Thursday, March 11, 2010

Sedikit tentang baginda s.a.w....


........hidung baginda s.a.w yang mulia,mancung dan bersinar-sinar,
sinarannya.....seringkali menimbulkan sangkaan bagi orang yang tidak memerhatikannya dengan teliti,mereka akan berkata bahawa hidung Rasululullah s.a.w terangkat.

....Janggut baginda s.a.w penuh barakah dan tebal...sepasang mata baginda s.a.w besar,cantik dan hitam.

.....apabila baginda s.a.w berjalan ,terangkat kakinya dari tanah dengan jalan yang cergas dan kuat,namun demikian langkah baginda tenang bersahaja.perjalanannya teratur tetapi langkah baginda s.a.w sopan dan segera.Apabila baginda s.a.w berjalan kelihatannya seperti Rasulullah s.a.w sedang menuruni tangga.

Rasulullah s.a.w sentiasa berada di dalam kesedihan yang berpanjangan,sentiasa berfikir dan tidak mempunyai kerehatan.Tidak bercakap melainkan perlu,baginda s.a.w selalu diam berpanjangan....
Baginda selalu memulakan dan menyudahkan percakapan dengan menutup mulut sepenuhnya.
Baginda s.a.w bercakap dengan kalimah-kalimah yang ringkas,tetapi mempunyai makna adan hikmah yang mendalam....
Perbicaraanya jelas tanpa berlebihan mahupun berkurangan.Budi bahasa baginda s.a.w lembut,tidak rakus mahupun menghinakan...SENTIASA MEMBESAR-BESARKAN NIKMAT WALAUPUN SEDIKIT.

......TIDAK BERTINDAK DISEBABKAN KEMARAHAN,tetapi jika kebenaran dicabar baginda s.a.w akan menjadi teramat marah sehingga tiada seorangpun yang dapat mengawal kemarahan baginda s.a.w
.....Jika baginda s.a.w menunjuk ke arah sesuatu baginda akan menunjuk dengan seluruh tapak tangannya.

......Apabila baginda s.a.w marah,baginda akan berpaling secara keseluruhannya dari kemarahan tersebut ataupun dari punca yang menyebabkan kemarahan itu.
Apabila baginda s.a.w bergembira......Baginda s.a.w akan selalu tersenyum.Senyuman baginda s.a.w seumpama embun dingin di waktu pagi.
......Baginda s.a.w selalu menggembirakan manusia,merendahkan diri,memuliakan orang tua dan mengasihi kanak-kanak.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang maksudnya "Apabila kamu bertemu dengan orang yang di dalam keperluan,maka hendaklah kamu membantu atau memimpinnya....

Quote from hadith yang telah diriwayatkan oleh At Tirmidzi di dalam syamailnya daripada Hassan bin Ali r.huma.Diriwayatkan oleh Al-Baihaqi di dalam kitan Ad-Dalail daripada Al-Hakim dengan isnad daripada Al-Hassan.Hafiz Ibnu Katsir dalam kitabnya AL-Bidayah.

we miss u so much ya Rasulullah.....

PASIR BERTUKAR MENJADI BERAS

Cerita ini saya dengar sewaktu khuruj 3 hari baru2 ini....

Salah seorang ahli jemaah,adalah orang Thailand yang telah mendapat taraf penduduk tetap Malaysia....Beliau mendengar cerita/karkuzahri ini dari ahliah yang yang mengalami peristiwa berikut yang akan cuba saya nukilkan dengan izin ALLAH S.W.T

Dengan izin ALLAH S.W.T masturat ini telah ditinggalkan oleh suaminya untuk kerja agama selama 4 bulan.Suaminya membekalkan duit bernilai lebih kurang RM40,untuk bekalan isteri dan anak-anaknya seramai 6 orang.Bayangkan......

Menurut cerita yang saya dengar,setelah 2 bulan,masturat itu telah kehabisan semua barang keperluan,yang tinggal hanyalah air untuk diminum.Sehinggalah pada suatu malam,beliau telah mendengar 1 suara datang dari langit.Katanya suara itu begitu kuat sehingga seperti hampir memecahkan gegendang telinga,dan bergema ke seluruh nadinya.Suara dari langit itu telah memberikannya arahan untuk pergi ke suatu tempat.

Sewaktu dia membuka pintu,beliau mendapati di depan rumahnya kedapatan berpuluh-puluh ekor anak kucing.Bulan purnama kelihatan begitu hampir,seperti boleh disentuh,tetapi bila hendak disentuh tak dapat.Cahaya bulan tersebut menyinari seluruh perjalanannya ke tempat yang diarahkan.

Dipendekkan cerita setelah masturat tersebut sampai ke suatu tempat yang diarahkan,suara dari langit itu menyuruh dia menggali tanah.Masturat itu berkata di dalam hati; “nak gali dengan apa?Takkan nak gali dengan tangan je?”Suara itu seperti mendengar kata hati masturat itu berkata dari langit (or from no where ALLAH knows better) “Kami suruh kamu gali,taat sahaja”....Lantas masturat tersebut pun taat.Dengan izin ALLAH,menurut cerita masturat tersebut,mudah sahaja dia menggali tanah yang pada pandangan akal biasa,memanglah keras....takkan boleh gali dengan menggunakan tangan biasa je....Tapi makhluk mana ada kuasa kan.....ALLAH KUASA.

Gali punya gali.....dengan izin ALLAH S.W.T masturat itu telah menemui 1 bekas besi berpenutup.Setelah mengeluarkan bekas besi itu,suara yang memandunya dari tadi berkata lagi “Jangan buka penutup sehingga 7 hari”.....sehabis sahaja suara itu memberikan arahan terakhir,purnama yang tadinya menerangi sekitar terus lenyap,dan suasana bertukar menjadi gelap gelita....Masturat itu terus memecut lari pulang ke rumahnya....

Dengan izin ALLAH,..menjelang hari ke7 setelah peristiwa malam itu,masturat tersebut terasa lapar sangat...Lapar nasi.Dia teringat akan bekas telah disimpannya selama 7 hari itu.Dengan lafaz basmalah dia membukanya...

Apabila dibuka akan bekas itu...dia mendapati ada satu bungkusan kain...Di dalam bungkusan kain itu,dia mendapati ada pasir...

Dia memeriksa jika ada apa-apa lagi di dalam bekas tadi....Dia mendapati ada 8 keping duit dengan nilai RM5...

Dia menggunakan nilai rm30 dari duit itu untuk membeli keperluan harian dan menyelesaikan keperluan yuran dan persekolahan anak-anaknya.Kalau ikut logik akal,jumlah duit sebanyak itu memang tak cukup,tapi dengan izin ALLAH,dia dapat berbelanja lebih dari yang sepatutnya.BERKAT.

Usai menyempurnakan semua keperluan yang dirasakan patut,dia masih ingin tahu apakah rahsia si sebalik pasir di dalam bungkusan...Apabila di membuka kembali bungkusan tersebut...pasir telah bertukar menjadi beras...Menurut cerita yang saya dengar,beras itu tidak pernah habis sehingga kini,no matter how many time or how much she used it.....ALLAHHU AKBAR

cintan cintun...




CINTA yang AGUNG, adalah ketika kamu menitiskan air mata dan MASIH peduli terhadapnya, adalah ketika dia tidak mempedulikanmu dan kamu MASIH menunggunya dengan setia, adalah ketika dia mulai mencintai orang lain dan kamu MASIH bisa tersenyum seraya berkata ‘Aku turut berbahagia untukmu’.Apabila cinta tidak berhasil…BEBASKANLAH dirimu…biarkan hatimu kembali melebarkan sayapnya dan terbang ke alam bebas. Ingatlah… bahawa kamu mungkin menemui cinta dan kehilangannya tapi ketika cinta itu mati, kamu TIDAK perlu mati bersamanya.



Penguin





Kenapa kita menutup mata ketika kita tidur?,ketika kita menangis?,ketika kita membayangkan sesuatu?.Itu kerana hal terindah di dunia ini TIDAK TERLIHAT.Ada hal-hal yang tidak ingin kita lepaskan.Orang-orang yang tidak ingin kita tinggalkan… Tapi ingatlah…melepaskan BUKAN akhir sebuah dunia, melainkan awal suatu kehidupan yang baru. Kebahagiaan ada untuk mereka yang menangis, mereka yang disakiti, mereka yang telah mencari…dan mereka yang telah mencuba. Kerana MEREKALAH yangboleh menghargai betapa pentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan mereka…




Friends!




Orang yang kuat BUKAN mereka yang selalu menang, MELAINKAN mereka yang tetap tegar ketika mereka jatuh. Entah bagaimana dalam perjalanan kehidupan, kamu belajar tentang dirimu sendiri dan menyedari bahawa penyesalan tidak seharusnya ada. HANYALAH penghargaan abadi atas pilihan-pilihan kehidupan yang telah kau buat.

Greatest Challenge


TEMAN SEJATI… mengerti ketika kamu berkata ‘aku lupa..’, menunggu selamanya ketika kamu berkata ‘tunggu sebentar’. Tetap tinggal ketika kamu berkata ‘tinggalkan aku sendiri’. Membuka pintu meski kamu BELUM menutup dan berkata ‘bolehkah saya masuk?’.




Life's Too Short










MENCINTAI… BUKANlah bagaimana kamu melupakan, melainkan bagaimana kamu MEMAAFKAN. BUKANlah bagaimana kamu mendengarkan, melainkan bagaimana kamu MENGERTI. BUKANlah apa yang kamu lihat, melainkan apa yang kamu RASAKAN. BUKANlah bagaimana kamu bagaimana kamu BERTAHAN. Lebih bahaya mencucurkan air mata dalam hati, dibandingkan menangis tersedu-sedu.melepaskan, melainkan Air mata yang keluar dapat dihapus, sementara air mata yang tersembunyi menggoreskan luka yang tidak akan pernah hilang.









Dalam urusan cinta, kita SANGAT JARANG menang.. Tapi ketika CINTA itu TULUS, meskipun kalah, kamu TETAP MENANG hanya kerana kamu berbahagia dapat mencintai seseorang…LEBIH dari kamu mencintai dirimu sendiri.Akan tiba saatnya dimana kamu harus berhenti mencintai seseorang BUKAN karena orang itu berhenti mencintai kita, MELAINKAN karena kita menyadari bahwa orang itu akan lebih berbahagia apabila kita melepaskannya.

Apabila kamu benar-benar mencintai seseorang, jangan lepaskan dia, jangan percaya bahwa melepaskan SELALU bererti kamu benar-benar mencintai.MELAINKAN… BERJUANGLAH demi cintamu. Itulah CINTA SEJATI. Lebih baik menunggu orang yang kamu inginkan DARIPADA berjalan bersama orang ‘yang tersedia’. Kadang kala, orang yang kamu cintai adalah orang yang PALING menyakiti hatimu dan kadang kala, teman yang menangis bersamamu adalah cinta yang tidak kamu sadari.



Things Fall Apart




dipetik dari: facebook sawaluddin.

artikel berkaitan

Blog Widget by LinkWithin