Wednesday, June 17, 2009

3days khuruj masturat mei 2009 part 1



Bismillahirahmanirrahim.
Alhamdulillah,segala puja puji hanya untuk ALLAH S.W.T,KHOLIK,MALIK,ROZIQ,RAB!Semoga ALLAH S.W.T menjadikan saya dan umat seluruh alam sebagai insan yang sentiasa bersyukur dan meningkatkan kesyukuran.Thank you RAB,syukur ya ALLAH,atas begitu banyak nikmat yang telah ENGKAU berikan,anugerahkan,limpah ruahkan kepada kami.ENGKAULAH RAB RAHMAN,RAHIM….


Nikmat udara,makan,makan minum,rumah kereta,suami,isteri,anak pinak,saudara mara segala jenis nikmat keduniaan ini bukan sekadar diberikan kepada orang Islam sahaja,tapi orang-orang kafir pun dapat.Bahkan selalu kita lihat orang-orang muysrikin ini hidup lebih kaya,tampak lebih bahagia dari orang Islam sendiri….Mengapa?Selalu juga saya mendengar soalan sebegini,terluncur dari bibir-bibir insan…Dan mungkin juga,saya sendiri pernah terfikir tentang soalan yang sama… Amat penting untuk ALLAH beri saya dan umat seluruh alam sentiasa ingat dan faham bahawa nikmat yang paling besar dan tinggi nilainya di sisi ALLAH S.W.T adalah nikmat iman,nikmat berada di dalam agama Islam,tahu,kenal dan mengakui ALLAH S.W.T sebagai Rab Ahad.Syukur kerana ALLAH S.W.T tidak pilih kita sebagai Firaun laknatullah,atau Qarun,atau Haman,atau seorang yang lahir dan mati sebagai penyembah berhala,api,atau seumpamanya…..Nau’zubillahiminzalik.


Dengan iman sebesar biji sawi pun ALLAH akan balas dengan syurga 10 kali ganda besar dunia ini.TAPI seorang yang mati tanpa iman,neraka untuknya abadi-abadan,bau syurga pun tak dapat cium,melainkan dengan kasih dan rahmat ALLAH.


Terlalu ramai orang yang tak sedar,bahkan saya sendiri pun selalu alpa,akan kepentingan iman.Hari ini orang memandang duitlah yang paling penting dalam hidup.Semua orang berlumba-lumba, berusha sungguh-sungguh untuk mendapatkan duit.Semua orang,dari kanak-kanak sekolah tadika,sekolah rendah,sekolah menengah,universiti dan orang-orang tua faham bahawa duit sangat penting.Sedangkan duit bukanlah tujuan atau maksud ALLAH S.W.T menjadikan kita di dunia ini.1 orang yang mati tanpa pernah merasai duit yang banyak,atau tidak meninggalkan 1 sen pun belum tentu hina atau gagal di sisi ALLAH S.W.T malahan banyak hadith menyebutkan bahawa orang-orang miskin akan masuk syurga lebih awal dari orang kaya.Tapi orang yang banyak duit,berapa banyak pun duit yang dia ada,tapi kalau tiada IMAN….Selamanya,FOREVER AND EVER menderita diazab oleh azab ALLAH S.W.T .ALLAH S.W.T dan Rasulullah S.A.W banyak kali dah terangkan dengan jelas,dunia ini hanyalah tipu-daya,permainan yang hina…Akhirat lebih baik dan kekal..

Wahai diriku yang manakah yang lebih penting duit atau iman?Mana yang lebih penting untuk engkau risaukan?Yang mana?Wahai ALLAH,YA RAHMAN,YA RAHIM berilah kami Taufik dan hidayah,untuk kami lebih fikir risau untuk usha atas iman kami ya ALLAH!
Iman adalah suatu perkara yang perlu diushakan.Iman adalah suatu benda mahal yang menuntut pengorbanan diri,harta,masa dan perasaan bagi mendapatkannya.Iman is very,very,very,very,very,very,very,very,very,very
very,very,very,very important!

Banyak sangat syukur dengan ALLAH,ALHAMDULILLAH KATHIRA,WASUBHANALLAH HI BUKRATAU WAASILA…..Berkat pengorbanan, air mata,fikir risau dan doa ahli-ahli jemaah seluruh alam,ALLAH telah pilih saya dan beberapa orang lagi untuk keluar 3 hari masturat baru2 ini.Sebenarnya saya memang dah lama sangat tak dipilih untuk keluar dah tertinggal beberapa bulan dari nisab,last keluar ke K village tahun lepas.Kali ini dalam bulan May ALLAH S.W.T telah hantar kami ke sebuah kawasan di daerah Cheras .ALLAH S.W.T telah hantar kami ke sebuah flat kos rendah,yang memang agak sempit .Sebuah keluarga yang ALLAH kasih,ALLAH telah pilih untuk korban terima jemaah kami.MasyaALLAH.Dengan suasah payah mereka,mereka ikram kami dengan ikram yang terbaik,moga pengorbanan mereka ALLAH jadikan asbab hidayat untuk lebih banyak jemaah dipilih ke seluruh alam.

Jemaah kami kali ini,bak kata syura agak “hidayat” sedikit sebab tidak ada 1 orang pun yang sudah ada pengalaman 40 hari,paling lama pengalaman 15 hari.Menurut kata suami,walaupun kami boleh sertai jemaah lain yang sudah ada pengalaman keluar 40 hari,tetapi jemaah kami ini adalah takaza untuk bawa orang-orang baru yang telah diputuskan oleh mesyuarat ,maka kami perlu untuk taat keputusan mesyuarat. Hati saya memang berkeinginan untuk bersama jemaah yang sudah ada banyak korban dan banyak pengalaman supaya dapat lebih banyak belajar…Semenjak suami tafakut hingga ke hari bayan hidayat saya asyik berkata “macammana nak belajar kalau semua orang baru ”astghfirullahhalazim”nampak sangat betapa kritikalnya iman saya.Harap saya pada makhluk untuk ajar,bukan pada ALLAH.Kali ini ALLAH ajar saya,bahawa ALLAH lah sebaik2 PENGAJAR,nak belajar minta dan harap kepada ALLAH bukan kepada makhluk.Sewaktu bayan hidayat pun sudah ada pesan,kita minta dengan ALLAH,ALLAH akan ajar kita,ALLAH akan ajar melalui suasana,tuan rumah,rakan sejemaah,orang yang nusrah dan 1001 macam lagi cara ALLAH nak ajar kita.ALLAH HU AKBAR.Saya dapat rasakan kali ini memang banyak ALLAH ajar saya,alhamdulillah,thank you ALLAH.Mudah-mudahan akan menjadi ilmu yang bermanfaat.... sambung ke part2

3 days khuruj masturat mei 2009 PART 2

Alhamdulillah ALLAH telah mudahkan perjalanan kami.Kereta tidak ada kuasa untuk bawa kami kemana-mana,petrol tidak ada kuasa menggerakkan kenderaan,cuti,duit,tidak berkuasa untuk bawa kami keluar jalan ALLAH,semua kuasa ALLAH.

Lantaran keadaan rumah yang tidak begitu mengizinkan,mesyuarat telah memutuskan bahwa lelaki yang akan uruskan bab makan.Bagi saya inilah pengalaman pertama saya keluar masturat lelaki yang masak atau fikir tentang taam.Program pun lebih padat berbanding pengalaman yang lepas iaitu apabila masturat perlu masak.Sebelum dan selepas zohor penuh dengan program, agak singkat masa rehat siang ,pada hari pertama,saya tak dapat tidur siang langsung(sebelum ini ada juga dalam15-30 minit dapat tidur…asbab lah malam pertama tu saya tak dapat bangun tahajud,sempat solat taubat sahaja dan saya ada terdengar juga keluhan ahli jemaah lain yang tak dapat qiamulail…Lantas hari kedua saya syor pada suami minta longgar sikit program bagi masa sedikit untuk rehat,insyaALLAH untuk tidur seketika sebelum zohor. Saya juga mengakui kelemahan diri yang memang lemah iman.Dengan izin ALLAH malam kedua tu ahli jemaah senyap sahaja mungkin dapatlah mereka berqiamulail,saya pun alhamdulillah ada sikit amal malam berbanding hari pertama.

Kalau tak silap saya,hari pertama saya terdengar ahliah tuan rumah berkata bahawa dia sangat bersyukur sebab ALLAH S.W.T pilih rumah dia untuk terima jemaah.Katanya lagi,dia banyak kelemahan,dan dosa,tak tahulah bahagian mana yang ALLAH pandang sehingga menerima rumahnya untuk menerima jemaah masturat.Bila mendengar kata-kata seperti itu saya terfikir bahawa saya pun selalu ada fikir yang sama,bila ALLAH pilih,izinkan saya untuk hadir ta’lim masturat,khuruj fi sabilillah,sikit2 nusrah,saya fikir amalan saya yang manalah agaknya yang ALLAH pandang untuk pilih saya bantu sikit2 dalam urusan agama ini,sedangkan dosa2,dan kelemahan terlalu dan teramat banyaknya.Pulang dari 3 hari kali ini,saya terfikir mungkin bukan asbab amalan saya ALLAH pilih saya,mungkin asbab amalan,doa dan mujahadah orang lain yang telah menjadi asbab hidayat.Mungkin ada korban 10 sen,50 sen orang lain yang ALLAH suka,mungkin ada orang yang menderita sakit gigi,migraine,demam,senggugut,atau sakit sebelum haid (sakit pinggang,sakit kepala,sakit badan)sewaktu keluar jalan ALLAH,mungkin ada 1 orang Perancis yang terluka tangan sewaktu khidmat,mungkin ada 1 subhanallah orang Jepun yang ALLAH suka,kerinduan seorang ibu dan ayah terhadap anak-anak yang ditinggalkan,dan air mata2 orang keluar jalan ALLAH yang terus menjadi asbab hidayat seluruh alam.Ya,itu mungkin sekali,kerana yang pasti amalan dan iman saya sangat,sangat lemah.

Alhamdulillah,jemaah semua satu hati,walupun rumah nampak sempit dan sebagainya tetapi ketenangan datang dari ALLAH.Bukan dari rumah yang besar dan mewah.ALLAH juga nusrah melalui orang tempatan,ramai yang datang,nusrah lunch,dinner,biryani kambing,caru panggang,macam2 lagi masyaALLAH.ALLAH hantar orang nusrah, datang dari jiran2 (orang awam,orang-orang tua,orang bisu pun ada,jauh-jauh naik bas dari Klang pun ada)datang dari Puchong,Ulu Langat.Bukan sekadar nusrah,ALLAH hantar orang2 yang sudah banyak korban,karkuzahri,dan targhib yang jadi asbab berlinangan air mata.Kuasa ALLAH.

Belajar dari pengalaman keluar sebelum ini,bila ada rasa teringin nak makan apa-apa masa keluar,ALLAH PASTI hantar,saya memang dah ingatkan diri saya awal-awal tak mahu teringin makan apa-apa waktu keluar jalan ALLAH,saya tak mahu makanan!!!But as usual ALLAH will served me with apa2 keinginan saya yang telah lalu,mungkin 4,5, bulan dahulu ada teringin nak makan apa2 yang saya diamkan,ALLAH mesti hantar bila keluar jalan ALLAH.ALLAH HU AKBAR.Ye lah kadang2 keinginan nak makan ni pelik2 juga,teringin nak makan kuih tradisional yang “rare” hand made,still hot,yang pernah dibuat oleh seorang yang istimewa 10,15 tahun yang lalu…Mana nak cari?But ALLAH boleh hantar sesuatu yang sama,betul2 sama,atau lebih baik waktu keluar jalan ALLAH.Tapi itu bukan maksud kita keluar,even for me,takut sangat bila ALLAH hantar perkara2 seperti itu,syukur,ta’jub ada takut pun ada,sebab saya tak mahu amalan dan korban yang memang dah sikit tu ALLAH balas dengan keinginan nafsu saya ni cash di dunia.I want more than that,saya mohon maghfirah,taufik dan hidayah ya ALLAH. Yang penting ALLAH terima sikit2 korban saya ya ALLAH,tak makan pun tak apa.ALLAH sangat baik,sangat pengasih ALLAHUAKBAR. SAMBUNG PART 3

khuruj masturat 3 days mei 2009 PART 3

Masa 3 hari memang singkat untuk kenali hati budi seseorang,nak berbual panjang pun tak sempat sangat,ada program yang mesti diikuti…Mesti banyakkan dakwah,ibadah dan zikir,ta’lim taalum,dan khidmat,mesti kurangkan masa makan,masa ke tandas/masa rehat dan tidur serta keluar masuk majlis dan cakap sia-sia.Dan 4 perkara yang mesti ditinggalkan sama sekali sewaktu khuruj fi sabilillah adalah,mengharap kepada makhluk,meminta kepada makhluk,pembaziran,dan mengambil atau gunakan barang orang lain tanpa izin.
Tapi masih ada masa untuk berbual-bual pendek tanya hal-ehwal,pengalaman dan sebagainya.Saya ambil peluang untuk bertanya seorang ahli jemaah yang keluar bersama kami dengan menaiki motor,memang rasa kasihan sangat bila lihat couple ni naik motorsikal dari Sri Petaling ke Cheras waktu bertolak.Maklumlah dengan berpakain serba hitam dan serba tutup,panas pukul 12 tgh hari tu pula boleh tahan….tertanya-tanya adakah ehwal dia ti dak dimesyuaratkan dalam mesyuarat halkah. Mula-mula katanya, memang pilihan dia,dia yang nak naik motorsikal,sebab nak pergi kenduri kahwin nanti.Saya katakan, tak menjadi masalah kalau ada keperluan hendak kemana pun boleh dimesyuaratkan…Saya pun cerita sikit pengalaman saya keluar dulu sebelum ada kereta,menumpang juga kereta orang,10 hari ke Kuantan pun menumpang kereta orang.Memanglah hati ini rasa tidak berapa selesa sebab terasa menyusahkan orang lain,tapi niat dan kesungguhan kita ALLAH tahu dan alhamdulillah semua ahli jemaah yang pernah saya tumpang tu tak pernah pula terkeluar kata-kata merungut atau tak puas hati.Semoga ALLAH S.W.T membalas kebaikkan mereka.
Ahli-ahli jemaah yang lain pun duduk rapat sama-sama ambil berat dan tanya pada ahli yang khuruj bersama kami dengan bermotorsikal,yela memang rasa risau juga tentang keselesaan dan keselamatan beliau…Mereka semua menyatakan kesediaan sekiranya dia mahu menumpang kenderaan masing-masing bila-bila masa sahaja.Jawabnya lagi,tidak mengapa terima-kasih,semasa dia keluar kali ke-2 dahulu pun memang naik motorsikal sahaja ke Hulu Langat.Saya kata masyaALLAH semua korban dan susah payah awak semoga menjadi asbab hidayat seluruh alam,lebih banyak korban dan susah payah untuk agama ALLAH sudah tentulah lebih tinggi nilainya di sisi ALLAH S.W.T.
Saya teringat seorang kakak yang ada juga 3 kali rasanya pengalaman saya keluar dengan dia,orangnya sederhana sahaja tetapi hati saya selalu rasa kagum dengan dia…Bila dia muzakarah atau cakap dakwah memang terasa macam ada roh,khidmat dia pun hebat.Kakak ini pun ada karkuzahri bahwa dia biasa khuruj fi sabilillah dengan bermotorsikal sahaja,termasuklah 40 hari ke Negeri Sembilan kalau tak silap saya…SAMBUNG PART4

3 days kuruj masturat Mei 2009 PART4

Berbalik semula kepada ahli jemaah kami yang bermotorsikal tadi….cerita punya cerita,bila semua ahli jemaah melahirkan rasa risau dan ambil berat,dengan izin ALLAH dia pun terceritalah bahawa sebenarnya dia pernah terdengar dari mulut seorang ahli jemaah….kalau ada orang lain yang menumpang kereta mereka,rasa tak selesa…banyak perkara yang tak boleh buat dan terbatas.Contohnya tidak boleh bersuara,kerana suara aurat…meaning, memang tak boleh berbual langsunglah even dengan suami,kalau nak berkomunikasi pun menggunakan nota atau semasa lelaki ajnabi tidak dapat mendengar.
“Ooooohhh,patutlah,”kata hati saya,orang perempuan ni memang sensitif,sekali terasa selamanya akan dikenang.Saya berpesan kepada diri saya sendiri dan berdoa semoga ALLAH S.W.T menghindarkan saya dari perkataan-perkataan yang boleh menyentuh rasa atau melukakan orang lain.Jiwa seorang mu’min itu lebih mulia dari Baitullah.Kepada anda yang ALLAH pilih untuk membaca tulisan saya yang serba kurang ini,marilah kita saling ingat-mengingati.
Bila dia berkata begitu saya membalas…memanglah kalau nak diikut nafsu memang terasa boring sedikit,tapi sebenarnya lebih baik bila ada orang menumpang…Kita tidaklah banyak bercakap sia-sia dengan suami kita,(walaupun ada pendapat mengatakan bahawa perbualan dengan suami ,menghiburkan dia,buatkan dia gembira dan tertawa adalah ibadah,tetapi sewaktu keluar jalan ALLAH sebaiknya kita lebih fokus dan serius,bukannya selalu pun) masa sepanjang perjalanan boleh digunakan dengan zikrullah dan doa kepada ALLAH S.W.T,doa semasa musafir adalah antara doa yang ALLAH akan lebih mudah maqbulkan..Wallahua’lam saya pun tak pandai sangat..cakap apa yang mampu sahaja.Semoga ALLAH ajar saya lagi dan lagi,hambaMU ini tak pandai ya ALLAH….
Bayan…banyak perkara yang dibayankan,tetapi ada beberapa perkara yang menyentuh perasaan dan masih utuh dalam ingatan saya.Antaranya kisah para isteri yang menjadi sayap perjuangan.Menjadi sayap perjuangan beerti sama-sama ambil kerja,fikir-risau,tangis,doa,amal,bantu kerja-kerja agama suami.Tidak sama dengan hanya menggalakkan dan merelakan mereka keluar buat kerja and that’s it. Boleh ke faham?Semoga ALLAH beri kefahaman…Bagi isteri yang sama-sama ambil kerja ALLAH S.W.T akan masukkan mereka 1000 tahun lebih awal dari suami mereka.Manakala bagi isteri yang hanya sekadar memberi galakkan ALLAH S.W.T akan masukkan mereka 500 tahun lebih awal ke dalam syurga….500 tahun pun ok lah eh?Jangan silap puan-puan,di akhirat nanti perbezaan 1 subhanallah sahaja akan buat kita termenung menyesal tak sudah.1000 tahun ALLAH S.W.T bagi kita shopping,facial,make up sakan di syurga sehingga apabila ALLAH S.W.T temukan kita dengan suami kita untuk pertama kalinya setelah 1000 tahun di syurga,maka dikatakan suami akan bersujud di hadapan isteri.Isteri akan berkata “abang,bangun,kenapa abang sujud menyembah saya?Ini saya isteri abang…”Dan suami akan menjawab….
“Cahaya ataupun nur dari diri kamu itu sangat memancar sehinggakan aku menyangka bahawa itu adalah nur ALLAH!” MasyaALLAH ibu-ibu.Pasti ALLAH S.W.T tidak akan sia-siakan semua korban dan susah payah kita untuk agama ALLAH.Kita doalah semoga ALLAH S.W.T terima korban kita yang sangat sedikit……
Satu lagi antara isi bayan yang segar dalam ingatan sehingga ke hari ini (19.06.2009)adalah kisah Muadz Bin Jabbal r.hu ketika beliau diperintah Rasulullah s.a.w membuat kerja dakwah ke Yaman...Disaat Muadz bin Jabbal r.hu hendak pergi meninggalkan baginda Rasulullah s.a.w,Muadz r.hu telah menoleh untuk memandang Rasulullah s.a.w sebanyak 3 kali.Muadz bin Jabbal r.hu adalah seorang sahabat yang begitu mencintai Rasulullah s.a.w,diberitakan jika sehari beliau tidak memandang wajah Rasulullah s.a.w maka jiwanya akan tersiksa.Tidaklah dapat dibayangkan betapa beratnya Muadz bin Jabbal menerima perintah Nabi s.a.w untuk pergi jauh dari baginda s.a.w...Dikisahkan bahawa sekiranya Muadz bin Jabbal r.hu memandang Rasulullah s.a.w untuk kali ke-4 nescaya Muadz bin Jabbal pasti akan pengsan kerana tidak dapat menahan beratnya perasaan untuk meninggalkan orang yang sangat dicintai....Pembayan juga turut menyebut kata-kata Muadz bin Jabbal r.hu pada saaat-saat perpisahan itu...


"Aku mempunyai kehendak,Rasulullah s.a.w juga mempunyai kehendak,demi cintaku kepda Rasulullah s.a.w,aku campak kehendakku dan ku peluk kehendak Rasulullah s.a.w"

Bagi orang yang biasa bercinta dan merindu,atau pernah dan masih terpisah dengan orang yang dicintai pastilah serba sedikit dapat merasai tanggungan perasaan Muadz bin Jabbal r.hu itu. ...

artikel berkaitan

Blog Widget by LinkWithin