Sememangnya tidak dinafikan isteri2 Rasulullah,ummulmu'minin r.hunna adalah juga wanita yang mempunyai rasa kecemburuan seperti wanita2 lain.Cemburu memang ada,tetapi mereka tidak pernah sampai mengikutkan nafsu mazmumah sehingga memburukkan sesama madu,mengadu domba,mengabaikan hak dan seumpamanya.Berikut saya sertakan beberapa petikan kisah hubungan sesama madu ummulmu'minin r.hunna.
(1)....Hazrat Zainab r.ha berasa begitu bangga dengan penurunan surah al-Ahzab ayat 37 yang menceritakan pernikahannya dengan Rasulullah s.a.w di langit.Sebab itulah kadang2 timbul semacam persaingan antara Aisyah r.ha yang berbangga menjadi isteri yang paling disayangi oleh Rasulullah s.a.w sementara Hazrat Zainah r.ha berbangga dengan pernikahan beliau yang berlangsung di langit.
Namun demikian,semasa Rasulullah s.a.w menanyakan pendapat beberapa orang tentang hazrat Aisyah r.ha yang telah difitnah pada ketika itu,Hazrat Zainab r.ha yang juga turut ditanya pada ketika itu telah menjawab "Saya tidak mengetahui sesuatu selain kebaikkan dalam diri Aisyah r,ha.".
Beginilah sikap orang yang benar2 taqwa kepada ALLAH S.W.T.Sekiranya tidak kerana taqwa,inilah peluang baik untuk memfitnah tau memburukkan madunya di hadapan suami tambahan pula madunya itu adalah isteri kesayangan suaminya.Namun dengan tegas hazrat Zainab r.ha telah membela dan memuji madunya.
(2)Ketika Rasulullah s.a.w menyatakan hasrat untuk menikahi Ummu Salamah r.ha menyatakan bahawa beliau mempunyai beberapa orang anak dan beliau bersifat terlalu cemburu serta beliau tidak mempunyai seorang wali pun di Madinah.Rasulullah s.a.w telah menjawab "ALLAH s.w.t ialah penjaga untuk anak2mu dan InsyaALLAH cemburu itu akan hilang sedikit demi sedikit,dan tidak ada seorang walipun yang tidak menyukai pernikahan kita ini".
Hazrat Ummu Salamah r.ha pernah menyuarakan rasa tidak puas hatinya yang merasakan Rasulullah telah melebihkan layanan terhadap Aisyah r.ha.Akan tetapi kemudian Rasulullah s.a.w telah menjawab ""Jangan melukakan saya dengan menyentuh soal Aisyah.Sesungguhnya wahyu turun ketika kau bersama dengannya dan tidak pernah ketika bersama dengan kalian yang lain."
(3)Hazrat Aisyah r.ha berkata bahwa Hazrat Ummu Salamah r.ha masyhur dengan kecantikkannya.Apabila beliau telah dinikahi Rasulullah s.a.w,saya telah mencari akal untuk melihat beliau secara bersembunyi.Saya mendapati bahawa beliau adalah lebih cantik dari apa yang saya dengar".Kemudian Sayidatina Aisyah memberitahu Hazrat Hafsah r.ha apa yang telah dilihantnya.Untuk mengambil hati Aisyah r.ha,Hafsah r.ha telah berkata "Tidak...beliau tidak secantik sebagaimana yang dikatakan".
(4)Hazrat Aisyah r.ha berkata tentang madunya hazrat Maimunah r.ha..."Maimunah r.ha ialah seorang yang paling bertaqwa dan amat mementingkan sillatarrahim antara kami".
Diriwayatkan oleh Yazid bin Asam r.hu bahwa Hazrat Maimunah r.ha adalah seorang yang sentiasa sibuk bersolat atau membuat kerja rumah.Sekiranya beliau telah selesai dengan kedua2 kerja itu beliau kan sentiasa bersugi.
(5)Apabila ssat kematian hazrat Ummu Habibah r.ha hampir tiba,beliau telah memanggil hazrat Aisyah r.ha dan berkata :"Hubungan antara kita ialah hubungan sesama madu.Biasanya berlaku sedikit sebanyak perkara yang tidak menyenangkan antara sesama madu.Semoga ALLAH S.W.T memaafkan saya dan kamu."Hazrat Aisyah r.ha berkata "semoga ALLAH S.W.T mengampuni dan memaafkan kamu juga."
Hazrat Ummu Habibah r.ha berkata lagi "Pada saat ini kamu telah membuatkan saya sangat gembira.Semoga ALLAH S.W.T meletakkan kamu di dalam kegembiraan".Selepas itu beliau juga telah menghantar orang kepada Ummu Salamah r.ha untuk meminta maaf.{Tobaqat}
*Keadaan yang bisa berlaku antara madu2 ialah mereka tidak mahupun melihat wajah antara satu sama lain.Namun begitu isteri2 Rasulullah s.a.w sangat mengambil berat terhadap masalah muamalah dan berusha supaya masalah ini selesai di dunia sahaja dan tidak tertanggung di akhirat kelak.
Ummahatul mu'minin adalah antara contoh terbaik untuk kita ikuti untuk menjadi isteri solehah.Janganlah pula sedikit salah faham yang berasal dari niat untuk memburukkan Islam dijadikan alasan untuk menegakkan sangkaan nagetif diri.
Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment