Wednesday, September 3, 2008

Sunday, August 31, 2008

SGT MERDU...

south africa ijtima'























flower and butterfly


inilah laluan cinta




Anak ku...


Memang indah menjadi isteri yang dicintai suami. Inilah yang menjadi impian para isteri.


Tetapi indah bukan menjanjikan tenang, bahagia apatah lagi keselamatan yang kekal, anak ku.


Kerana itulah ibu berani berkata bahawa jika cinta suami gagal kau perolihi,


bukan bermakna tertutupnya pintu bahagia di dunia ini.


Apatah lagi, kebahagian yang kita burui adalah kebahagian yang kekal di Akhirat nanti. Memanglah hebat, jika suami isteri saling cinta menyintai.


Tetapi apabila berlaku tidak saperti apa yang kita mahu,


pasti ada sesuatu yang ingin diberikan oleh Allah kepada mu.


Anak ku....


Bila engkau memandang segalanya dari Allah;


yang mencipta segalanya, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sebab sakitnya hati mu, yang membuatkan keinginan mu terhalang, serta menyusah-nyusahkan hidup mu...


pasti akan damailah hati mu.


Kerana,


masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia.?


Bukan Allah tidak tahu deritanya hidup mu, pecahnya hati mu...


tapi mungkin itulah yang Dia mahu.


Kerana Dia tahu,


hati yang sebeginilah selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab dengan Nya.


Anak ku, Mungkin benar, perkahwinan ini memang bukan atas pilihanmu sendiri,


tapi bila ia telah berlaku, hakikatnya itulah pilihan yang Allah mahu untuk mu.


Ibu ayah mana yang tidak mahu melihat anaknya bahagia.


Tapi, terlalu banyak perkara berlaku diluar jangkaan kita sendiri...cuma yang mahu ibu ingatkan anak ku, perkahwinan atau suami bukanlah matlamat akhir hidup kita.


Ia hanyalah alat untuk kita merebut keampunan dan keredhaan Illahi.


Anak ku,


Sesuatu yang kita tidak mahu cintai kadang-kadang begitu dicintai oleh hati. Sebaliknya kadang-kadang kita terlalu ingin dan mahu cintakan sesuatu, tapi hati menolak.


Hal ini adalah takdir yang kita sendiri pun tidak boleh mengawal dan menentukannya, walau siapa pun kita.


Tapi ia bukan sesuatu yang perlu engkau kesalkan anak ku..


sedangkan sikap kita yang tidak mencintai Allah pun sering kita berikan maaf, walau ia satu kesalahan yang lebih besar, mengapa pula sikap suami ini begitu payah untuk kita terima?


Inilah kita anak ku.


Terlalu mudah sakit bila hak kita terabai, sedangkan bila hak Allah terbiar, hati tidak tersentuh langsung.


Anak ku, Allah sayang pada mu.


Dia mahu engkau juga sayang dan cinta padaNya.


Kerana itulah diberiNya kesusahan pada perasaan mu.


Dia mahu engkau berpaling dari cinta sementara yang amat engkau burui itu...kepada cinta mutlak yang maha agung lagi indah.


Tidakkah engkau rasa hati mu sekarang lebih lunak untuk mengingati Allah, jika dibandingkan dulu?


Bukankah ini satu nikmat anak ku?


Maka, janganlah disia-siakan peluang ini dengan sungutan dan rasa tidak redha mu...


Anak ku, Jika, dalam pada engkau tahu suami mu tidak mencintai mu tetapi engkau masih mampu memberikan khidmat terbaik padanya, mendoakannya, maka itulah bererti bahawa engkau memang bersungguh-sungguh untuk memburu cinta Illahi.


Jika tidak, derita mu itu hanyalah derita yang lahir dari nafsu tercabar.


Ia tidak ada erti apa-apa anak ku, dan tidak layak untuk mendapat simpati...


Anak ku, Suami mu itu walau dipegang sekuat-kuatnya atau dipeluk seerat-eratnya namun dia tidak akan kekal, hidupnya ada batas dan akhirnya dia akan pergi daripada mu.


Suatu masa nanti engkau akan tetap kehilangannya.


Kerana itu, selagi terbuka peluang untuk engkau merebut pahala sabar, redha dan syukur ini, rebutlah anak ku.


Dan jika sakitnya terlalu menusuk, bagaikan menghiris hati mu, datanglah pada Allah untuk mengadu dan merayu.


Katakan, bukan engkau tidak redha, tapi engkau adalah hambaNya yang terlalu lemah. Mohonlah pimpinan dan kekuatan dariNya...




jika belum Dia mahu mengangkat derita itu, maka mintalah derita itu menjadi sebab untuk engkau terus berada dalam perhatian dan kasih sayangNya.


Ingatlah juga anak ku , bahawa mungkin ini juga satu hukuman untuk mu.


Hukuman pada dosa-dosa yang tidak bersungguh-sungguh kita memohon keampunan daripadaNya.


Dengan datangnya ujian ini, moga kita akan sedar dan insaf sendiri.


Sedar yang kita hanyalah hamba yang layak dihukum apa saja olehNya.


Supaya kita datang kepadaNya, merayu-rayu meminta ampun pada kesalahan kita selama ini dan meminta ketenangan abadi yang hanya Allah sahaja boleh memberikannya.


Anak ku,....,


Doakanlah terus untuk suami mu.


Dan doakan juga untuk diri mu sendiri.


Engkau sedang melintasi satu jambatan yang pendek tapi sulit, untuk pergi ke satu mahligai yang kekal abadi dan bahagia yang hakiki.


Berbaktilah sesungguh hati padanya, yang telah Allah tentukan sebagai suami mu.


Dan hasilnya jangan kau tuntut darinya anak ku, tapi nantikanlah ia di Akhirat yang kekal abadi.

artikel berkaitan

Blog Widget by LinkWithin