Bismillahirahmanirrahim.
Segala puja puji hanya layak ditujukan kepada ALLAH S.W.T,Penguasa,Pencipta dan Pentadbir sekelian apa yang ada dimana juapun.ALLAH S.W.T menjadikan,menentukan perjalanan bulan,matahari,bintang-bintang,pertukaran siang dan malam,pasang surut lautan,rezki bagi setiap makhluk,bahkan tidak ada satu zarah pun yang dapat beraktiviti di luar janakuasa agung pentadbiran ALLAH S.W.T.Maha Hebat,Maha Besar ALLAH.Kepada DIAlah tempat kita bergantung,mengadu dan meminta pertolongan serta panduan.
Selawat dan salam ke hadrat junjungan besar,penghulu sekelian anbia’ yang mempunyai kerendahan hati dan ketinggian budi;Nabi Muhammad bin Abdullah s.a.w.,sekelian ahli keluarga dan para sahabat r.hum.Rasulullulah s.a.w adalah insan mulia yang mana nama baginda telah diletakkan bergandingan dengan nama agung ALLAH S.W.T dan telah wujud sebelum penciptaaan Luh Mahfuz dan Kalam.ALLAH S.W.T dan para malaikatul muqarrabin berselawat ke atas baginda s.a.w.Bagindalah nur dan rahmatan lil a’lamin.
Semoga ALLAH S.W.T sentiasa menjadikan kita hamba yang selalu bersyukur.Teramat bersyukur dengan segala nikmat dan limpah rahmat yang ALLAH S.W.T kurniakan.Nikmat kesihatan,kebahagiaan,keamanan,makanan,pakaian,tempat tinggal,udara,air dan nikmat yang paling besar adalah nikmat Islam sebagai deen,sebagai cara hidup serta nikmat iman.Dalam berbilion manusia yang ALLAH ciptakan,DIA dengan limpah Rahman dan RahimNYA telah memilih kita sebagai insan yang mengenal ALLAH sebagai Rab dan Muhammad s.a.w sebagai pesuruh ALLAH.Ini adalah nikmat yang sangat besar!!ALLAH tidak lahirkan dan kita doa supaya tidak pula dimatikan kita dengan mengenal patung-patung berhala sebagai tuhan,sebagai sembahan,atau dengan mempercayai bahawa tuhan itu beranak,beristeri,bersekutu,nauzubillah!Wahai ALLAH kasihanilah umat Muhammad s.a.w seluruh alam ini ya ALLAH,kurniakanlah hakikat iman pada kami ya ALLAH.
Ya ALLAH hidupkanlah kami dalam iman,matikanlah kami dalam iman dan masukkanlah kami ke dalam syurga dengan iman YaRab,YaRab,YaRab.
Agak lama saya tidak update blog,ALLAH tak izin,dan saya sibuk dengan dunia wama fiha…Tapi doalah untuk saya yang lemah hina,semoga apa juapun yang saya lakukan dapat saya betulkan niat semata-mata untuk mendapatkan keredhoan ALLAH S.W.T.Makan,minum,tidur,khidmat,semua untuk ALLAH semoga ALLAH bimbing saya untuk menjadikan seluruh kehidupan saya dan juga seluruh umat ini sebagai ibadah yang diterima ALLAH.
Bercerita tentang Palestin dan kekejaman Yahudi…..Mutakhir ini penderitaan saudara-saudara kita ummat Islam di Palestin semakin menyentuh perasaan.Sebenarnya saya tidak pernah begitu ambil berat tentang isu ini,cuma kebelakangan ini suami saya selalu membawa fikir risau masyarakat tentang isu Palestin.Suami saya selalu memberitahu saya bahawa hampir di setiap surau dan masjid di negeri Selangor sekarang akan mengadakan solat hajat untuk rakyat Palestin,setiap kali ada kesempatan.Begitu juga imam-imam di masjid turut berdoa dan ada yang sehingga menitiskan air-mata sungguh-sungguh meminta supaya ALLAH S.W.T memberikan bantuanNYA kepada rakyat Palestin.Asbab cerita-cerita dari suami saya inilah,telah membawa fikir risau saya juga terhadap isu ini.Saya mula membaca artikel-artikel berkaitan isu Palestin,ada sikit-sikit doa dan mula tak membeli di supermarket2 atau hypermarket2 serta barang-barang dari jenama yang dikatakan memberi sumbangan kepada tentera Israel untuk menyiksa umat Islam Palestin…Buat mana yang mampu,sekadar yang ALLAH S.W.T bagi faham sebab iman saya pun lemah,ilmu kurang,amal takdak…
Saya tak tahu banyak,tapi 1 perkara yang saya yakin adalah;sebenarnya orang-orang Yahudi ni menyerang dan melemahkan umat Islam kerana mereka takut.Mereka takut kerana mereka percaya yang satu hari nanti,(semoga saat itu akan semakin mendekat)bangsa Yahudi ini akan hancur di tangan orang-orang Islam.Orang Yahudi yakin dan percaya dengan perkara ini semenjak zaman Rasulullah s.a.w lagi,lantaran itu mereka telah memasang strategi gerak-gempur,secara kasar dan halus untuk melemahkan dan seterusnya melenyapkan umat Islam dari bumi ALLAH ini!Ketakutan dari apa yang mereka percayai semenjak zaman berzaman ini telah menjadi motivasi yang sangat kuat kepada mereka untuk memaksimakan setiap akal,harta dan usha….Hasilnya,kita dapat mendengar bagaimana umat Islam dizalimi,diperlakukan sewenangnya, bukan sahaja di Palestin,Iraq,bahkan hampir di segenap pelusuk dunia. Amat sukar untuk kita melihat umat Islam yang kuat,yang ditakuti dan disegani. Dimanakah sekarang ini yang dapat kita lihat suatu tempat,suatu negara yang boleh kita anggap sebagai rolemodel daulah Islamiah?Umat Islam hari ini,malu untuk mengamalkan agama mereka,mengikut sunnah Rasulullah s.a.w,akan tetapi berbangga mengikut budaya,cara hidup Yahudi dan Nasrani…Sedar tak sedar umat Islam hari ini sememangnya di dalam keadaan yang sangat dhaif .Begitu lemah sehingga sangat mudah untuk dihina,ditindas dan disiksa dengan sekejam-kejamnya.
Saya kira penderitaan rakyat Palestin,kekejaman Yahudi yang semakin menjadi-menjadi ini adalah suatu signal dari ALLAH S.W.T untuk kita,fikir,muhasabah diri…Umat Islam dimana juapun adalah saudara kita!Kita sepatutnya saling menguatkan seperti sebuah bangunan.Apa yang mesti kita buat?
Sebenarnya kalau ALLAH nak hapuskan orang-orang Yahudi ni,memang boleh sahaja,sekelip mata pun boleh,kun fa yakun.Bukan ALLAH S.W.T tak pernah buat,terbalikkan bumi,timpakan banjir,datangkan burung ababil,dan macam-macam lagi,apatah lagi penderitaan umat Islam di Palestin melibatkan wanita dan kanak-kanak,ribuan nyawa telah menjadi korban.
Tapi mungkin this is HIS way of saying,Oh Ummat Muhammad is that the best that you can do?For ALLAH sake we are ummat Muhammad s.a.w,khaira ummatin,"the best"ummat.When ALLAH HIMSELF stated "the best" theres must be something that is very special,extraordinary!But what is it?Have we lost it?Oh myself oh brothers and sisters,lets us ask ALLAH,may ALLAH guide us,give us more strenght,more light…Nur ala nur.(bile emosi skit mula la nak cakap orang putih…takper kan,sorry ye.Campur-campur skit bahasa…harap kalau ada pakar bahasa yang baca tak mengamuk pula.Minta maaflah profesor.doktor)
Hmmm,ok so far what have we done for Palestine,saudara-saudara kita yang malang.Doa nangis-nangis,fikir risau,baca Yassin,solat hajat,derma,perhimpunan,demostrasi,kumpul signature,macam-macam lagilah…Tapi cukupkah itu untuk menarik rahmat ALLAH?Untuk mengharap bantuan dariNYA?Tidak ada siapa yang boleh selamatkan saudara-saudara kita yang dizalimi itu melainkan dengan bantuan dan pertolongan ALLAH.Duit yang banyak,senjata yang canggih,strategi yang hebat-hebat belum ada jaminan.
Adakah mungkin bantuan ALLAH akan turun kepada umat Islam kini yang rata-rata meletakkan kehidupan dunia sebagai keutamaan mereka,sehingga sanggup membelakangi akhirat?Bangsa Yahudi khasnya di Israel tidak akan takut apatahlagi berundur dan menghentikan kekejamannya,ALLAH S.W.T tidak akan meletakkan kebimbangan di dalam hati mereka,selagi umat Islam tidak mengamalkan Islam yang sebenarnya.Islam hanya pada nama,kerana lahir sebagai anak orang Islam.Tidak peduli dengan halal dan haram,riba’,tidak menjaga solat,dan aurat.Pertolongan ALLAH hanya akan datang,termasuklah dengan meletakkan kegerunan orang kafir terhadap ummat Islam apabila kita membawa agama Islam dalam keseluruhan hidup kita.Thats it!Senang cakap,tapi susah nak dapat serta dijaga untuk istiqomah.
Tapi insyaALLAH wahai diri saya dan saudara-saudari sekelian susah tidak bererti tidak boleh!Bermula dari fikir risau,kita bawa bimbang,dan fikir risau kita itu ke dalam doa kita,ke dalam komunikasi kita kepada ALLAH.No matter what kind of muslim are we now!ALLAH Maha Mendengar dan selalu kita merintih semoga ALLAH kasihan dengan kita.ALLAH MAHA PENGASIH MAHA PENYAYANG,keep on asking for HIS LOVE.Dan kita jangan asyik doa untuk diri sendiri,anak-anak,adik beradik,pakwe,makwe dan keluarga kita sahaja doa untuk seluruh ummat Muhammad s.a.w.Kita belajar-belajar sikit-sikit untuk ambil fikir risau Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat.Asbab pengorbanan, fikir risau.penderitaan,pengorbanan darah dan air mata Rasululullah s.a.w dan para sahabat r.hum ajmain,kita hari ini walaupun selepas lebih seribu tahun masih dapat menimati limpahan nikmat iman dan Islam.
InsyaALLAH ini adalah muqaddimah,akan bersambung part 2.Palestin oh Palestin,what can we do to help you..
No comments:
Post a Comment