Wednesday, September 17, 2008

poligami...suatu nukilan peribadi

Isteri Solehah - The Zikr

Segala puja-puji hanya layak untuk ALLAH S.W.T yang telah menjadikan manusia sebagai sebaik2 kejadian,dan telah pula melimpahi kita umat manusia dengan begitu banyak nikmat yang datang dari khazanah ALLAH s.w.t yang maha azim,tidak pernah penat ALLAH itu, tidak pernah jemu akan DIA dan tidak pernah berkurang pula kemuliaan dan isi khazanaah perbendahraan ALLAH s.w.t meski seberapa banyak nikmat dan rahmat diberikan kepada seberapa banyak makhluk pun.
Selawat dan salam untuk rasul junjungan tercinta Muhammad bin Abdullah s.a.w,manusia yang rendah hati dan sgt tinggi budi pekerti,telah dipilih ALLAH sebagai penghulu sekelian anbia' semenjak sebelum diciptakan kalam dan Luh Mahfuz lagi.Insan miskin,yatim piatu lagi buta huruf ini telah ALLAH s.w.t pilih sebagai rahmat seluruh alam.ALLAH s.w.t dan para malaikatul muqarrabin juga berselawat kepada baginda...

Bila cerita je bab poligami,bermadu, saya perhatikan umat Islam di Malaysia ni khususnya,begitu hebat menebarkan aura2 nagetif mereka.Tidak ada sebarang ruang yang dapat diberikan untuk fikiran2 atau kata yang positif,sangka baik,sifat kesyukuran dan kehambaan....sedangkan jika kita memilih untuk berfikiran positif,sangka baik dengan ALLAH dengan suami dengan wanita lain pasti ada kebaikkan pasti ada hikmah di sebalik poligami ni.
Analogi seperti lebah dan sarang tebuan tu,kalau tengok dari segi rupa dan memikirkan bahaya2 dari sengatan lebah yang boleh membawa maut,pastilah kenikmatan dan kemanfaatan madu itu tidak dapat dinikmati.Untuk mendapatkan manfaat itu kena fikir yang positif ada ketabahan dan daya juang yang tinggi...

Bila membaca komen dan luahan pembaca di beberapa ruangan thread dan forum berkaitan tajuk poligami ni,terutamanya kaum wanita memang akan melenting dah melatah.Yang cuba diperlihatkan betapa tidak baiknya suami,kejamnya,zalimnya,betapa sang suami tak bersyukur,menurutkan nafsu serakah dan macam2 lagi.Dia hanya melihat kepentingan dirinya....sebagai wanita sebagai isteri yang dikatakan "dikhianati" dan macam2 lagi.Mungkin kerana masyarakat hari ini,suasana umat Muhammad s.a.w pada akhir zaman ini,telah disuntikkan dengan begitu banyak cerita2,stigma2 tentang betapa tidak baiknya betapa nagetifnya poligami itu.
Persoalannya jika begitu sekali buruk dan nagetifnya poligami ini ;kenapa ALLAH s.w.t menghalalkannya secara qatie',Rasulullah s.a.w dan ramai lagi para sahabat r.hum ajmain juga ulama' besar juga turut berpoligami,KENAPA ALLAH taqdirkan begitu ramai wanita dipoligamikan?sedangkan maha Hakimnya ALLAH itu apabila sesuatu benda atau perkara itu boleh mendatangkan mudharat,atau lebih banyak kemudhartan dari manfaatnya ALLAH akan mengharamkannya,e.g arak dan babi.
Saya bertanya kepada suami saya,tentang sikap2 wanita muslim yang begitu marah sehingga banyak kali juga mereka telah melewati batas2 Islam dengan mengumpat,menceritakan keburukkan suami,mengadu domba memfitnah dan seumpamanya;suami saya menjawab..."mungkin kerana mereka fikir bahawa suami mereka adalah milik mutlak mereka.."
Suami milik mutlak isteri???siapa yang berkata begitu?Atas dalil apa mereka berpendirian begitu?Mungkin sekali apa yang dilakukan oleh suami mereka sebenarnya adalah tuntutan fitrah fisiologi yang diredhoi ALLAH sebaliknya sikap2 mazmumah si isteri adalah dorongan nafsu dan syaitan yang sebenarnya...

Realitinya,bukan tidak ada kisah2 kejayaan keluarga berpoligami bahkan banyak sebenarnya,pendedahan di dalam TV,buku dan majalah ada,tapi mungkin kurang.Dan jika memang benar adapun ramai yang menganggapnya sebagai cerita dongeng yang mustahil untuk dijadikan realiti kehidupan.
Bagi diri saya,entahlah tak tahu apa yang telah terjadi kepada saya ,saya tidak dapat melihat keburukan poligami bahkan saya hanya dapat melihat dan memikirkan kebaikkan yang begitu banyak,meskipun jelas saya juga adalah seorang wanita yang tidak pernah lepas dari membuat begitu banyak dosa dan kesilapan.
Saya selalu sagat terfikir MENGAPA,insan2 yang secara langsung atau tidak yang terlibat dalam isu poligami ini,MENGAPA mereka sanggup menghabiskan begitu banyak tenaga untuk usha,fikir dan mengatakan perkara2 yang buruk dan nagetif sahaja,sedangkan ketetapan ALLAH tiada siapa yang dapat menghalang.
ALLAH s.w.t telah menetapkan samada anda akan hidup berpoligami atau tidak,menjadi isteri pertama,ke,2,ke3,atau keempat.Andai segala isi langit dan bumi berpakat untuk menggagalkan ketetapan ALLAH ini,pasti dan pasti mereka akan gagal,kerana apa yang telah ALLAH tetapkan untuk terjadi pasti akan terjadi..Begitu jugalah sebaliknya,sebesar manapun kecintaan dan sokongan anda terhadap poligami,ingin sangat mendapat adik dan kakak 1 suami tapi jika ALLAH s.w.t telah menetapkan suami anda tidak mahu berkahwin lagi siapakah yang boleh mengubah ketetapan itu?
Apa yang manusia boleh lakukan adalah memilih,pilih samaada untuk menjadikan madu itu sebagai penawar yang berkhasiat,,lazat,manis dan menambah kebahagiaan,atau memilih untuk membubuhkan racun berbisa ke dalam madu tersebut.Racun yang bukan sahaja mampu membinasakan kehidupan anda di dunia,bahkan mungkin sekali mampu meletakkan anda dalam kebinasaan yang abadi di kampung akhirat nanti.

So...apakah agaknya kebaikkan,manfaat,khasiat yang boleh diperolehi dari berpoligami atau bermadu atau dimadukan??
Untuk isteri pertama...
perkara pertama yang dapat saya fikirkan, ini adalah tarbiah dan didikan kasih dari ALLAH s.w.t.Pada waktu inilah kita berperang habis-habisan dengan nafsu dan segala sifat mazmumah kita sebagai wanita,yang mungkin ada sedikit kegoan,kesombongan,pentingkan diri,kurang bersyukur,kurang kualiti khidmat kepada suami,sangka buruk terhadap ALLAH,suami dan orang lain,kurang sabar,redho dan selalu lupa.
Selalu lupa bahawa suami bukan milik mutlak seorang isteri,perkahwinan bukanlah ijab qabul jual beli yang menjadikan suami sebagai hak milik sendiri.Perkara yang terbaik ialah apabila isteri dapat mengorbankan perasaannya dengan menyediakan suami untuk kemanfaatan kemaslahatan agama ALLAH S.W.T.Termasuk juga kemaslahatan agama itu adalah dengan membela para janda atau wanita yang sukar untuk mendapatkan jodoh,lantaran semakin kurangnya lelaki atau mu'min berkualiti mutakhir ini..
Tetapi sekiranya suami anda bukanlah seorang mu'min berkualiti ,doalah semoga ALLAH s.w.t telah menjodohkan dia dengan seorang muslimah sejati.
Dalam tangisan,rayuan kasih kita,munajat kita kepda ALLAH s.w.t di saat luka2 parah dalam perjuangan dengan nafsu kewanitaan kita,kita doalah sungguh2 semoga kedatangan orang baru dalam hidup kita,dalam hidup suami kita itu diiringi dengan keberkatan.
Saya pernah dengar kata2..."tak dapat payung emas pun takpe",hatta kan"tak masuk syurga pun takpe,janji suami aku tak kawin lain"...Gila ke apa?Tak masuk syurga nak stay forever kat neraka ke?Di dunia yang penuh tipu daya ni boleh la cakap...kat akhirat nanti menyesal tiada gunanya lagi.
BERPOLIGAMI...tak dapat disangkal bahwa ianya membayangkan keindahan dan kebahagiaan yang sukar untuk dilukiskan kepada insan lelaki bergelar suami.Kembali menikmati cinta dan sentuhan pertama dan macam2 lagilah...Ini yang membuatkan hati wanita bergelar isteri pertama atau seterusnya makin panas hati...
But lets think out of the box...Fikir dengan bijaksana sebagai muslimah yang inginkan cinta Ilahi sebagai maksud dan tujuan hidupnya.Kita redhokan suami kita berbahagia,jadikan ianya sebagai hadiah tanda ketulusan cinta anda kepada suami atas dasar untuk mendapatkan kerdhoaan ALLAH dan Rasul.Sure nafsu kita sebagai wanita mengelupur kesakitan,tapi ALLAH s.w.t MAHA MENGETAHUI...Pasti dia tak akan mensia-siakan kemurnian tanda kasih anda itu.ALLAH tidak pernah menzalimi hamba2NYA.Bukankah ALLAH itu MAHA PENGASIH lagi MAHA PENYAYANG?
Dengan izin ALLAH berkat sifat mahmudah seorang muslimah yang telah menang besar dalam pertempuran dengan nafsu mazmumah,suami menjadi bertambah kasih kepada kita,bukan itu sahaja bertambah pula kualiti iman takwanya,orang baru itu menjadi teman yang selalu membantu dan menceriakan.
Dalam majalah anjung seri terbaru (september 2008)ada ruangan seorang surirumah tangga yang begitu kreatif menghasilkan seni dalam menghias rumahnya,dalam artikel itu surirumah tersebut turut menceritakan bahawa dia selalu menghadiahkan hasil kerjatangannya kepada madunya yang tinggal di Singapura.Madunya itu pula sangat sukakan hasil krafnya itu,selalu membalas memberi hadiah dengan hasil2 seni terkini dan menarik dari Singapura.Bahkan turut ditunjukkan dalam artikel tersebut bilik khas yang disediakan untuk madunya,kerana madunya sering datang bertandang ke rumahnya...

According to Dr. David J. Schwartz dalam bukunya The Magic of Thinking Big,otak kita adalah kilang fikiran yang juga merangkap pembantu peribadi kita yang sangat patuh dan setia.Kita hanya perlu memberi arahan dan kilang fikiran ini akan bekerja dengan begitu baik.Arahan tersebut boleh diberikan dalam bentuk fikiran2 positif atau perkataan positif.
Contohnya hari ini anda katakan .hari ini adalah hari yang baik...maka kilang fikiran anda akan mula bekerja dan menghasilkan buah2 fikiran yang baik seterusnya anda akan mersakan berbagai suasana dan perkara yang baik dalam hidup anda pada hari itu.Jika kita sudah terbiasa melatih fikiran kita untuk melihat sesuatu perkara dari sudut yang positif insyaALLAH banyak perkara positif akan berlaku....
Begitu jugalah jika anda mula mengarahkan fikiran anda untuk memandang isu poligami yang sedang anda hadapi dengan positif insyaALLAH,ALLAH s.w.t akan memberikan ilham2 yang baik.
Untuk para lelaki bergelar suami pula...kebenaran poligami,hukum halal poligami bukanlah sekadar 1 tiket untuk keseronokan semata2.Jangan sekali2 anda mengabaikan hak,tanggungjawab dan amanah ALLAH s.w.t terhadap keluarga besar anda;wanita2 bergelar isteri2 serta anak2 anda itu.Semuanya akan dihisab,ditanya,dipersoal oleh ALLAH s.w.t.Cawangan yang bertambah menuntut ilmu,keimanan dan ketaqwaan yang beganda2,sebagai tanda syukur seorang hamba,dan sesungguhnya jika manusia taqwa maka ALLAH akan membantu menyelesaikan masalah serta memberikan rezki dengan cara atau sumber yang tidak kita duga.ALLAH S.W.T yang Maha Kuasa untuk menyatukan hati anda dan keluarga,memberikan ketenangan,kebahagiaan dan kasih sayang ke dalam hati hamba2NYA.Korban untuk agama ALLAH juga kena ditambah.BUKAN MUDAH CIK ABANG!Tapi jika anda taqwa,ALLAH s.w.t MAHA KUASA lagi MAHA KAYA,untuk mengerakkan hati2 isteri2 anda agar redho kepada lebih kurang kelemahan anda dalam sistem keadilan yang sangat sukar untuk disempurnakan dalam institiusi keluarga poligami.Sukar tidak beerti mustahil...
Jangan sekali2 anda melanggar ketetapan agama dalam proses pembinaan keluarga anda bermula dari awal lagi...Kalau dah suka terus terang tunang nikah..Jangan buat banyak2 dosa,itu yang kelak membawa bala.Mudah2han akan lahirlah lebih banyak hafiz,dan hafizah,ulama' besar dan bakal ibu kepada muslimin berjiwa seprti para sahabat r.hum dari keluarga besar anda.

KEPADA ANDA ORANG BARU,,ISTERI KE-2 dan seterusnya,kena selalu ingatkan diri,tujuan anda setuju bernikah dengan suami orang...suami hanya alat untuk mendapatkan tempat 1st class di syurga,hanya laluan untuk mendapatkan keredhoan ALLAH,satu fast track untuk menjadi penghulu bidadari kelak...selalu meletakkan diri anda pada tempat "adik",orang baru,menumpang kasih...kena pandai2lah bawa diri.Kenalah kreatif untuk mengambil hati kakak anda,Cabaran akan menjadi lebih besar dik,nak mengadap keluarga mertua dan bakal menantu,juga anak2 suami anda dari siteri yang lain.Doa dan taqwa memang kena sentiasa upgrade. Selalu ingatkan diri dan juga suami akan tujuan asal pernikahan kita "untuk mendapatlan keredhoan Ilahi,bukan kemuarkaanNYA".

Sebagai sebuah institusi keluarga,anda hendaklah sentiasa menambahkan pengetahuan bagaimana untuk mewujudkan keluarga poligami,keluarga luar biasa hebat yang berjaya.Niatkan segalanya sebagai ibadah,mudah2han hati akan selalu terpaut mengaharap bantuan dan petunjuk dari ALLAH S.W.T.Bayangkanlah betapa indahnya.Inilah dia kesyumulan Islam,kesempurnaan kebijaksanaan ALLAH S.W.T.

Setujukah anda bahwa sikap kita terhadap poligami turut memberi impak nagetif terhadap tanggapan non muslim terhafap agama kita?

1 ketika dulu saya pernah membuat satu pembentangan di university,bertajuk "Islam Is The Best Way Of Life"...waktu itu saya masih sangat muda dan mentah.Setelah tamat pembentangan seorang pensyarah telah bertanya kepada saya."Are you aware with the meaning of the words that you are using as the topic of your presentation today?"The best".Which mean,your religious is better than other.If its really "the best" way of life,tell me ;why should I leave Jesus who never been married and never drop a single blood of human and choose Muhammad who had many wives and kills so many people"?

Pensyarah saya itu pernah menceritakan bahawa dari agama budhha,dia menganut agama hindu dan kemudian Kristian dalam pencariannya kepada ketenangan dan kebenaran.Pada waktu itu dia yakin bahawa Kristian adalah agama yang benar,kerana menyokong kehidupan seperti rahib,tak perlu berkahwin dan banyak lagi yang dia rasakan sesuai dengan citarasa hidup beliau.Dia yang saya kira waktu itu mungkin telah berumur hampir 40an seorang wanita yang belum berkahwin.

Adakah anda melihat apa yang saya lihat?Agama kita dianggap tidak sempurna kerana ALLAH s..w.t membenarkan poligami,bahkan diamalkan pula oleh Rasulullah s.a.w dan ramai lagi nama2 besar dalam Islam?

Dalam pembacaan saya yang teramat sedikit,saya pernah temui beberapa orang wanita yang sengaja memilih untuk berpoligami,untuk menjadi isteri ke-2 dan seterusnya walupun dia mempunyai pilihan untuk berkahwin dengan lelaki bujang yang lebih kaya,dengan misi untuk mendakwahkan kebaikkan poligami,untuk membela agama ALLAH dan RasulNYA.

Mungkin kita belum sampai ke tahap itu,tapi mungkin sudah sampai masanya untuk bersikap lebih terbuka terhadap isu ini...lebih positif dan bijaksana.


No comments:

artikel berkaitan

Blog Widget by LinkWithin