Masa 3 hari memang singkat untuk kenali hati budi seseorang,nak berbual panjang pun tak sempat sangat,ada program yang mesti diikuti…Mesti banyakkan dakwah,ibadah dan zikir,ta’lim taalum,dan khidmat,mesti kurangkan masa makan,masa ke tandas/masa rehat dan tidur serta keluar masuk majlis dan cakap sia-sia.Dan 4 perkara yang mesti ditinggalkan sama sekali sewaktu khuruj fi sabilillah adalah,mengharap kepada makhluk,meminta kepada makhluk,pembaziran,dan mengambil atau gunakan barang orang lain tanpa izin.
Tapi masih ada masa untuk berbual-bual pendek tanya hal-ehwal,pengalaman dan sebagainya.Saya ambil peluang untuk bertanya seorang ahli jemaah yang keluar bersama kami dengan menaiki motor,memang rasa kasihan sangat bila lihat couple ni naik motorsikal dari Sri Petaling ke Cheras waktu bertolak.Maklumlah dengan berpakain serba hitam dan serba tutup,panas pukul 12 tgh hari tu pula boleh tahan….tertanya-tanya adakah ehwal dia ti dak dimesyuaratkan dalam mesyuarat halkah. Mula-mula katanya, memang pilihan dia,dia yang nak naik motorsikal,sebab nak pergi kenduri kahwin nanti.Saya katakan, tak menjadi masalah kalau ada keperluan hendak kemana pun boleh dimesyuaratkan…Saya pun cerita sikit pengalaman saya keluar dulu sebelum ada kereta,menumpang juga kereta orang,10 hari ke Kuantan pun menumpang kereta orang.Memanglah hati ini rasa tidak berapa selesa sebab terasa menyusahkan orang lain,tapi niat dan kesungguhan kita ALLAH tahu dan alhamdulillah semua ahli jemaah yang pernah saya tumpang tu tak pernah pula terkeluar kata-kata merungut atau tak puas hati.Semoga ALLAH S.W.T membalas kebaikkan mereka.
Ahli-ahli jemaah yang lain pun duduk rapat sama-sama ambil berat dan tanya pada ahli yang khuruj bersama kami dengan bermotorsikal,yela memang rasa risau juga tentang keselesaan dan keselamatan beliau…Mereka semua menyatakan kesediaan sekiranya dia mahu menumpang kenderaan masing-masing bila-bila masa sahaja.Jawabnya lagi,tidak mengapa terima-kasih,semasa dia keluar kali ke-2 dahulu pun memang naik motorsikal sahaja ke Hulu Langat.Saya kata masyaALLAH semua korban dan susah payah awak semoga menjadi asbab hidayat seluruh alam,lebih banyak korban dan susah payah untuk agama ALLAH sudah tentulah lebih tinggi nilainya di sisi ALLAH S.W.T.
Saya teringat seorang kakak yang ada juga 3 kali rasanya pengalaman saya keluar dengan dia,orangnya sederhana sahaja tetapi hati saya selalu rasa kagum dengan dia…Bila dia muzakarah atau cakap dakwah memang terasa macam ada roh,khidmat dia pun hebat.Kakak ini pun ada karkuzahri bahwa dia biasa khuruj fi sabilillah dengan bermotorsikal sahaja,termasuklah 40 hari ke Negeri Sembilan kalau tak silap saya…SAMBUNG PART4
1 comment:
Masya Allah ....
Lebih banyak korban yang kita buat, lebih lagi kefahaman yang kita dapat, Insya-Allah :)
Post a Comment