Monday, January 19, 2009

palestin part 2

part 2.Palestin oh Palestin,what can we do to help you..
Bismillahirahmanirrahim…
InsyaALLAH now,regardless apapun parti,atau jemaah kita sertai,ketepikan semua tu just fokus untuk apa yang kita boleh buat untuk bantu Palestin..Fikir manusia ni hebat…Banyak kajian dan buku yang telah ditulis tentang mind power.The Magic Of Thinking.Ada orang yang asbab daya fikir dia yang hebat boleh begkokkan besi dengan cara merenung sahaja pada besi tu,walallahua’lam,tapi he claimed, that is the brain power.Asbab dari fikir manusia ni sumber mineral dari dasar laut boleh dikeluarkan ke muka bumi dan jadi minyak untuk gerakkan kenderaan.Asbab fikir manusia ni lah sebesar-besar,seberat-berat besi boleh terapung dan terbang di udara dan bawa manusia merentasi benua hanya dalam beberapa jam!Jangan pandang rendah pada kemampuan daya fikir dan fokus kita,apa lagi jika kita bersatu!Bersatu sebagai sebaik-baik ummat!
Kawan-kawan,kalau kita tak sedar dan tak bertindak dari sekarang,tidak mustahil apa yang terjadi kepada Palestin boleh juga terjadi kepada kita atau anak cucu kita.Kalau kita terus lupa tugas dan tanggungjawab kita sebagai hamba ALLAH dan ummat Muhammad s.a.w.sehingga ALLAH S.W.T sangat murka the worst thing beyond our imagination can happen to us,let us ask ALLAH supaya ALLAH S.W.T kasihan dan beri kita taufiq serta hidayah untuk menjadi ummat Islam yang berkualiti.Dengan kualiti iman dan taqwa kita itu dapat menarik rahmat dan bantuan ALLAH S.W.T.
ALLAH berfirman di dalam Al-Quran surah Al-Imran ayat 160 ertinya:
"Jika ALLAH menolongmu tidak ada orang yang akan mengalahkanmu dan jika DIA mengalahkanmu siapakah yang dapat menolongmu kemudian?Dan hanya kepada ALLAH hendaklah orang-orang beriman bertawakkal".
Saya tertarik dengan satu petikan kata-kata Perdana Menteri pertama Israel,yang mana seorang wanita iaitu Golda Micer,saya dapat petikan itu sewaktu mmebaca artikel tentang Palestin yang begitu menarik dalam ruangan UlulAlbab Berita Harian 4Januari 2009,tulisan Abdurrahman Haqqif ;
"Saya tidak takut menentang bangsa Arab (orang Islam)secara keseluruhan selagi mereka tidak solat subuh berjemaah seperti solat Jumaat"
Pelik tapi benar,wanita Yahudi ini percaya bahawa kekuatan umat Islam terletak pada solat fardhu berjemaah di masjid,tapi umat Islam sendiri ramai sangat yang tidak tahu,tak mahu ambil tahu,serta tidak minat tentang kelebihan bersolat jemaah di masjid,jauh sekali untuk amal solat jemaah di masjid dan mengajak lebih ramai umat untuk solat fardhu secara berjemaah di masjid.Perkara ini khusus untuk lelaki kerana perintah solat jemaah di masjid adalah perintah yang lebih menekan kepada lelaki.Sedangkan bagi kaum wanita,tempat terbaik untuk mereka bersolat adalah di dalam bilik tidur mereka.Dikatakan wanita yang dapat solat awal waktu di biliknya mendapat pahala dan kelebihan seperti bersolat di belakang Rasulullah s.a.w.
Solat jemaah bagi lelaki,nampak macam kecil,macam remeh,tapi PM Yahudi pertama buat kenyataan begitu,tak terfikir apa2 ke?Banyak hadith Rasulullah s.a.w yang menekankan pentingnya bagi lelaki untuk solat fardhu berjemaah di masjid,sehinggakan di saat-saat baginda s.a.w dalam keadaan gering yang amat sangat,walaupun baginda s.a.w beberapa kali
pengsan sewaktu hampir ajal baginda s.a.w ,baginda masih memerintahkan supaya para sahabat baginda r.hum memapah baginda untuk mendirikan solat jemaah di masjid!Hendak menunjukkan bahawa SOLAT FARDHU JEMAAH DI MASJID,SANGAT PENTING!
Ya ALLAH bukannya mudah ya ALLAH umat akhir zaman ini untuk istiqomah memenuhkan saf setiap 5 waktu jemaah dimana azan dilaungkan ya ALLAH,berilah taufiq dan hidayahMU ya ALLAH.
Bersambung….

No comments:

artikel berkaitan

Blog Widget by LinkWithin