Monday, January 19, 2009

palestine...jom fikir2...

Saya teringat suatu ketika sewaktu kuliah TITAS oleh seorang pensyarah Akedemi Pengajian Islam bercerita tentang semua persoalan ada jawapannya di dalam AL-Quran.Apa sahaja masalah pasti ada penyelesaiiannya .Bangun seorang student non muslim dan bertanya,"excuse me sir,saya ingin bertanya,kalau betul dalam AL-QURAN ada semua jawapan,cuba tuan beritahu kami semua,base on AL-Quran berapakah harga ikan merah sekilogram hari ini?"
Dewan kuliah yang tadinya sepi mula berbaur dengan suara-suara.Saya sendiri pada masa itu tidak dapat memikirkan jawapannya...
Lantas ustaz itu,membuat satu panggilan menggunakan telefon bimbitnya...Kemudian memberitahu kepada dewan kuliah,harga ikan merah pada hari itu.
Student tadi bangun semula dan bertanya,please explain ustaz apa relevannya tindakan ustaz dengan AL-QURAN?Ringkasnya ustaz itu menjawab...Di dalam AL-QURAN,ALLAH S.W.T ada beritahu,dan sekiranya kamu tidak tahu,bertanyalah kepada mereka yang tahu...
Kebetulan saya ada seorang kawan yang bekerja di pasar sebagai penjual ikan,jadi saya bertanya kepada dia tentang persoalan anda tadi...

Masalah umat Islam hari ini,masalah Palestin,Kosovo,iman,akidah,akhlak,semuanya ada penyelesaian dalam AL-QURAN.
Mari kita fikir-fikirkan,renung dalam-dalam ayat Quran serta hadith-hadith junjungan besar s.a.w.Semoga ALLAH beri kita kefahaman yang sebenar,beri kita kekuatan,taufiq dan hidayah untuk amal dengan istiqomah dan dapat pula kita sampaikan kepada saudara-saudara kita yang lain,insyaALLAH.

"Maka atas mereka tertimpa kemurkaan dari ALLAH S.W.T dan mereka beroleh azab yang besar.Yang demikian adalah kerana mereka lebih mengutamakan kehidupan dunia daripada kehidupan akhirat dan kerana ALLAH S.W.T tidak memberi petunjuk dan hidayat kepada kaum yang kufur dan ingkar"
{ an-Nahl : 106-107}

Daripada hazrat Abu Hurairah r.hu beliau berkata bahawa Nabi s.a.w bersabda Apabila umatku mengagungkan kehidupan dunia,kehebatan Islam akan dicabut daripada mereka.Apabila mereka meninggalkan amar maruf nahi munkar mereka akan diluputkan dari keberkatan wahyu,dan apabila mereka caci-mencaci antara satu sama lain mereka akan gugur dari pandangan ALLAH
{H.R Hakim Tirmizi}

!berhenti caci-mencaci,mengadu domba,mmefitnah,memburukkan orang,pandang kekurangan diri cari-carilah kelebihan,kebaikkan,keistimewaan orang lain.Dengan bersatu akan datang rahmat ALLAH.
Kita sama-sama doa supaya ALLAH S.W.T keluarkan kebesaran makhluk,cinta dunia dari dalam hati kita dan masukkan kebesaran ALLAH,dan semoga ALLAH beri kekuatan pada kita untuk buat amar maaruf nahi munkar.


Daripada hazrat Anas r.hu bahawa sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda "Lailahaillallah sentiasa memberi manfaat kepada pengucapnya dan menjauhkan mereka daripada azab dan bencana selagi mereka tidak meringan-ringankan haknya"Para sahabat r.hum bertanya "Ya Rasulullah s.a.w apakah yang dimaksudkan dengan meringan-ringankan haknya?"Rasulullah s.a.w menjawab "Apabila berlaku amalan maksiat kepada ALLAH S.W.T,maksiat itu tidak dicegah dan tidak diubah"
{H.R Asbahani}


"Wahai orang-orang yang beriman,jika kamu bantu agama ALLAH nescaya ALLAH S.W.T akan membantu kamu dan
menegakkan tapak-tapak kaki kamu"
{Muhammad:7}>
ALLAH berfirman di dalam Al-Quran surah Al-Imran ayat 160 ertinya:
"Jika ALLAH menolongmu tidak ada orang yang akan mengalahkanmu dan jika DIA mengalahkanmu siapakah yang dapat menolongmu kemudian?Dan hanya kepada ALLAH hendaklah orang-orang beriman bertawakkal".


"Wahai orang-orang yang beriman,jika kamu bantu agama ALLAH nescaya ALLAH S.W.T akan membantu kamu dan
menegakkan tapak-tapak kaki kamu"
{Muhammad:7}

ALLAH berfirman di dalam Al-Quran surah Al-Imran ayat 160 ertinya:
"Jika ALLAH menolongmu tidak ada orang yang akan mengalahkanmu dan jika DIA mengalahkanmu siapakah yang dapat menolongmu kemudian?Dan hanya kepada ALLAH hendaklah orang-orang beriman bertawakkal".

Kalau kita bantu agama ALLAH baru ALLAH akan bantu kita untuk menghadapi apa jua masalah?Even keganasan Israel?ALLAH perlu pada bantuan kita ke?
The answer is yes and no.Yes jika kita bantu agama ALLAH maka ALLAH akan bantu kita,berapa banyak bantuan yang kita berikan,betapa besar pengorbanan dan susah payah kita sebesar itu jualah atau mungkin lebih besar lagi bantuan ALLAH akan datang.
No,ALLAH tidak perlu pada bantuan kita.MAHA SUCI ALLAH,ALLAH tidak berhajat kepada sesiapa atau perlu pada pertolongan sesiapa,tapi ini adalah sifat HAKIM dan ALIM nya,ALLAH dia MAHA MENGETAHUI apa yang terbaik untuk hambaNYA.Apa pun yang kita lakukan tak datangkan sebarang kesan pada ALLAH,tidak akan berkurang sedikitpun khazanah MAHA KAYA dan MAHA AGUNG ALLAH,melainkan ALLAH nak berikan kebaikkan untuk kita juga…


No comments:

artikel berkaitan

Blog Widget by LinkWithin