Assalamualaikum wrh mth wbrkath..
Hari ini saya ingin berkongsi sedikit petikan dari buku yang telah saya baca baru-baru ini.Ianya adalah berkisar tentang kehidupan Sayidatina Khadijah Alkubra r.ha.Perkara yang paling menarik minat saya tentang buku ini adalah bagaimana ianya menggambarkan perasaan-perasaan kagum,kasih,rindu dan hormat Khadijah r.ha kepada Rasulullah s.a.w.Membaca buku ini menambahkan lagi rasa rindu dan kasih saya kepada Rasulullah s.a.w..Membaca buku ini hampir sama seperti membaca novel cinta zaman sekarang,begitu indah digambarkan peribadi hero atau watak utama dalam cerita itu sehingga membuatkan kita pun jatuh cinta…
Tapi apa yang saya petik hari ini adalah kisah yang menyentuh hati saya,kisah bagaimana sebenarnya Rasulullah s.a.w sangat merindui belaian seorang ibu…
….Nabi Muhammad s.a.w terus beribadah di biliknya.Hatinya bimbang,dia merasakan dirinya amat bertanggungjawab untuk membimbing kaumnya yang telah menzalimi diri mereka sendiri dan mensyirikkan ALLAH S.W.T.Namun apakah dia mampu untuk menghadapi kejahilan dan kerosakan itu sendirian?Sebenarnya Rasulullah s.a.w tidak pernah sendirian,ALLAH S.W.T sentiasa bersamanya.Memberikan cahaya untuk pandangan,akal,hati dan keyakinannya.ALLAH S.W.T sentiasa melapangkan hati baginda.
Nabi Muhammad s.a.w keluar dari bilik ibadahnya dengan wajah yang berseri-seri.Baginda menanggalkan pakaian labuhnya dan kemudian duduk beralaskan pakaian itu.Sayidatina Khadijah r.ha mendapatkan baginda dengan gembira dan kemudian berbual dengan lemah lembut.Suara merdu nabi,benar-benar menyentuh hatinya…Kata-kata hikmah yang keluar dari mulut suaminya begitu mendamaikan jiwa..
Seorang daripada jariah Khadijah r.ha datang menemui mereka”Halimah Saa’diah mahu berjumpa puan”beritahu jariah tersebut.
Mendengar kata-kata itu,mekar dan segar semula rasa kasih-sayang di hati baginda s.a.w.Kenangan suka-duka kehidupannya di zaman kanak-kanak yang beralun antara padang pasir Bani Saad,Kaabah,Yathrib dan saat paling duka dalam memori hidupnya ketika dia sesat dan ketika kematian datuknya yang dikasihi.
Belum sempat Khadijah r.ha bangun mendapatkan tetamunya dia telah mendengar baginda s.a.w memanggil ,“Ibu!Ibu!”Suara sayu baginda s.a.w menggetarkan jiwanya.Khadijah r.ha menoleh kepada suaminya .Terpancar kelembutan dan kasih-sayang yang mendalam .Khadijah r.ha melihat nabi Muhammad s.a.w mendakap erat ibu susuannya dengan perasaan kasih-sayang .Sinar kegembiraan terpancar dari sepasang mata baginda s.a.w yang indah bercahaya.Baginda s.a.w seolah-olah sedang duduk di pangkuan Aminah binti Wahab yang bangkit dari kuburnya.
Baginda s.a.w menghamparkan kain selempangnya dan mempersilakan ibu susuannya duduk di atas hamparan kain itu.Baginda s.a.w mengalu-alukan kedatangn ibu susuannya dengan sangat baik dan menyambutnya dengan penuh kasih-sayang.Suasana itu menggetarkan perasaan Khadijah r.ha.Air matanya bergenang di kelopak matanya,lantas dia masuk ke dalam bilik untuk mengesat air matanya.
Pertemuan yang penuh mesra itu membuatkan Halimah terlupa seketika akan penderitaanya,bahkan dia hampir-hampir terlupa akan anak dan suaminya yang sedang menanti di pintu.Halimatussa’diah menceritakan kesusahan yang dialaminya dan kemarau yang berlaku di Hawazin kepada nabi Muhammad s.a.w sebaik sahaja baginda s.a.w bertanyakan tentang keadaannya.Nabi Muhammad bertanya tentang ayahnya Harith dan abangnya Abdullah.Halimah memberitahu bahawa kedua-duanya berada di luar.Nabi Muhammad s.a.w segera mendapatkan kedua mereka dan mempersilakan mereka masuk dengan hati yang gembira.Kemudiannya baginda s.a.w duduk bersama-sama mereka dan mendengar cerita-cerita mereka dengan penuh perhatian.
Nabi Muhammad merasa amat sedih mendengar peristiwa yang menimpa keluarga itu kemudian menceritakannya semula kepada Khadijah r.ha dengan hati yang sayu.Khadijah r.ha menghadiahkan 40 ekor unta dan kambing kepada keluarga itu.Khadijah sememangnya kan sentiasa bermurah hati demi mendapatkan keredaan suaminya yang tercinta. …..
Khadijah oh Khadijah…
Saya begitu mencemburui kehidupanmu,
Ku kira engkau adalah wanita yang paling bertuah di dunia dan akhirat…
Engkau menyintai dan dicintai oleh insan yang sangat sempurna…yang dikagumi kesempurnaannya oleh penduduk langit dan bumi.
Pasti teramat indah memandang wajahnya,mendengar suaranya,memerhati gerak-gerinya,mengkhidmatinya sebagai isteri…
Pasti teramat nikmat bernaung di bawah limpahan cahaya rahmatan lil a’lamin..
Dan yang terpaling indah baginda s.a.w juga terlalu menyintaimu,Sayidatina Aisyah r.ha juga cemburu,namun tidak dapat berbuat apa-apa kerana sememangnya engkau layak menjadi ratu di hati baginda…
Kerana keluhuran akhlakmu,ketulusan budimu,keikhlasan kasihmu,keunggulan pengorbananmu untuk Rasulullah s.a.w.
Wahai ibuku Khadijah al-Kubra r.ha,pasti dan pasti engkau sedang sangat berbahagia di sisiNYA.
Saya ingin mengucapkan terima-kasih kerana telah membuatkan Rasulullah s.a.w bahagia. Bertuahnya menjadimu Sayidatina Khadijah…
Semoga ALLAH S.W.T beri kekuatan,taufiq dan hidayah supaya kita dapat menjalani hidup mirip2 Khadijah r.ha dan Rasulullah s.a.w. Amin Ya ALLAH.
No comments:
Post a Comment