Wednesday, September 17, 2008

Kesyahidan Sumayyah r.ha.Orang pertama syahid dalam Islam


Adapun hazrat Sumayyah binti Khayyat r.ha adalah ibu kandung Ammar r.hu,dan isteri kepada Yassir r.hu.Keluarga ini adalah sebuah keluarga yang mempunyai keimanan dan kecintaan yang sangat luar biasa keteguhannya dalam menghadapi begitu banyak dugaan dan penderitaan sebagai seorang muslimin di zaman Nabi Muhammad s.a.w.
Sumayyah,suami dan anak lelakinya selalu di jemur di tengah padang pasir,di bawah keterikan panas matahari ,di atas batu-batu,pasir dan tanah yang membakar.Ada juga diriwayatkan bahawa mereka selalu dipakaikan baju besi untuk menambahkan lagi sengsara kepanasan mereka.Dikatakan bahwa ketika semua jenis kesengsaraan ini dideritai,Sumayyah r.ha telah pun mencapai umur yang tua.Begitu sekali penderitaan Sumayyah,dan ALLAH tidak mensia-siakan pengorbanan ibu yang mulia ini.ALLAH s.w.t telah membuat keputusan dengan memilih Sumayyah r.ha sebagai insan pertama syahid dalam sejarah lembaran Islam! ALLAHUAKBAR!
Ketika baginda Rasulullah s.a.w lalu di sisi keluarga Sumayyah r.hum yang sedang disiksa,Baginda s.a.w akan berpesan kepada mereka supaya bersabar dan Baginda s.a.w menyampaikan janji syuega kepada mereka.
Dikisahkan,pada suatu hari Abu Jahal laknatullah alaihi telah melintas di hadapan Sumayyah r.ha.Apabila ternampak sahaja Sumayyah r.ha Abu Jahal semoga (ALLAH sentiasa melaknatnya),telah melemparkan kata-kata yang kotor dan keji.Tidak cukup dengan itu dalam keadaan marah aBu jAhal telah menikam kemaluan Sumayyah r.ha dengan kejamnya!Sangat kejam engkau aBu jAhal!Akhirnya Sumayyah r.ha telah gugur syahid asbab luka2 dan penderitaan yang begitu banyak.
Sangat berbahagialah dikau wahai Sumayyah r.ha,meski menderita di dunia sementara akan tetapi ALLAH s.w.t telah memuliakanmu dan seluruh keluargamu...kesabaranmu dicintai ALLAH dan RasulaNYA,bahkan menjadi inspirasi sumber kekuatan untuk kami umat akhir zaman yang kerdil lemah ini.







Sumayyah - Hijjaz




Dalam diri selembut sutera
Kau memiliki iman yang teguh
Kau nyalakan obor agama dirimu bak lentera
dibelengu jahiliah kau tempuh dengan berani
Walau pun jasadmu milik tuan
Tetapi hatimu milik Tuhan

Padang pasir menjadi saksi
ketabahan keluarga itu
Tika suami dan anak dibaring mengadap mentari
Disuruh memilih iman atau kekufuran
Samar jahiliah atau sinaran akidah

( korus )
Sabarlah keluarga Yasir
Bagimu syurga disana
Dan kau pun tega memilih syurga
Walau terpaksa mengorban nyawa
Lalu tombak yang tajam menikam
jasadmu yang tiada bermaya
Namun iman didadamu sedikit tidak berubah

Darahmu menjadi sumbu pelita iman
Sumaiyah kaulah lambang wanita solehah
Tangan yang disangka lembut
menghayun buaian
Mengoncang dunia mencipta sejarah

Sumaiyah kau dibunuh didunia sementara
Untuk hidup disyurga yang selama-lamanya
Kaulah wanita terbaik, sebaik manusia
Namamu tetap menjadi sejarah...

2 comments:

anerbysdhom said...

Sememeangnya kta semua patut mengkagumi akan sifat sabar,tabah dan cekal yang ada pada seorang wanita seperti Sumayyah r.ha.Dapatkah anda bayangkan bagaimana persaan anda jika anda berada di dalam situasi beliau?
Apabila sesuatu perkara telah meresap ke dalam hati maka setiap sesuatu yang berkaitan dengan perkara itu akan menjadi mudah.
Zaman inipun kita masih boleh mendengar tentang berpuluh2 kisah cinta yang menunjukkan kesanggupan mereka untuk melakukan apa sahaja,hatta mengorbankan nyawa sekalipun untuk sesuatu yang dicintai.
Haruslah kita berfikir dengan lebih bijaksana,sekiranya sesuatu pengorbanan itu dilakukan di jalan ALLAH dan untuk agama ALLAH maka pengorbanan itu pasti akan menjadi asbab kebahagiaan dan kemuliaan hidup di kampung abadi kelak.Namun jika pengorbanan hanyalah dilakukan atas tujuan keduniaan semata2,maka ianya tiada nilai di sisi ALLAH s.w.t,mungkin sekali akan membinasakan kehidupan di akhirat kelak.
Fikir2kan......
wallahua'lam

Sharifah Natasha said...

salam alayk..subhanallah..indahnya blog enti. Ana suka Sumayyah.Harap sgt akan menjadi seperti Sumayyah dan lain2..

artikel berkaitan

Blog Widget by LinkWithin