Thursday, September 25, 2008

penderitaan kekasihku Rasulullah s.a.w

Baihaqi memberitakan dari Abdullah bin Ja'far ra. katanya:
Apabila Abu Thalib telah meninggal dunia, mulailah Nabi SAW diganggu dan ditentang secara terang-terangan. Satu peristiwa, beliau telah dihadang di jalanan oleh salah seorang pemuda jahat Quraisy, diraupnya tanah dan dilemparkan ke muka beliau, namun beliau tidak membalas apa pun. Apabila beliau tiba di rumah, datang salah seorang puterinya, lalu membersihkan muka beliau dari tanah itu sambil menangis sedih melihat ayahnya diperlakukan orang seperti itu. Maka berkatalah Rasulullah SAW kepada puterinya itu: 'Wahai puteriku! Jangan engkau menangis begitu, Allah akan melindungi ayahmu!' beliau memujuk puterinya itu. Beliau pernah berkata: Sebelum ini memang kaum Quraisy tidak berani membuat sesuatu seperti ini kepadaku, sehinggalah selepas Abu Thalib meninggal dunia, mulailah mereka menggangguku dan mengacau ketentermanku. Dalam riwayat yang lain, beliau berkata kepadanya karena menyesali perbuatan jahat kaum Quraisy itu: Wahai bapasaudaraku! Alangkah segeranya mereka menggangguku sesudah engkau hilang dari mataku!(Hilyatul Auliya 8:308; Al-Bidayah Wan-Nihayah 3:134)

Dalam riwayat yang sama dari Manbat Al-Azdi, katanya: Pernah aku melihat Rasulullah SAW di zaman jahiliah, sedang beliau menyeru orang kepada Islam, katanya: 'Wahai manusia sekaliani Ucapkanlah 'Laa llaaha lliallaah!' nanti kamu akan terselamat!' beliau menyeru berkali-kali kepada siapa saja yang beliau temui. Malangnya aku lihat, ada orang yang meludahi mukanya, ada yang melempar tanah dan kerikil ke mukanya, ada yang mencaci-makinya, sehingga ke waktu tengah hari. Kemudian aku lihat ada seorang wanita datang kepadanya membawa sebuah kendi air, maka beliau lalu membasuh wajahnya dan tangannya seraya menenangkan perasaan wanita itu dengan berkata: Hai puteriku! Janganlah engkau bimbangkan ayahmu untuk diculik dan dibunuh ... ! Berkata Manbat: Aku bertanya: Siapa wanita itu? Jawab orangorang di situ: Dia itu Zainab, puteri Rasuluilah SAW dan wajahnya sungguh cantik. (Majma'uz Zawa'id 6:21)

Bukhari meriwayatkan dari Urwah r.a. katanya: Aku bertanya Amru bin Al-Ash ra. mengenai apa yang dideritai Nabi SAW ketika beliau berdakwah mengajak orang masuk Islam, kataku: 'Beritahu aku tentang perbuatan yang paling kejam yang pernah dibuat oleh kaum musyrikin terhadap Rasulullah SAW? Maka Amru berkata: Ketika Nabi berada di Hijir Ka'bah, tiba-tiba datang Uqbah bin Abu Mu'aith, lalu dibelitkan seutas kain pada tengkuk beliau dan dicekiknya dengan kuat sekali. Maka seketika itu pula datang Abu Bakar ra. lalu dipautnya bahu Uqbah dan ditariknyanya dengan kuat hingga terlepas tangannya dari tengkuk Nabi SAW itu. Abu Bakar berkata kepada Uqbah: 'Apakah engkau hendak membunuh orang yang mengatakan 'Tuhanku ialah Allah!' padahal dia telah membawa keterangan dari Tuhan kamu?!' (Al-Bidayah Wan-Nihayah 3:46)

Setelah mendapat tugas Kenabian .Nabi menjalankan usah dakwah di mekah selama sembilan tahun dan terus berusaha demi petunjuk dan islah .Dikalangan orang yang menolong baginda hanya sebilangan kecil sahaja yang memeluk agama islam.Ramai yang masih belum menerima islam.Kebanyakan orang kafir mekah berusaha sedaya upaya untuk menyusah dan mempersendahkan Baginda s.a.w serta para sahabat dengan berbagai -bagai cara tanpa melepaskan sebarang peluang yang ada.
Bapa saudara nabi ,abu thalib ialah antara mereka yang baik hati.Walaupun tidak memeluk islam ,dia tetap membantu baginda dalam semua segi.Selepas 10 tahun baginda menjadi nabi,apabila Abu thalib meninggal dunia.,orang kafir pun mendapat lebih banyak peluang untuk menghalang penyebaran islam dan menyeksa orang islam dengan berbagai -bagai cara secara terbuka.Nabi telah pergi ke thaif dengan anggapan bahawa disana ada khabilah Thaqif yang ramai bilangannya.sekiranya kabilah tersebut memeluk islam maka kaum muslimin di mekah akan mendapat keselamatan daripada segala kesusahan tersebut dan thaif akan menjadi pusat penyebaran islam.
Setelah tiba disana baginda telah berbicara dengan tiga pembesar yang dianggap tinggi darjatnya .Baginda menyeru mereka kepada agama Allah dan berusaha menarik perhatian mereka untuk membantunya.Walau bagaimanapun mereka bukan sahaja tidak menerima ajaran baginda sebaliknya telah menjwab dengan kasar dan tidak berakhlak sebagaimana wajarnya adab budi orng2 Arab dgn tetamu .Sekurang- kurangnya mereka patut melayan tetamu yang baru datang dengan baik sesuai dengan sifat suka melayan tetamu yang memang termashur di kalangan masyarakat arab.Sebaliknya mereka telah menjawab dengan kasar.Mereka juga tidak rela nabi tinggal disana.Nabi menggangap mereka pembesar kaum ialah orang yang baik dan akan bercakap dengan sopan tetapi salah seorang daripada mereka telah berkata , "Hoi ! engkaukah orangnya yang Allah hantar sebagai nabi ? " Orang yang kedua pula berkata ," Tidakkah orang lain daripada kamu yang Allah temui untuk diutus sesuai jadi nabi ?" Orang yang ketiga pula berkata ," aku tidak ingin bercakap dengan kamu.Kerana kalaulah kamu sememangnya nabi sebagaimana didakwa maka mengingkari percakapanmu mendatangkan musibah dan sekiranya kamu seorang pendusta ,aku tidak ingin bercakap dengan orang seumpama itu." Apabila nabi tiada menaruh harapan lagi terhadap pembesar-pembesar itu,baginda cuba bercakap pula dengan orang lain kerana baginda ialah seorang yang mempunyai hemah dan kecekalan seumpama gunung .Malangnya tiada seseorang pun yang sanggup menerima .Buikan sahaja mereka tidak menerima bahkan mereka telah berkata kepada nabi ," Keluarlah kamu dari bandar kami ini serta merta .Pergilah kemana-mana yang kamu suka."
Apabila baginda sudah langsung tiada menaruh harapan lagi terhadap mereka maka baginda telah memulakan langkah perjalanan pulang.Mereka telah menghantar budak-budak untuk mengejar,mengejek,mempersendah dan melontari baginda dengan batu hinggakan kedua-dua kasut baginda dilumuri darah yang mengalir.Dalam keadaan itulah nabi pulang.Apabila baginda sudah selamat daripada pengacau-pengacau itu baginda berdoa....
Yang maksudnya : " Ya Allah ,kepadamu aku mengadu kelemahanku,kekurangan daya upayaku dan kehinaaanku pada pandangan manusia.Ya ! Arhamarrahimin ! Engkaulah tuhan orang yang ditindas.Engkaulah Tuhanku Kepada siapakah engkau menyerahkan diriku ini,kepada orang asing yang akan menyerang aku atau kepada musuh yang menguasai aku.? sekiranya engkau tidak murka kepadaku maka aku tidak peduli.Namun afiatMu sudah cukup bagiku.Aku berlindung dengan nur wajahMu yang menerangi segala kegelapan dan teratur diatas nur itu urusan dunia dan akhirat,daripada engkau menurunkan kemarahanMU kepadaku atau engkau murka kepadaku.Kepadamulah aku tetap merayu sehingga Engkau Redha .Tiada sebarang daya ( untuk melakukan kebaikan ) dan tiada upaya (untuk meninggalkan Kejahatan ) kecuali denganMU. Dengan Doa sedemikian ,bersemaraklah sifat qahhar Allah .Raja segala kerajaan .Lalu jibril a.s datang memberi salam dan berkata , " Allah telah mendengar perbualan kaum itu dengan tuan dan telah mendengar jawapan mereka serta menghantar satu malaikat yang bertanggungjawab keatas gunung ganang.Perintahkan sahaja malaikat itu supaya melakukan apa-apa sahaja yang tuan kehendaki. Selepas itu malaikat tersebut memberi salam dan berkata," Saya akan menunaikan segala yang diperintahkan oleh tuan.Sama ada di perintahkan supaya saya melagakan bukit-bukau di kedua -dua arah supaya mereka semua akan hancur atau apa-apa sahaja hukuman yang tuan tetapkan.Baginda ialah seorang yang amat pengasih lagi belas kasihan.Baginda telah memberi jawapan ," Aku tetap menaruh harapan kepada Allah bahawa walaupun mereka ini tidak memeluk islam , Pasti akan lahir orang yang akan menyembah Allah dan beribadat KepadaNYA dikalangan anak-anak mereka."***** Renungan. Inilah dia akhlak peribadi mulia seorang yang kita kononnya berbangga -bangga menjadi pengikutnya.Sebaliknya ,apabila kita sendiri mengalami sedikit kesusahan atau kita dilempari kata - kata kesat,kita akan menjadi begitu marah sehingga kita menaruh perasaan dendam yang tidak padam-padam seumur hidup kita terhadap orang yang telah menyakiti kita.Kezaliman demi kezaliman kita lakukan keatasnya sedangkan kita mengaku yang kita ialah pengikut nabi muhammad yang mengikut jejak langkah baginda.Setelah menanggung kesusahan dan penderitaan yang begitu dahsyat , baginda sendiri tidak pun mendoakan keburukan keatas mereka dan tidak juga mengambil sebarang tindak balas.

1 comment:

anerbysdhom said...

Kalaulah Rasulullah berputus-asa,di mana-mana saat Baginda dilukai,disakiti,dihina,dicaci...
tak tahulah apa yang akan terjadi pada kita hari ini...
Atas pedih luka kekasih ALLAH yang agung ini....jutaan manusia menikmati nikmatnya Iman...
YA ALLAH jadikanlah kami hambaMU yang bersyukur...yang selalu menambahkan kesyukuran,ajarlah,ingatkanlah kami untuk bersyukur...
terimalah syukur kami ya ALLAH.

artikel berkaitan

Blog Widget by LinkWithin