"Kalau awak perhatikan keadaan kami dahulu awak akan dapati yang sebahagian daripada kami tidak dapat berdiri kerana menderita kelaparan selama beberapa hari. Saya akan berbaring sambil menekan-nekan perut saya ketanah. Kadang-kadang saya akan mengikat perut saya dengan batu. Pada satu ketika saya sengaja duduk-duduk menunggu kalau-kalau ada oarng-orang yang terkenal lalu ditempat saya berada.
Tidak lama kemudian datang Abu Bakar. Saya pun bercakap-cakap dengannya, dengan harapan yang saya dapat berjalan-jalan sehingga tiba kerumahnya,dimana mungkin saya dipelawa masuk untuk makan malam bersama-sama dengannya sepertimana yang biasa berlaku, tetapi impian saya tidak tertunai. Abu Bakar tidak bercakap banyak dengan saya. Rancangan saya gagal untuk kali kedua apabila Umar pun berlalu dari situ. Akhirnya datang Nabi Muhammad s.a.w. , Baginda s.a.w.tersenyum lebar lebar apabila melihat saya kerana Baginda s.a.w. telah dapat menangkap dengan cepatnya keinginan saya yang tersembunyi itu.
Kata Baginda s.a.w.: "Mari ikut aku, Abu Hurairah." Saya pun mengikutnya kerumah, apabila kami masuk kerumahnya, semangkuk susu telah dibawa kehadapan Baginda s.a.w., lalu Baginda s.a.w. bertanya: "Siapa yang membawa susu ini?" Baginda s.a.w. diberitahu bahawa susu itu adalah pemberian seorang hamba Allah. Kemudian Baginda s.a.w.menyuruh saya mengundang orang-orang Suffah supaya datang kerumah. Orang-orang Suffah ialah manusia miskin yang tidak berumahtangga dan tidak mempunyai sebarang pekerjaan. Mereka biasanya menjadi tetamu kepada semua kaum Muslimin. Nabi Muhammad s.a.w. akan membahagi-bahagikan mereka diantara sabahat-sahabat yang berada. Nabi Muhammad s.a.w. sendiri akan menerima dua orang Suffah sebagai tetamu. Bilangan orang-orang Suffah ini pula tidak menentu, terkadang-kadang banyak dan terkadang-kadang sedikit, tetapi pada hari itu jumlah orang Suffah berjumlah tujuh puluh orang semuanya.
"Apabila Nabi Muhammad s.a.w. menyuruh saya mengundang para Suffah itu saya berasa ragu mengenai peluang untuk mengisi perut saya yang kosong, sebabnya ialah susu itu terlalu sedikit, hanya cukup untuk seorang sahaja. Lagi pula saya telah mengetahui terlebih dahulu yang saya akan disuruh melayan orang-orang itu. Mengikut kebiasaan orang yang melayan merupakan orang yang terakhir sekali yang akan merasai sesuatu hidangan. Sebaik-baik sahaja orang-orang Suffah itu berkumpul, saya disuruh oleh Nabi Muhammad s.a.w. memegang mangkuk susu tadi utnuk membolehkan tiap-tiap seorang untuk meminumnya. Seorang demi seorang mereka itu telah meminum susu itu dengan sepuas-puasnya, kemudian Nabi Muhammad s.a.w. berkata sambil tersenyum: "Hanya kita berdua sahaja yang tinggal maka sekarang kamu minumlah." Apatah lagi, saya pun tidak membuang masa lalu saya minum susu tersebut sehingga terasa oleh saya yang tidak ada tempat kosong dalam perut saya untuk mengisi susu itu. Akhirnya Nabi Muhammad s.a.w. pula meminum susu yang masih berbaki didalam mangkuk itu."
No comments:
Post a Comment