Wednesday, September 17, 2008

RABIATUL ADAWIYYAH DAN CINTA



Srikandi Rabiatul Adawiyah memang sudah terkenal dengan ketulusan cinta beliau terhadap ALLAH swt . Beliau mendapat taraf wali ALLAH dan seluruh hidupnya di penuhi dengan zikir ibadat dan tafakur hanya untuk pencipta maha Agung ALLAH swt . Kisah hidup Rabia`tul Adawiyah ini tidak lah termasuk dalam kumpulan kisah Israilliyaat .

Dengan bantuan tulisan dari Abdul Mun`im Qindil berjudul “Rabia`tul Adawiyah dan Cinta” , saya ingin mengimbau kisah hidup srikandi ini bermula beliau dilahirkan hinggalah nyawa beliau di ambil ALLAH .

Ketika kelahiran Rabi`ah ke dunia , keluarga beliau sedang di uji ALLAH dengan kesulitan hidup yang teramat sangat . Kemiskinan dan kekurangan makanan juga keperluan membelenggu kehidupan mereka . Ayah Rabi`ah iaitu Ismail Al-Adawiy adalah seorang yang tidak punya harta untuk menampung keluarga . Sebelum lahirnya Rabi`ah sebagai anak yang ke 4 , beliau sudah mempunyai 3 kakak . Jadi , ketika itu , kelahiran Rabi`ah seakan menambah beban ayah nya Ismail .

Sebenarnya , sebelum kelahiran Rabi`ah , ayah dan ibu nya sangat berdoa dan mengharapkan mereka akan mendapat anak lelaki memandangkan 3 anak mereka yang ada sekarang semuanya perempuan . Tetapi dengan ketentuan dan iradat ALLAH , lahir bayi perempuan dan itulah Rabi`ah . Oleh kerana itu , kelahiran beliau tidaklah di sambut dengan kegembiraan ditambah lagi dengan keperluan menyambut kelahiran yang serba kekurangan .

Ibu Rabi`ah ketika itu berkata pada suami nya Ismail ,




” Pergilah ke rumah jiran dan mintalah setitis dua minyak . Dan tanyakan jika ada kain-kain buruk yang boleh dijadikan selimut untuk anak kita yang baru lahir ini ”


Lalu pergilah Ismail dalam keadaan terpaksa kerana sebelum ini dia tidak pernah meminta-minta pada sesiapa . Namun kerana ini adalah usaha terakhir yang boleh dilakukan nya , dia menurut saja kehendak isteri nya .Setiap pintu yang ditemuinya diketuk dan di beri salam namun tiada sesiapa pun sudi menjawab nya . Lalu dia pulang dengan tangan kosong sedang isterinya sungguh berharap dia membawa pulang sesuatu .

“Jiran tetangga kita sedang lena tidur” kata Ismail pada isteri nya . Dia lalu berkata lagi ,




“Syukur pada ALLAH kerana aku tidak pernah meminta-minta sebelum ini . Lebih baik lampini saja anak kita itu dengan perca kain yang basah itu . Percaya dan tawakkal lah pada ALLAH . Dia saja yang dapat memelihara anak kita ini . Bahkan Dia lah yang memelihara kita semua . Percayalah itu , isteri ku .”


Dan dalam suasana hening itu , isteri nya tiba-tiba bertanya pada ismail .


“Sudah difikirkan nama yang sesuai untuk anak kita ?” tanya isteri Ismail. Walaupun kesedihan yang berpanjangan seakan membuat dia lupa untuk memikirkan soal tersebut , diusahakan juga menyebut suatu nama untuk tidak mengecewakan isteri nya . “Bagaimana jika kita bagi namanya Rabiah (yang bermaksud 4) , kerana dia anak kita yang ke 4 ”

Isteri nya tergamam . “Rabi`ah ? Tiadakah nama yang lebih baik dari itu ? Rabi`ah itu hanya maksudnya yang ke 4 dan bukanlah juga nama yang lazim bagi manusia” . Lalu dia berkata lagi “Rabi`ah itu bukanlah nama . Menamakan anak kita ini dengan Rabi`ah sama sahaja seperti seperti tidak punya nama . Bagaimana kita mahu memanggilnya nanti? Pasti rakan-rakan akan mengejeknya . Tiadakah nama lain yang lebih sesuai? ”

Ismail tidak memberi apa-apa reaksi kerana baginya perkara itu tidaklah mustahak . Kerana baginya banyak perkara yang lebih penting difikirkan daripada memikirkan nama anaknya itu . Dan berduka lah isteri nya tadi tetapi langsung tidak menyuarakan apa-apa bantahan sekalipun . Dia akur .
___________________ ...............______________________________


Pagi itu Rabi`ah menangis . Kakak-kakak nya ikut bangun bila mendengarkan tangisan adik mereka itu . Mereka berebut-rebut mendekati Rabi`ah dan bermain-main dengan nya menunjukkan betapa cinta nya mereka pada adik mereka itu . Apabila ibu nya melihatkan itu ibunya jadi tersentuh . Sedangkan anak-anak yang kecil sudah mengenal erti pada adik mereka sendiri tanpa mempersoalkan adik mereka itu lelaki atau pun perempuan . Kerana masih kecil dan tidak mengerti apa-apa , bagi mereka hanya ada satu ketetapan iaitu seorang adik itu mesti disayangi , dibelai dan dibelai . Itu dari kaca mata pemikiran anak-anak itu .

Kota Basrah hari itu sibuk dengan manusia yang sibuk dengan urusan mereka . Tetapi Ismail Al-Adawiy tidak kemana-mana . Dia masih disamping isterinya melayani kedukaan nya juga kedukaan diri sendiri . Padahal waktu itu tidak ada sebarang makanan pun untuk keluarga mereka . Lalu dikuatkan semangat bangkit dibantu tongkat nya untuk mencari sedikit rezeki . Dan dengan iradat ALLAH , dia diambil menjadi guru menghafaz Al-quran bagi anak-anak orang kaya dan pegawai tinggi .

Dan petang itu dia pulang membawa rezeki kepada anak-anak nya yang sedang lapar . Sungguh dia gembira dan bersyukur pada nikmat ALLAH .

Ismail Al-Adawiy sudah terbiasa membaca Al-quran 5 juzuk sesudah solat Isya` . Selepas itu dia akan tidur sebentar dan bangun lagi untuk Solat Tahajjud hingga Subuh .

Dan ketika dia tidur pada malam itu . Dia bermimpi . Ketika Ismail tidur malam itu , dia bermimpi melihat RasuluLLAH dengan wajah berseri-seri . RasuluLLAH menyampaikan beberapa kalimah yang menjelaskan kedudukan Rabi`ah di sisi ALLAH . Sesudah itu , Ismail pun terjaga dari tidur . Kedukaan hati nya selama ini tiba-tiba hilang bahkan ia bertukar menjadi amat gembira .

Dalam mimpi nya RasuluLLAH menyatakan :




Janganlah engkau berdukacita , kerana anakmu yang baru lahir itu bakal menjadi orang terhormat di belakang hari . Dan sesungguhnya syafaat nya di harapkan oleh 70 ribu umat ku .


Kemudian RasuluLLAH menyuruh Ismail pergi berjumpa Raja Basrah yang bernama Isa Bazan pada keesokan pagi nya . Dituliskan sepucuk surat menceritakan tentang mimpinya dan mengatakan :




“Anda telah melakukan solat seratus rakaat setiap malam , dan 400 rakaat pada malam Jumaat . Tapi pada malam Jumaat yang terakhir ini anda lupa melakukannya . Oleh itu , hendaklah anda berikan wang 400 dinar kepada yang membawa surat ini sebagai kaffarah kesilapan anda itu . “


Selesai menulis , Ismail pergi menemui Raja Isa Bazan untuk melaksanakan suruhan RasuluLLAH itu . Sebenarnya Ismail tidak pernah meminta-minta pada orang lain , tetapi memandangkan itu adalah suruhan RasuluLLAH , diturutkan juga dengan gembira .

Ismail membawa surat itu dan menyerahkan nya kepada pengawal dan pengawal menyampaikan nya kepada Raja Isa Bazan . Membaca surat itu , Raja Isa Bazan merasa hairan sambil berkata dalam hati “Bagaimana ada orang lain tahu bahawa aku tidak melakukan solat 400 rakaat pada malam Jumaat terakhir ini ? ” Lalu Raja Isa Bazan memerintahkan pengawal nya menyediakan wang 400 dinar untuk diberikan kepada orang yang membawa surat itu dan menitahkan supaya orang itu menghadap baginda . Tapi setelah berfikir seketika , dia mengambil keputusan untuk berjumpa sendiri dengan orang itu .

Ismail yang berdebar-debar menunggu reaksi dari Raja Isa Bazan lantas berdiri apabila melihat Raja Isa Bazan keluar diiringi pengawal di belakang nya . Raja Isa Bazan lalu menyerahkan sendiri wang itu kepada Ismail setelah memberi salam dan berjabat tangan dengan nya .Ismail menjadi terharu bercampur sedikit takut lalu menjawab soalan Raja Isa Bazan yang meminta dia menceritakan hal yang sebenar .Lalu Ismail menceritakan tentang mimpinya bertemu RasuluLLAH dan menjelaskan keadaan anak nya yang baru lahir , Rabi`ah .

Ismail pulang ke rumah membawa 400 dinar yang bagi nya cukup banyak dan sejak itu pandangan kedua orang tua nya terhadap Rabi`ah berubah sama sekali . Kekecewaan lantas hilang . Rabi`ah akan menjadi wanita yang warak dan takwa nya melebihi wanita-wanita yang lain . Anak perempuan mereka ini bakal menjadi pemuka orang yang zuhud dan `abid .

Pada suatu hari , ketika Rabi`ah dan keluarga nya duduk menikmati makanan , sebelum menyuapkan makanan , Rabi`ah memandang ayahnya lalu berkata .


“Abah , yang haram tidak akan menjadi halal , hanya kerana abah merasa wajib memberi kami makan ”


Ismail jadi terkejut mendengar kata anak nya itu yang masih kecil sehingga dia tidak jadi menyuapkan makanan ke mulut nya . Lalu Ismail berkata : ” Rabi`ah , apakah pandangan mu sekira nya abah tidak mendapat makanan kecuali yang haram ?”

Setelah berfikir , Rabi`ah lalu menjawab




” Kita mesti banyak bersabar , abah . Kerana menahan lapar di dunia jauh lebih baik daripada sabar menanggung seksa api neraka di akhirat . “


Menahan jawapan Rabi`ah , wajah Ismail berseri-seri . Kerana kanak-kanak sebaya Rabi`ah tidak mungkin dapat memberi jawapan sebegitu . Kanak-kanak sebaya nya masih tidak dapat membezakan erti halal dan haram . Tetapi anak nya itu sudah petah memberi pendapat nya berkenaan itu menunjukka keimanan yang tertanam dalam hati nya biarpun masih kecil .

Sejak kecil lagi , Rabi`ah menjauhkan diri dari perkara syubuhat . Sahifah (Buku laporan amal) Rabi`ah dikatakan benar-benar bersih daripada sebarang noda dan dosa (subhanALLAH ! ) .

Ismail mempunyai satu pondok kecil yang terletak di pinggir kota Basrah yang hiruk pikuk . Pondok itu lah menjadi tempatnya beribadah pada ALLAH . Lalu Ismail membawa Rabi`ah ke pondok itu supaya anaknya tidak terdedah dengan pengaruh tidak baik yang banyak terdapat di Kota Basrah . Dia mahu anaknya itu tenang dan mudah mencapai kekhusyukan serta fikiran nya diletakkan bulat-bulat untuk merenungi kebesaran ALLAH .

Sewaktu usia muda nya , Rabi`ah menempuhi pelbagai dugaan dan cabaran . Di antara nya adalah kehilangan kedua ibu dan abah nya . Ismail , ayah Rabiah sudah pergi buat selamanya dan meninggalkan 4 anak perempuan nya masih kecil . Sewaktu hidupnya , dia tergolong dalam golongan yang fakir di Basrah . Ia tidak memiliki harta kecuali pondok tua yang menjadi tempat tinggal mereka . Ismail adalah seorang yang warak dan `abid . Dia sentiasa mensyukuri nikmat ALLAH biarpun nikmat itu sangat kecil dan sedikit . Biarpun hidup nya susah begitu , dia tidak pernah meminta-minta mengharap simpati orang lain . Apabila orang-orang kaya mengadakan pesta atau kenduri perkahwinan , dia tidak pernah kelihatan di sana juga memasuki istanan hanya lah sekali sahaja , itupun kerana perintah RasuluLLAH .

Kemiskinan itu tidak lah menjadi faktor untuk dia mengubah sikap nya . Dia sabar menerima yang sedikit , yang penting halal dan berkat . Kerana baginya “Tidak semua yang banyak itu baik , tapi yang pasti adalah yang baik itu banyak ” . Hidup dan matinya mulia di sisi ALLAH .


***************************************



Kemarau panjang membuat Kota Basrah kering kontang . Bukan sahaja susah untuk mencari makanan , mencari bekalan air untuk di minum juga susah . Dalam keadaan begini , Rabi`ah dan kakak-kakaknya terpaksa melakukan sesuatu untuk memperoleh sesuap nasi .

Maka berangkatlah mereka mencari pekerjaan menelusuri jalan-jalan berabu di tengah-tengah Kota Basrah yang panas itu . Mereka menuju ke sebuah rumah ke sebuah rumah bertanya kalau-kalau ada yang sudi memberi mereka pekerjaan . Tetapi dalam cuaca yang begini , kebanyakan nya mementingkan diri . Selagi kemarau berpanjangan , selagi itulah ramai orang yang memerlukan pekerjaan ,
sedangkan peluang pekerjaan semakin berkurang . Siapalah yang mahu menerima kanak-kanak sebagai pekerjanya ?

つづく 。。 bersambung ..

1 comment:

1ndr4 said...

mana lanjutannya Ti...??

artikel berkaitan

Blog Widget by LinkWithin