ni layak khidmat cuci tandas sahaja tapi ALLAH bagi aku kerja taam,aku tak layak,tak pandai buat kerja taam ni semoga ALLAH ajar dan pimpin aku untuk buat khidmat taam yang terbaik”..........WALLAHUA'LAM.

artikel berkaitan

Blog Widget by LinkWithin