Thursday, March 11, 2010

Sedikit tentang baginda s.a.w....


........hidung baginda s.a.w yang mulia,mancung dan bersinar-sinar,
sinarannya.....seringkali menimbulkan sangkaan bagi orang yang tidak memerhatikannya dengan teliti,mereka akan berkata bahawa hidung Rasululullah s.a.w terangkat.

....Janggut baginda s.a.w penuh barakah dan tebal...sepasang mata baginda s.a.w besar,cantik dan hitam.

.....apabila baginda s.a.w berjalan ,terangkat kakinya dari tanah dengan jalan yang cergas dan kuat,namun demikian langkah baginda tenang bersahaja.perjalanannya teratur tetapi langkah baginda s.a.w sopan dan segera.Apabila baginda s.a.w berjalan kelihatannya seperti Rasulullah s.a.w sedang menuruni tangga.

Rasulullah s.a.w sentiasa berada di dalam kesedihan yang berpanjangan,sentiasa berfikir dan tidak mempunyai kerehatan.Tidak bercakap melainkan perlu,baginda s.a.w selalu diam berpanjangan....
Baginda selalu memulakan dan menyudahkan percakapan dengan menutup mulut sepenuhnya.
Baginda s.a.w bercakap dengan kalimah-kalimah yang ringkas,tetapi mempunyai makna adan hikmah yang mendalam....
Perbicaraanya jelas tanpa berlebihan mahupun berkurangan.Budi bahasa baginda s.a.w lembut,tidak rakus mahupun menghinakan...SENTIASA MEMBESAR-BESARKAN NIKMAT WALAUPUN SEDIKIT.

......TIDAK BERTINDAK DISEBABKAN KEMARAHAN,tetapi jika kebenaran dicabar baginda s.a.w akan menjadi teramat marah sehingga tiada seorangpun yang dapat mengawal kemarahan baginda s.a.w
.....Jika baginda s.a.w menunjuk ke arah sesuatu baginda akan menunjuk dengan seluruh tapak tangannya.

......Apabila baginda s.a.w marah,baginda akan berpaling secara keseluruhannya dari kemarahan tersebut ataupun dari punca yang menyebabkan kemarahan itu.
Apabila baginda s.a.w bergembira......Baginda s.a.w akan selalu tersenyum.Senyuman baginda s.a.w seumpama embun dingin di waktu pagi.
......Baginda s.a.w selalu menggembirakan manusia,merendahkan diri,memuliakan orang tua dan mengasihi kanak-kanak.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang maksudnya "Apabila kamu bertemu dengan orang yang di dalam keperluan,maka hendaklah kamu membantu atau memimpinnya....

Quote from hadith yang telah diriwayatkan oleh At Tirmidzi di dalam syamailnya daripada Hassan bin Ali r.huma.Diriwayatkan oleh Al-Baihaqi di dalam kitan Ad-Dalail daripada Al-Hakim dengan isnad daripada Al-Hassan.Hafiz Ibnu Katsir dalam kitabnya AL-Bidayah.

we miss u so much ya Rasulullah.....

No comments:

artikel berkaitan

Blog Widget by LinkWithin