Isu yang bukan isu?saya hanya mampu tersenyum membaca pernyataan ini.
siapa yang beraura nagetif?siapa makan cili dia harus terasa pedas...
ok back to the point.
Semenjak saya menulis pandangan peribadi saya terhadap poligami saya menerima berbagai feedback.Yang panas yang pedas,yang membina,macam2 ada.Tidak kurang juga yang menghantar personal message kepada saya menceritakan masalah beliau yang telah ALLAH pilih dalam keluarga poligami.Kebanyakkan dari mereka ini adalah warga web Dr Tuah yang mana saya sentiasa update posting saya tentang tajuk poligami ini dalam forum Dr Tuah.Salah seorang dari mereka menceritakan bagaimana hanya kerana dia mengizinkan suaminya berkahwin lagi dia telah dipulaukan dan menerima tentangan dari kaum keluarganya.Saya juga pernah terbaca berita di dada akhbar suatu ketika dahulu bagaimana isteri ke-2 telah disiksa dengan dikurung dan dilakukan berbgaai2 penganiyaan oleh isteri pertama.Berbagai2 lagi cerita yang tak sedap didengar dek kerana salah faham terhadap konsep poligami.Inilah yang dinamakan isu...kalau tidak kerana tanggapan yang nagetif masakan ramai orang yang teraniaya lantaran ALLAH telah menetapkan mereka dipoligamikan?
Saya kira sanak saudara,kaum kerabat sahabat handai,kawan dan taulan tidak akan bersungguh2 memujuk,memulaukan,menakutkan dan melakukan berbagai perlakuan nagetif dan agresif kepada anda jika mereka tahu anda tidak solat,tidak menutup aurat,tidak puasa,suka mengumpat keji,makan riba ataupun dosa2 besar yang lain.Saya pernah lihat kaum keluarga dan sanak saudara memperlakukan seorang yang memang bangga dengan tabiat arak dan zinanya (di Kuala Lumpur ni)biasa2 saja,dengan alasan malas nak campur,tapi bila tiba nak berpolgami,bangkang habis...apakah ertinya itu?
Apabila seorang isteri mengizinkan suaminya berkahwin lagi,apabila seorang gadis bersetuju berkahwin dengan suami orang,apabila seorang suami ingin berkahwin lagi,aura nagetif,badai tsunami kebencian dan penentangan begitu hebat sekali.This is fact,just mereka2 ni mungkin bersembunyi di sebalik derita kerana tahu tiada siapa yang akan membela...ALLAH jualah yang akan membela kalian.
Pada saya pelik sangat...
poligami bukanlah malapetaka besar dalam agama,bahkan ianya diamalkan oleh Rasulullah s.a.w,para sahabat r.hum dan ulama' mu'tabar....lelaki yang tidak bersolat jemaah di masjid,wanita2 yang tidak menutp aurat,anak2 yang menderhaka itulah antara malapetaka besar dalam agama.
Kepada anda..insan pilihan ALLAH yang melalui ujian getir dan kelukaan dalam menjayakan keluarga poligami,tidak kiralah jika anda suami,isteri pertama,kedua,ketiga dan keempat,Tetaplah dalam kesabaran dan merapatkan pautan hati anda kepada ALLAH s.w.t.Hanya ALLAH s.w.t yang paling mengerti perasaan dan situasi anda.Minta pertolongan ALLAH dengan sabar dan solat.HIasilah fitrah manusiawi anda dengan kerendahan hati dan ketinggian budi,semoga ALLAH memperelokkan budi pekerti.Sesungguhnya ALLAH bersama2 orang2 yang sabar dan memberikan ganjaran yang sangat banyak kepada orang2 yang sabar.
ALLAH S.W.T meninggikan darjat hambaNYA dengan ujian2.Mungkin darjat itu tidak boleh dicapai hanya dengan sekadar ibadat khusus yang biasa2 sahaja,lantas didugaNYA dengan ujian yang luar biasa.Mudah2han akan bertmbah taqwa dan keimanan bagi mereka yang berjaya dalam ujianNYA.
Untuk diriku yang bergelar isteri dan kepada sahabat muslimah yang sudi menerima pesanan ini...harus selalu diingat syurga isteri berada di bawah kesukaan dan keredhaan suami.Kita mesti mendidik nafsu kita dan mencuba sedaya-upaya untuk meningkatkan ketaatan dan khidmat kita kepada suami kerana mencari redho Ilahi.Mentaati suami adalah perintah ALLAH kepada wanita2 muslimat.Bunyinya macam mudah,tapi hakikatnya memerlukan iman taqwa dan mujahadah nafsu yang tinggi.
Hakikat erti kehidupan yang diredhoi ALLAH s.w.t boleh jadi nampak pahit,perit dan sangat menakutkan.Tapi tida siapa yang dapat mengubah sunnatullah.Bila ALLAH kasih PASTI DIA UJI.
Ujian kita hari ini....kalau hendak dibanding dengan ujian2 Rasulullah s.a.w yang dikatakan gila,pendusta,ahli sihir,gila seks dan banyak lagi..yang dihalau dari tanah tumpah darah,yang pernah cuba untuk dibunuh,yang pernah dilumuri dengan najis ketika solat dan 1001 macam penderitaan lagi,hendak dibanding dengan Sumayyah r.ha yang biasa dijemur di kepanasan matahari dengan dipakaikan baju besi untuk menambahkan lagi azabnya dan akhirnya mati ditombak kemaluannya,atau Khabab Al-Arat yang pernah dipanggang di atas api sehingga bara api terpadam oleh darah dan lemak2 dari tubuhnya,atau Bilal bin Rabbah yang biasa di jemur di padang pasir membahang sambil diletakkan batu besar di atas dadanya..atau kehidupan Sayidatina Fatimah r.ha yg sgt miskin dan membuat kerja2 rumah sehingga berbekas tangan dan dada...ujian kita hari ini sgt2 kecil.lihatalah segalanya dari ALLAH,sangka baik,think positive to ALLAH and all our loves one.
No comments:
Post a Comment