Lailahaillallah.Makhluk tiada sebarang kuasa ALLAH maha kuasa atas segalanya.
Makanan tiada kuasa untuk bagi kenyang,
air tiada kuasa untuk menghilangkan dahaga,membasah,membersih,menenggelam...
ubat tiada kuasa menyembuhkan,
pekerjaan tiada kuasa memberi rezki,kereta tiada kuasa untuk bergerak ke mana2,minyak tiada kuasa menggerakkan kenderaan...
duit tiada kuasa untuk menyelesaikan masalah,suami tiada kuasa memberi kebahagiaan...
makhluk memang lansung tidak boleh memberikan mudharat juga manfaat melainkan dengan keizinan ALLAH S.W.T.
Ulama' berpesan,untuk usha atas iman,kena banyak2 cakap tentang kebesaran ALLAH,banyak dengar dan membenarkan,banyak fikir,banyak dakwahkan tentang kebesaran ALLAH,kena doa supaya ALLAH keluarkan kebesaran makhluk dari dalam hati dan masukkan HANYA KEBESARAN ALLAH.
Wajarkah seorang muslim atau muslimat,melabelkan atau memanggil seorang individu muslimat yang lain sebagai "perampas suami","perosak rumah tangga","perampas kebahagiaan" dan bermacam2 kata keji dan tomahan lain hanya kerana individu tersebut telah ditentukan oleh ALLAH untuk berjodoh dengan seorang lelaki yang telah beristeri?
Mengenai perkara caci mencaci,cemuh mencemuh ini ALLAH s.w.t telah menerangkan di dalam Al-Quran yang maksudnya
" Wahai orang-orang yang beriman, janganlah sesuatu puak mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, kerana harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka, dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan yang lain, kerana harus puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah sesetengah kamu menyatakan keaiban sesetengahnya yang lain, dan janganlah pula kamu panggil memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk, amatlah buruknya sebutan nama fasiq sesudah ia beriman. Dan ingatlah, sesiapa yang tidak bertaubat daripada perbuatan fasiqnya maka merekalah orang-orang yang zalim " (Al-hujrat ayat 11)
Ayat ini secara jelas menunjukkan bahawa ALLAH S.W.T melarang dengan keras perbuatan merendah2kan,mencemuh,menyatakan keaiban dan memanggil dengan gelaran yang buruk.
ALLAH s.w.t yang MAHA MENGETAHUI juga menjelaskan bahawa kemungkinan pihak yang dicemuh itu lebih baik dari pihak yang mencemuh.Dalam surah yang sama ALLAH s.w.t menerangkan lagi .....
"Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. " (Al-hujrat ayat 10)Tugas kita sebagai seorang Islam adalah untuk mendamaikan dan merapatkan persaudaraan; ini adalah perintah ALLAH.Selagi apa yang dilakukan tidak melampaui batas2 syariah kita tidak berhak untuk menjatuhkan sebarang hukuman dan tuduhan...
Jika madu kita dicemuh disihkan oleh keluarga dan masyarakat,maka kitalah yang akan menemani dan menceriakan perasaannya dengan sama2 berdoa kepada ALLAH untuk kesejahteraan bersama.
Seterusnya ALLAH S.W.T berfirman yang maksudnya :
"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. (Al-hujrat ayat 12)
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (Al-hujrat-13)
Inilah syumul dan indahnya Islam.
No comments:
Post a Comment