Wednesday, November 18, 2009
sayidatina khadijah al kubra r.ha
Khadijah oh Khadijah… Saya begitu mencemburui kehidupanmu, ku kira engkau adalah wanita yang paling bertuah di dunia dan akhirat… Engkau menyintai dan dicintai oleh insan yang sangat sempurna…yang dikagumi kesempurnaannya oleh penduduk langit dan bumi. Pasti teramat indah memandang wajah suci baginda s.a.w,mendengar suaranya,memerhati gerak-gerinya,mengkhidmatinya sebagai isteri… Pasti teramat nikmat bernaung di bawah limpahan cahaya rahmatan lil a’lamin.. Dan yang terpaling indah baginda s.a.w juga terlalu menyintaimu,Sayidatina Aisyah r.ha juga cemburu,namun tidak dapat berbuat apa-apa kerana sememangnya engkau layak menjadi ratu di hati baginda… Kerana keluhuran akhlakmu,ketulusan budimu,keikhlasan kasihmu,keunggulan pengorbananmu untuk Rasulullah s.a.w. ALLAH S.W.T berkirim salam kepadamu duhai Khadijah..!!ALLAH sentiasa rindu dan kasih kepadamu sehingga di liang lahad DIA mahu wajahmu sentiasa menghadap ke langit!!!!!
Wahai ibuku Khadijah al-Kubra r.ha,pasti dan pasti engkau sedang sangat berbahagia di sisiNYA. Saya ingin mengucapkan terima-kasih kerana telah membuatkan Rasulullah s.a.w bahagia. Bertuahnya menjadimu Sayidatina Khadijah… Semoga ALLAH S.W.T beri kekuatan,taufiq dan hidayah supaya kita dapat menjalani hidup mirip2 Khadijah r.ha dan Rasulullah s.a.w. Amin Ya ALLAH.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment