Thursday, March 24, 2011

TERIMA JEMAAH TRANSIT KE INDIA

Bismillahirahmanirrahim.
Segala puja puji bagi ALLAH pentadbir sekelian alam.
Selawat dan salam untuk Rasulullah s.a.w,keluarga dan para sahabat r.hum yang suci mulia.

Asbab khuruj yang lepas,asbab beberapa karkuzahri dari beberapa orang tentang kepentingan menyediakan rumah untuk khuruj masturat,saya telah berazam untuk menerima jemaah ke rumah kami.Sebelum itu,saya memang rasa tak sedia nak terimaa jemaah sebab keadaan rumah yang kecil dan kurang selesa.Kalau nak terima jemaah pun...maksima 6 couple,tidur sempit skit.

Alhamdulillah ALLAH menerima azam kami yang lemah,rumah kami dipilih untuk terima jemaah yang sedang menunggu untuk khuruj 40 hari ke India...
Nak ikutkan sebenarnya badan saya tak berapa sihat,dan macam tak berapa sedia nak terima jemaah,memandangkan suami saya bersemangat sangat,saya mulakan persiapan setermampu dengan niat mentaati suami.
Alhamdulillah semua berjalan lancar,semoga ALLAH s.w.t pandang kami dengan pandangan rahmatNYA,dan menjadikan kami asbab hidayat serata alam.Semoga ALLAH beri kemajuan pada usha masturat khususnya KAWASAN SHAH ALAM SELATAN -AMIN-

1 comment:

AhliaSaleh(jannah85) said...

Salam ukhwah,
Alhamdulillah..moge ALLAH pilih lagi dan lagi.Rumah yg terima jemaah,tak kira kecil atau besar...satu batang paku pun tidak akan dihisab.

artikel berkaitan

Blog Widget by LinkWithin