Wednesday, October 8, 2008

Islam agama sempurna...syumul dan kaaffah


Maulana Saad pernah berkata apabila menghuraikan tentang kerja mujahadah fi sabilillah untuk kerja da'wah dan tabligh..

"Jika seseorang itu buat kerja da'wah dengan niat untuk mengislahkan orang,maka dia hanya akan mendapat 2 perkara iaitu putus asa dan kecewa"Maka hendaklah setiap dai'e itu berdakwah dengan niat untuk islah,untuk perbetulkan diri sendiri.

Buat kerja dakwah hendaklah diushakan dengan membawa 6 sifat sahabat yang unggul;
Bawa hakaikat iman,yakin bahawa kata2,perbuatan kita tak beri kesan takde kuasa nak bagi hidayah pada sesiapa pun, semua dengan izin dan belas rahmat ALLAH,

hakikat solat dengan khusyu' dan khudu',tingkatkan kualiti solat,banyakkan solat nafil doa untuk seluruh umat,bawa fikir risau dalam tangisan kita supaya ALLAH s.w.t kasihan pada kita pada ummat,

sentiasa kuat dan rapat hubungan hati kepda ALLAH dan usha untuk menambahkan ilmu ke arah mencari redhoaan ALLAH.Istiqomah zikir dan Quran dan duduk majlis taalim.

Tidak harus dilupa adab2 memuliakan orang Islam,
bawa akhlak Rasulullah s.a.w dan para sahabat bab Ikramul muslimin kerana akhlak yang mulia ikram yang tinggi adalah salah satu sunnah Rasulullah dan para sahabat r.hum yang sangat berkesan dalam kerja dakwah.Ikhlas niat...ini memang kena minta banyak2 dengan ALLAH sebab nafsu dan syaitan tahu sangat bahawa apapun amalan kita tiada ertinya bahkan hanya akan mengundang kemurkaan ALLAH s.w.t jika niat kita tidak tulus untuk ALLAH.Check amalan pada awal,tengah dan akhir istighfar banyak2 bila ada niat lain selain untuk mencari Redho ALLAH...

Akhlak yang mulia...akhlak yang mulia,hati yang bersih dan pergantungan hati kepada ALLAH adalah satu medium dakwah yang sangat baik dan berkesan.Dengan menunjukkan contoh poligami yang berjaya,yes..memang boleh menjadi suatu dakwah kepada Islam yang efektif.Poligami yang berjaya adalah suatu keindahan dan kesempurnaan Islam yang tidak terbanding.Sebab itu ramai musuh2 Islam sedaya upaya memburukkkan dan menagetifkannya.Jika aanda berada dalam keluarga poligami yang cemerlang niatkan dalam hati menjadikan ianya sebagai satu syiar Islam yang indah.

Umum masyarakat non muslim mengetahui bahwa poligami adalah salah satu ajaran dalam Islam.Saya berani mengatakan bahwa salah satu sebab non muslim takut, tak suka dengan Islam adalah kerana Umat Islam sendiri bersikap nagetif terhadap poligami.Saya telah menceritakan kisah saya dengan seorang lecture yang mempersoalkan kesempurnaan Islam kerana syariat poligami ini,kerana Islam menghalalkannya dalam posting terdahulu.

Tidak semestinya pergi dari rumah ke rumah,kampung ke kampung,jumpa orang untuk dakwah tauhid,fiqah ,perkara fardhu ain dan yang sewaktu dengannya..Itu kerja orang lelaki.Orang lelaki buat kerja seperti Nabi s.a.w dan para sahabat r.hum ajmain,di luar sana medan mereka.Kerja saya sebagai wanita,sebagai isteri untuk galakkan suami saya ingatkan dia supaya jangan lupa untuk istiqomah membahagikan diri,harta,fikir dan masa untuk jalan ALLAH S.W.T.Tugas saya sebagai isteri adalah untuk doa minta dengan ALLAH supaya dapat jadi seorang isteri yang qonaah,boleh hidup serba sederhana untuk keperluan,tapi kena belanja dan belanja lebih banyak untuk jalan ALLAH. tugas saya untuk didik nafsu,belajar untuk tidak cinta dunia,belajar untuk menyandarkan cinta dan harapan kepada ALLAH.Medan dakwah seorang wanita adalah di sebalik tabir,di sebalik purdah dan niqabnya...Dengan menjaga aurat,maruah dan solat,doa tangis wanita,menjadi tulang belakang perjuangan suami.Menjadi asbab tersebarnya rahmat hidayah ke seluruh alam.Ya ALLAH tolonglah saya yg tersangat lemah ini.Juga tugas kita sebagai muslimat untuk berpesan2 pada perkara-perkara kebaikkan dan kesabaran..Akhlak kita,sikap positif kita menjadi medium dakwah,kemudian barulah kita susuli dengan tuntutan2 agama yang lain,yang sebenarnya lebih berat...Solat itu berat melainkan untuk mereka yang khusyu'.Semoga ALLAH memeberi saya kekuatan untuk amal apa yang saya sampaikan...

No comments:

artikel berkaitan

Blog Widget by LinkWithin