Wednesday, October 29, 2008

K Village...,karkuzahri khuruj masturat 3 hari oktober.

Bismillahirahmanirrahim.
Segala puja-pujian hanya untuk ALLAH yang MAHA AZIM,HAKIM,RAHMAN,JALIL,KARIM,SEMPURNA,HEBAT SEGALANYA...
Alhamdulillah,syukur,teramat syukur kepada ALLAH atas begitu banyak nikmat,nikmat kehidupan,nikmat iman dan agama Islam.

Kesyukuran yang tidak terhingga,apabila ALLAH s.w.t pilih lagi untuk keluar khuruj fi sabilillah masturat walau hanya untuk 3 hari.3 hari kali ini terasa begitu indah namun singkat sekali.
Ada ramai lagi manusia yang mempunyai kemudahan,harta,kesihatan dan masa,tapi jika ALLAH tidak pilih mereka dengan rahmat dan kasih-sayangNYA,segala harta,keluarga,masa dan nikmat2 ALLAH itu mungkin hanya akan mendatangkan penyesalan dan kerugian yang nyata.Apabila ALLAH S.W.T telah pilih diri yang lemah hina dan banyak dosa untuk korban sikit,tenaga,harta dan masa untuk agama,masyaALLAH banyak sgt syukur tak terhingga...
Manusia merancang,ALLAH tentukan,ALLAH buat keputusan....asal mesyuarat,sepatutnya kami keluar ke hulu langat,tapi lepas bayan hidayat ALLAH hantar kami ke Selayang..
Sepanjang perjalanan, saya banyak juga doa,minta supaya ALLAH ajar dan tarbiah banyak2...supaya saya dapat menggunakan masa yang sgt singkat sewaktu khuruj dengan sebaik2nya..

Dalam hati,saya tidaklah meminta rumah yang selesa,minta apa yang terbaik pada rahmat dan pengetahuan ALLAH,saya teringat kata2 ahliah Dr Zubir sewaktu kami khuruj 10 hari,biasanya bila kita dapat rumah yang zuhud,kesan amalan kita akan lebih baik.Tapi ALLAH beri kami tempat yang sangat besar dan selesa,dengan nusrah yang sangat baik,masyaALLAH.ALLAH ikram seorang ahli jemaah kami yang pertama kali keluar,baru berkeluarga dan sedang sarat mengandung...kasihan kami melihat dia,sewaktu sampai,mungkin menahan kesakitan asbab jalan untuk sampai agak teruk,berlubang dan berlekuk2...merah padam muka dia mungkin sebab tak biasa pakai purdah masyaALLAH,tapi ALLAH pilih dia....Semua kepayahan dan susah payah yang ditanggungnya sebagai ibu yang sedang hanya menunggu hari untuk melahirkan ALLAH S.W.T pasti balas dengan ganjaran yang sangat besar.Alhamdulillah,walaupun dia paling muda dan baru,nampaknya tidak ada masalah yang timbul...ALLAH mudahkan untuk dia,makan pun dia berselera sahaja.Cuma dia tidur berasing,seorang di dalam bilik di atas katil,dia tak mahu kami temankan...tak kisahlah yang penting dia selesa.Jemaah pun ikram dia,tak ambil sebarang khidmat dan program.Semalam husband dia sms,dah selamat melahirkan seorang puteri,insyaALLAH bakal mujahidah berpewatakan sahabiah.

Tempat kami keluar tu,suami kata mereka panggil "K Village" atau kampung karkun.Mereka beli sebidang tanah than pecah tanah lot,pakat2 dalam 10 orang keluarga karkun buat rumah dalam tanah tu...Fikir alami...ALLAH mudahkan.Bila suami keluar antara ahliah senang buat perhubungan dan tanya khabar,nak nusrah jemaah pun takde masalah sebab rumah sebelah menyebelah je.Semasa kami keluar tu...biasalah semua berebut nak nusrah,so relaxla orang yang khidmat tak perlu masak.Bukan itu sahaja...ahliah2 mereka ni pakar dalam berbagai2 jenis masakan dan kerja tangan,mereka nusrah kami dengan roti,creme puff,blueberrry rolls,roti canai,bakso,chocolate cake,cup cake,dadih,ice -creme,pasta,semua mereka buat sendiri! Hebat ikram orang seri temenggung ni! Jazakallah.


Pasal makan ni memang malu sgt dengan ALLAH...Dari pengalaman pertama keluar masturat,teringin nak makan apa sahaja ALLAH hantar...Macam kat syurga pula.Asbab tu,masa keluar kali ke dua saya azam tak mahu teringin nak makan apa2,tapi ALLAH hantar makanan2 yang saya pernah teringin nak makan sebelum itu.Ada yang memang dah lama teringin nak makan tapi tak dapat ALLAH bagi masa keluar masturat.Bila setiap kali kelaur macam tu,tak tahu kenapa hati saya rasa sedih juga...sebab saya tak mahu makanan,banyak lagi saya nak minta.Dan...malu sgt ALLAH layan baik sgt,even saya ni memang banyak dosa.

Tempat kami keluar kai ini, mereka panggil Seri Temenggung,dalam kawasan yang sama juga mereka ada mendirikan madrasah,untuk putera dan puteri,belajar alim dan hafiz.Pelajar2 alimah pun selalu dtg tolong khidmat basuh pinggan..alamat kami jemaah kuranglah pahala khidmat!

Alhamdulillah banyak juga saya belajar khuruj kali ini,belajar dengan orang2 yang dah banyak korban untuk agama.Bayan dari amir saf kami pun,beri kesan yang mendalam kepada saya.Saya yang memang kuat menangis ni...menangis je la kerjanya masa bayan..Cikgu Yusof..banyak cerita tentang kehidupan dan pengorbanan para sahabiyah terutamanya Sayidatina Khadijah r.ha.Cikgu Yusof tekankan bagaimana cara ALLAH S.W.T tingkatkan kedudukan seorang muslimah,bukan dengan kecantikkan dan harta.Tetapi dengan korban untuk agama,wanita2 unggul dalam pandangan ALLAH hidup dengan sangat sederhana mencuci pakaian,memasak makanan,menguruskan rumah tangga dengan tangan mereka sendiri,bukan dengan khadam,atau mesin,bukan dengan pakaian mahal dan perhiasan gemerlapan meskipun mereka itu Puteri Rasulullah s.a.w,atau isteri amirilmukminin.

Pengalaman saya keluar masturat hanyalah baru beberapa hari...tapi apa yang ALLAH beri saya faham.lebih tinggi korban dan susah payah dalam kehidupan seseorang itu,lebih hebat kesan dakwah dan bayan mereka....

boleh jadi kita ada azam untuk buat banyak amal.dakwah dan khidmat,tapi tak semestinya kita boleh buat,dan memang ada orang yang boleh buat...BOLEH, tidak berkata2 melainkan yang keluar dari mulutnya cakap dakwah SAHAJA,saya pernah jumpa ahliah ni....tapi bila dengar karkuzahri korban agamanya ,MASYAALLAH!BOLEH untuk banyak2 khidmat,ALLAH akan bagi peluang sahaja kita untuk khidmat,kena doalah,dan ALLAH juga BOLEH untuk tidak pilih kita untuk khidmat...ALLAH boleh ajar kita perbaiki,iman amal dan akhlak semasa khuruj fi sabilillah,dan ALLAH juga boleh buat untuk kita tak dapat apa2!

Semoga ALLAH tambah dan tambah lagi nikmat untuk usha lebih dalam kerja agama.ALLAH langsung tak perlu pada usha kita ni,ALLAH pilih kerana DIA KASIH.Semoga ALLAH jadikan saya hamba yang bersyukur,jadi asbab hidayat seluruh alam.

1 comment:

syahrulnizam said...

Assalammualaikum wrt wbt ...

Doakan Allah beri kemudahan untuk saya tinggalkan anak-anak. Saya azam keluar masturat hujung bulan ini. Semoga pengorbanan saya yang sedikit ini jadi asbab hidayat tersebar seluruh alam.

Ummu Ammar
Kuching, Sarawak

artikel berkaitan

Blog Widget by LinkWithin