Monday, September 15, 2008

nasihat nabi Adam a,s kepada puteranya Nabi Syits a.s

1. Janganlah kamu berpuas hati dengan dunia. Aku telah berpuas hati dengan syurga yang di dalamnya terdapat kehidupan yang kekal, akan tetapi ALLAH tidak menyukainya lalu mengeluarkan aku dari syurga.

2. Janganlah kamu berbuat sesuatu menurut kehendak isterimu. Aku telah menuruti keinginan isteriku iaitu memakan buah khuldi dan dengan sebab itu, aku telah mendurhakai ALLAH.

3. Berfikirlah dahulu sebelum kamu berbuat sesuatu. Jika dahulu, aku berfikir dahulu sebelum berbuat sesuatu sudah tentu aku tidak akan menyesal dikemudian hari.

4. Jangan kamu melakukan perbuatan yang kamu merasa ragu terhadapnya. Aku merasa ragu ketika mahu memakan buah khuldi tetapi aku tidak berhati-hati lalu aku menyesal sehingga sekarang.

5. Bermesyuarahlah dalam segala hal kerana jika aku bermesyuarah dengan para malaikat satu ketika dulu, sudah tentu aku tidak mengalami kesulitan ini.
Rasulullah bersabda ketika sedang duduk-duduk dengan sahabatnya, 'Saya menyukai 3 hal dari dunia ini iaitu wangi-wangian, wanita dan solat sebagai penyejuk mataku.'

Maka disambut oleh Abu Bakar pula, 'saya menyukai tiga perkara iaitu melihat wajahmu ya rasulullah, membelanjakan harta untuk mu dan menikahkan puteriku dengan mu.'

Omar juga ingin turut serta lalu dia berkata,' saya menyintai 3 hal, memakai pakaian yang bertampal, menyeru manusia kepada yang maaruf dan mencegah manusia dari kemungkaran.'

Usman pula menambah, saya mencintai 3 hal, memberi makan orang yang lapar, memberi pakaian orang yang telanjang dan membaca al quran,'

manakala Ali pula menyukai 3 hal, berpuasa saat dipanas terik, menjamu tetamu dan memancung leher musuh ALLAH.'
ketika itu Jibrail pun datang turut serta dan mengatakan yang dia mencintai orang-orang soleh, menolong keluarga yang miskin dan memberi petunjuk kepada orang-orang yang sesat.Maka ALLAH mencintai 3 hal dari hamba-hamba Nya iaitu mereka yang berjuang di jalanNya dengan harta dan dirinya, menangis kerana dosa-dosanya dan bersabar kerana lapar.

No comments:

artikel berkaitan

Blog Widget by LinkWithin